Monday, 7 November 2016

Refleksi Diri

NUR SYAFIQAH NADIAH BINTI ROSLAN
2015139977
AC2204B
1 NOVEMBER 2016

Pada hari ini saya telah mempelajari undang – undang dalam syariat Islam iaitu qisas dan diyat, hudud dan ta’zir. Qisas merupakah hukuman bunuh terhadap orang yang membunuh orang lain yang terjadi secara sengaja, menyerupai sengaja mahupun tidak sengaja. Diyat pula ialah denda yang wajib dibayar oleh seseorang yang melakukan jenayah kerana kesalahan jenayahnya adalah sebagai ganti qisas. Sebagai contoh, apabila keluarga orang yang dibunuh memaafkan si pelaku maka hukumannya akan digantikan dengan diyat. Namun, hanya waris sahaja yang boleh memaafkannya bukan pemerintah. Manakala hudud ialah hukuman yang tidak boleh dipinda, yang telah ditetapkan oleh Allah dalam Al- Quran dan Sunnah. Kita sebagai umat Islam tidak boleh menolak hukum tersebut. Antara perbuatan yang boleh dijatuhkan hukuman hudud ialah zina, qazaf, mencuri, hirabah, minum arak dan murtad. Ta’zir pula ialah hukuman yang tertakluk kepada budi bicara pemerintah atau badan perundangan kerana kesalahan ini tidak disebut dalam Al- Quran dan Sunnah.

Dengan ini saya berazam untuk mengetahui lebih lanjut tentang undang – undang syariat dalam Islam agar dapat menjadi panduan dan pengajaran untuk diri sendiri serta saling mengingati sesama Islam tentang hukuman – hukuman tesebut.


TAHAP EKONOMI MALAYSIA TAHUN 2016 BERDASARKAN KUALITATIF DAN KUANTITATIF

KUALITATIF

1.Ekonomi Malaysia Berkembang 4.2% Pada Suku Pertama


Ekonomi Malaysia berkembang 4.2% pada suku pertama 2016 (S4 2015: 4.5%). Pertumbuhan yang menurun sedikit ini sebahagian besarnya mencerminkan kejutan luaran terhadap ekonomi dan perbelanjaan berhati-hati oleh sektor swasta. Walau bagaimanapun, perbelanjaan sektor swasta terus menjadi pemacu utama pertumbuhan (4.5%; S4 2015: 4.9%). Eksport bersih menyumbang secara negatif kepada pertumbuhan pada suku itu berikutan penurunan eksport benar barangan dan perkhidmatan (-0.5%; S4 2015: +4.0%) dalam keadaan pertumbuhan yang terus positif dalam import benar (1.3%; S4 2015; 4.0%). Berdasarkan asas suku tahunan terlaras secara bermusim, ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak 1.0% (S4 2015: 1.2%)





2.Inflasi Meningkat Pada Suku Pertama 2016

Inflasi, seperti yang diukur oleh perubahan tahunan dalam Indeks Harga Pengguna (IHP), lebih tinggi pada 3.4% pada suku pertama 2016 (S4 2015: 2.6%). Inflasi dalam kategori perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain meningkat kepada 3.0% pada suku pertama 2016 (S4 2015: 2.5%) susulan pengurangan rebat untuk tarif elektrik daripada 2.25 sen untuk setiap kWj kepada 1.52 sen untuk setiap kWj pada bulan Januari 2016. Inflasi yang lebih tinggi pada suku pertama juga disebabkan oleh kadar inflasi negatif yang lebih kecil dalam kategori pengangkutan (-1.6%; S4 2015: -5.7%) yang berpunca daripada kesan asas tahunan berikutan penurunan yang lebih besar dalam harga bahan api dalam negeri pada suku pertama 2015. Indeks Harga Pengeluar (IHPR) menurun 4.4% pada suku pertama 2016 (S4 2015: -4.5%). Penurunan ini didorong terutamanya oleh harga bahan pengantara yang lebih rendah, terutamanya dalam kategori bahan api yang diproses dan pelincir, yang mencerminkan harga tenaga dan komoditi global yang rendah pada suku pertama.



3. Keadaan Pasaran Pekerja Lebih Perlahan Tetapi Stabil

Keadaan pasaran pekerja lebih perlahan, namun pada amnya stabil pada suku pertama 20161 , dengan kadar pengangguran meningkat sedikit (3.4% daripada jumlah tenaga kerja; S4 2015: 3.2%), manakala penyertaan tenaga kerja mampan (67.6% daripada jumlah tenaga kerja; S4 2015: 67.7%). Permintaan terhadap pekerja baharu juga mampan pada suku pertama berdasarkan pertambahan jumlah jawatan baharu yang diiklankan oleh majikan, yang kebanyakannya daripada sektor perkilangan dan perkhidmatan, di Jobstreet.com (61,378; S4 2015: 54,569).

Agregat upah dalam sektor perkilangan terus mencatat pertumbuhan yang teguh (6.9%; S4 2015: 7.4%) disokong oleh prestasi eksport yang terus meningkat, terutamanya kelompok elektrik dan elektronik (E&E). Namun demikian, pertumbuhan guna tenaga dalam sektor perkilangan terus lemah (-0.5%; S4 2015: -0.4%), menunjukkan bahawa majikan masih berhati-hati dalam menambah tenaga kerja mereka pada suku tersebut. Dalam subsektor perkhidmatan perdagangan edaran2, pertumbuhan upah mampan pada 4.7% (S4 2015: 4.6%). Guna tenaga dalam subsektor ini meningkat pada kadar 2.5% (S4 2015: 2.6%).



4. Rizab Antarabangsa Kekal Lebih Daripada Mencukupi Untuk Memudahkan Urus Niaga Antarabangsa

 Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM381.6 bilion (bersamaan dengan USD97.0 bilion) pada 31 Mac 2016. Berikutan pelarasan suku tahunan bagi perubahan penilaian semula pertukaran asing, paras rizab dalam nilai ringgit merosot disebabkan oleh pengukuhan ringgit berbanding dengan pelbagai mata wang. Walau bagaimanapun, sebagai mencerminkan komposisi aset rizab mata wang asing yang pelbagai, paras rizab dalam nilai USD telah meningkat, berikutan penyusutan nilai USD berbanding dengan kebanyakan mata wang utama dan serantau pada suku tersebut.

Pada 29 April 2016, kedudukan rizab berjumlah RM381.4 bilion (bersamaan dengan USD97.0 bilion) Paras rizab antarabangsa kekal lebih daripada mencukupi untuk memudahkan urus niaga antarabangsa. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.9 bulan import tertangguh, jauh lebih tinggi daripada paras ambang antarabangsa iaitu 3 bulan. Paras rizab ini juga mencukupi untuk memenuhi obligasi luaran memandangkan perlindungan rizab kepada hutang luar negeri jangka pendek adalah sebanyak 1.2 kali. Penting untuk diketahui bahawa bukan semua hutang luar negeri jangka pendek memerlukan tuntutan terhadap rizab memandangkan peminjam mempunyai aset luaran dan perolehan eksport.


KUANTITATIF

1. Perbelanjaan Kerajaan Meningkat

 Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan meningkat 5.1% (S4 2015: -4.2%), disebabkan oleh perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan yang lebih tinggi. Peningkatan dalam perbelanjaan mengurus disebabkan oleh perbelanjaan lebih tinggi untuk bekalan dan perkhidmatan dan pencen dan gratuiti. Perbelanjaan pembangunan pula meningkat sebagai mencerminkan perbelanjaan lebih tinggi untuk projek perumahan, jalan raya dan jambatan, masing-masing di bawah sektor perkhidmatan sosial dan pengangkutan. Hasil Kerajaan merosot 5.3% (S4 2015: -6.0%), disebabkan terutamanya oleh kutipan cukai berkaitan minyak dan syarikat yang lebih rendah. Secara keseluruhan, Kerajaan Persekutuan mencatat defisit 6.1% daripada KDNK (S4 2015: -5.6% daripada KDNK) pada suku tersebut. Pada akhir bulan Mac 2016, jumlah hutang terkumpul Kerajaan Persekutuan ialah RM626.9 bilion atau 51.0% daripada anggaran KDNK bagi tahun 2016.




2. Hutang Luar Negeri Terurus

Hutang luar negeri Malaysia berjumlah RM809.1 bilion bersamaan dengan USD203.7 bilion atau 65.8% daripada KDNK pada akhir bulan Mac 2016 (akhir bulan Disember 2015: RM833.8 bilion atau USD192.3 bilion, bersamaan dengan 72.1% daripada KDNK). Hutang luar negeri yang lebih rendah disebabkan terutamanya oleh kesan penilaian berikutan pengukuhan ringgit berbanding dengan kebanyakan mata wang. Ini telah diimbangi sebahagiannya oleh pemegangan sekuriti hutang domestik yang lebih tinggi oleh bukan pemastautin. Pengukuhan ringgit telah memberikan kesan terutamanya kepada jumlah peminjaman luar pesisir terkumpul, yang merosot kepada RM439.0 bilion pada akhir bulan Mac 2016 (akhir bulan Disember 2015: RM463.6 bilion). Ia juga telah menyebabkan deposit bukan pemastautin dan liabiliti hutang luar negeri lain lebih rendah, masing-masing merosot kepada RM78.8 bilion dan RM67.5 bilion (akhir bulan Disember 2015: masing-masing RM81.6 bilion dan RM77.2 bilion).

Pada suku tersebut, terdapat pembayaran balik bersih peminjaman luar pesisir oleh sektor awam disebabkan terutamanya oleh pembayaran balik bersih oleh syarikat awam, mencerminkan khususnya penebusan satu bon antarabangsa. Namun demikian, ini telah diimbangi sebahagiannya oleh ambilan bersih pinjaman antara syarikat oleh syarikat multinasional asing yang mempunyai pelaburan langsung di negara ini. Pada suku tersebut, pemegangan sekuriti hutang domestik oleh bukan pemastautin meningkat sebanyak RM12.5 bilion kepada RM223.9 bilion, mencerminkan sentimen pelabur yang terus bertambah baik (akhir bulan Disember 2015: RM211.3 bilion). Pemerolehan tertumpu terutamanya pada sekuriti hutang domestik Kerajaan seperti MGS dan Terbitan Pelaburan Kerajaan (Government Investment Issues).

Sementara itu, pemegangan Nota Monetari Bank Negara (Bank Negara Monetary Notes) oleh bukan pemastautin merosot kepada RM21.1 bilion pada akhir bulan Mac 2016 (akhir bulan Disember 2015: RM23.7 bilion). Secara keseluruhan, hutang luar negeri Malaysia kekal terurus, dengan lebih separuh daripada jumlah hutang luar negeri terkumpul merupakan hutang jangka sederhana hingga panjang (59.4%). Kesan turun naik pertukaran asing dapat dibendung dengan agak baik memandangkan kira-kira 40% daripada jumlah hutang luar negeri adalah dalam denominasi ringgit. Baki hutang luar negeri kebanyakannya dilindung nilai sama ada secara lazim menerusi perolehan mata wang asing atau melalui penggunaan instrumen kewangan.

Hutang luar negeri jangka pendek adalah lebih rendah pada suku tersebut dan hanya mencakupi 40.6% daripada jumlah hutang luar negeri. Rizab antarabangsa memadai untuk membiayai 1.2 kali hutang luar negeri jangka pendek. Memandangkan terdapat perolehan mata wang asing dan aset luaran bank dan syarikat yang besar, bukan semua hutang luar negeri jangka pendek memerlukan tuntutan terhadap rizab antarabangsa.



3. Kekukuhan Ringgit Didorong Oleh Faktor Dalam Dan Luar Negeri
Ringgit dan mata wang serantau yang lain menambah nilai berbanding dengan dolar Amerika Syarikat (AS) pada suku pertama. Ini disebabkan oleh prestasi ekonomi AS yang lebih lemah daripada jangkaan yang mendorong kepada jangkaan bahawa Federal Reserve akan mengambil langkah yang lebih perlahan untuk mengembalikan kadar faedah ke paras yang wajar. Walau bagaimanapun, ringgit menambah nilai jauh lebih ketara berbanding dengan mata wang utama dan serantau yang lain. Ini didorong oleh pengumuman data ekonomi negara yang positif, pemulihan harga minyak mentah Brent dan pengumuman Pengubahsuaian Bajet 2016. Faktor-faktor ini meningkatkan sentimen pelabur terhadap ekonomi Malaysia dan menyumbang kepada peningkatan minat pelabur terhadap aset kewangan ringgit. 

Secara keseluruhan, ringgit menambah nilai sebanyak 9.4% berbanding dengan dolar AS pada suku pertama. Ringgit juga menambah nilai berbanding dengan paun sterling (13.1%), euro (5.7%), dolar Australia (4.4%) dan yen Jepun (2.2%). Berbanding dengan semua mata wang serantau, ringgit juga menambah nilai antara 4.6% hingga 9.0%. Antara 1 April hingga 11 Mei 2016, ringgit menyusut nilai berbanding dengan dolar AS (-3.3%). Ringgit juga menyusut nilai berbanding dengan euro (-3.9%), paun sterling (-4.0%), dan yen Jepun (-6.4%). Walau bagaimanapun, ringgit menambah nilai berbanding dengan dolar Australia (0.7%). Ringgit menyusut nilai berbanding dengan mata wang serantau.



4. M3 Berkembang Pada Suku Pertama

Wang secara kecil atau M1, menyusut sebanyak RM6.3 bilion pada suku ini. Pada asas tahunan, M1 menguncup sebanyak -1.7% pada akhir bulan Mac (akhir bulan Disember 2015: 4.1%). Penguncupan dalam M1 mencerminkan terutamanya pengeluaran deposit permintaan untuk bayaran balik pinjaman sekali sahaja yang besar oleh perniagaan domestik. Wang secara luas atau M3 meningkat sebanyak RM9.8 bilion pada asas suku tahunan untuk mencatat kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 0.9% pada akhir bulan Mac (akhir bulan Disember 2015: 2.6%). Peningkatan M3 yang lebih perlahan pada suku pertama mencerminkan terutamanya pemberian kredit yang lebih sederhana kepada sektor swasta oleh sistem perbankan.

Pada asas tahunan, pertumbuhan wang secara luas yang lebih sederhana juga mencerminkan aset asing bersih yang lebih rendah disebabkan oleh aliran keluar sektor luaran. Dalam sistem perbankan, keadaan mudah tunai kekal lebih daripada mencukupi pada peringkat institusi dan seluruh sistem. Paras lebihan mudah tunai yang ditempatkan di Bank Negara Malaysia secara relatif stabil pada suku pertama. Pengurangan nisbah keperluan rizab berkanun (SRR) daripada 4.00% kepada 3.50% yang berkuat kuasa mulai 1 Februari 2016 menyebabkan peningkatan mudah tunai secara menyeluruh dalam sistem perbankan. Susulan pengurangan SRR ini, aktiviti pemberian pinjaman antara bank yang lebih tinggi dicatatkan dan ini sebahagiannya melegakan permintaan terhadap operasi repo berbalik BNM.


Sunday, 6 November 2016

TAHAP EKONOMI MALAYSIA PADA TAHUN 2015 BERDASARKAN KUANTITATIF DAN KUALITATIF

                                         TAHAP EKONOMI MALAYSIA PADA TAHUN 2015

KUANTITATIF

1. KENAIKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT 

Langkah Kerajaan menaikkan harga petroleum (naik 20 sen), tarif elektrik (naik 15%), harga gula (naik 30 sen), harga tepung (naik 20 sen) dan kadar tol (minima 50 sen) sedikit sebanyak akan melonjakkan kos sara hidup semua rakyat. Paras inflasi rasmi terkini telah pun meningkat kepada 3.4%, tertinggi dalam setahun. Inflasi tidak rasmi/sebenar mungkin tiga kali ganda lebih 10% setahun.
Harga purata secawan kopi kini ialah RM1.60, harga nasi lemak ialah RM1.80 sementara sekeping roti canai sudah mencecah RM1.20 tidak termasuk GST.

2. PARAS HUTANG KERAJAAN YANG TINGGI 

Paras hutang kerajaan meningkat sejak tahun 1970. Hutang Kerajaan Persekutuan pada tahun 1970 hanyalah RM2 billion, pada tahun 1999 berjumlah RM95 billion tetapi sekarang telah mencecah RM568.2 bilion atau 53% daripada KDNK menghampiri had siling 55%. Pihak asing pula memiliki kira-kira 15% daripada jumlah hutang dalam negara. Keadaan ini boleh mempengaruhi kadar pertukaran wang asing negara.
Untuk rekod, kerajaan membelanjakan lebih RM10 bilion setahun hanya untuk membayar faedah hutang-hutang yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan.

3. PARAS HUTANG ISI RUMAH RAKYAT YANG MEMBAHAYAKAN 

Hutang isi rumah rakyat Malaysia telah berganda kepada RM750 billion atau 76.2% KDNK dalam Julai tahun ini. Pecahan besar adalah pinjaman perumahan 29%, pinjaman kenderaan 51%, pinjaman peribadi 15% dan pinjaman pelajaran 33%.
Ini bermakna rakyat Malaysia secara amnya membuat perbelanjaan dengan membazir dan tidak berhemah.
Jika tidak dikawal, lima tahun lagi hutang isi rumah di Malaysia boleh melebihi 100% kepada KDNK negara bermakna pendapatan yang diperolehi tidak cukup untk membayar hutang terkumpul.

4. KOS PENGURUSAN KERAJAAN YANG TINGGI

Daripada tahun 1970 hingga 2013, jumlah perbelanjaan pengurusan kerajaan meningkat daripada RM2.2 bilion kepada RM216.2 bilion. Komponen yang terbesar ialah gaji kakitangan kerajaan. Untuk nota, Malaysia memiliki nisbah kakitangan kerajaan yang tertinggi di dunia seramai 1.4 juta atau 10% dari seluruh tenaga kerja di Malaysia.

5. BELANJAWAN MALAYSIA DEFISIT SETIAP TAHUN SEJAK 1998

Walaupun memiliki komoditi yang kaya seperti minyak dan kelapa sawit, Belanjawan Negara masih defisit selama 16 tahun berturut-turut semenjak krisis kewangan Asia. Untuk rekod, perbelanjaan subsidi untuk rakyat dikurangkan sebanyak RM 7.3 billion bagi tahun 2014.
Walaupun paras defisit keseluruhan negara telah turun tetapi masih tinggi sekitar RM 36 billion.
Pada masa yang sama, lebihan akaun semasa (eksport tolak import) juga telah menurun dari RM102 bilion pada 2012 kepada RM37 billion pada 2013. Ini bermakna lebihan akaun sebanyak 3% daripada KDNK pada masa ini adalah kecil kerana Malaysia pernah mencatatkan lebihan akaun semasa sebanyak 10%.


KUALITATIF

1. PERTUMBUHAN EKONOMI DEKAD YANG LEBIH PERLAHAN

Jumlah keseluruhan ekonomi Malaysia (KDNK) tahun 2014 adalah RM1.07 trillion. Walaupun ekonomi global dijangka meningkat, pertumbuhan KDNK Malaysia purata sepuluh tahun lepas lebih perlahan hanya sebanyak 5% dan banyak didorong oleh permintaan domestik. Berbanding pertumbuhan KDNK purata sebanyak 7% pada tahun 1990an yang didorong oleh sektor eksport dan luaran.
Untuk rekod, semenjak 1945 ke tahun 1998, Malaysia adalah salah satu daripada 13 negara yang telah mencapai pertumbuhan mantap melebihi 7 peratus selama lebih daripada 53 tahun. Walaubagaimanapun selepas 1998, pertumbuhan ekonomi Malaysia telah jatuh dengan perlahan.

2. PRODUKTIVITI PEKERJA YANG KURANG CEMERLANG

Hanya 80 peratus dari tenaga kerja seluruh Malaysia mempunyai kelayakan pendidikan setakat Sijil Pelajaran Menengah (SPM). Menurut Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), tahap produktiviti pekerja negara ini adalah jauh lebih rendah daripada negara-negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Korea Selatan dan Singapura.
Purata pekerja Malaysia mencatatkan nilai produktiviti hanya sebanyak RM43,952 setahun.
Berbanding pekerja Amerika Syarikat mengungguli senarai dengan tahap produktiviti sebanyak RM285,558 setahun, diikuti oleh pekerja di Jepun RM229,568 dan Hong Kong RM201,485. Ini bermakna pekerja Malaysia bekerja dalam tempoh yang lebih panjang berbanding negara lain, namun menghasilkan pulangan yang lebih rendah.

3. KETIRISAN DAN KETELUSAN NEGARA

Dalam Indeks Persepsi Rasuah atau Corruption Perception Index yang dijalankan Transparency International, Malaysia menduduki tangga ke-53 daripada 177 buah negara. Kedudukan ini tidak segagah tahun 2003, Malaysia berada di kedudukan ke-37.
Untuk rekod, dalam Laporan Global Financial Integrity, Malaysia menduduki tempat ke-4 dari segi jumlah kumulatif pengaliran keluar dana secara haram yang berjumlah RM880 billion di antara tahun 2002-2011. Ini bermakna aliran keluar wang haram dari Malaysia mungkin lebih hebat daripada negara-negara seperti Filipina, Nigeria dan Venezuela.

4. KELEMAHAN RINGGIT DAN PENINGKATAN GAJI YANG PERLAHAN

Dengan matawang Ringgit Malaysia terus lemah dibandingkan dengan Dollar Amerika (terendah dalam enam bulan) dan Dollar Singapura (terendah dalam 15 tahun) juga menyumbang kepada lonjakan harga barang dan kos sara hidup di Malaysia.
Kesan kelemahan ringgit menyebabkan penurunan kuasa beli individu. Maknanya, setiap ringgit pendapatan akan mampu membeli sedikit barangan dan perkhidmatan import berbanding sebelum ini.
Peningkatan kos sara hidup yang berlaku itu juga tidak selaras dengan kadar kenaikan gaji yang perlahan.
Mengikut Payscale.com, kadar purata kenaikan gaji Malaysia hanya sekitar 3.5% berbanding Indonesia 9.8%, Singapore 12% dan Thailand 5.8% dalam tempoh sama.











TAHAP EKONOMI MALAYSIA PADA TAHUN 2014 BERDASARKAN KUANTITATIF DAN KUALITATIF

TAHAP EKONOMI MALAYSIA PADA TAHUN 2014

Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang lebih kukuh sebanyak 6.0% pada tahun 2014 (2013 : 4.7%). Pertumbuhan ini didorong oleh permintaan swasta dalam negeri dan prestasi perdagangan luar negeri yang bertambah baik. Oleh yang demikian, eksport bersih telah kembali pulih pada tahun 2014 setelah tujuh tahun berturut-turut mencatat sumbangan negatif. Ia juga telah mencatatkan pertumbuhan yang kukuh sebanyak 19.7% mengatasi pada tahun 2013 iaitu -12.6% dan turut menyumbang 1.4 mata peratusan kepada pertumbuhan KDNK keseluruhan.

KUANTITATIF
Pada tahun 2014, hutang luar negeri Malaysia telah meningkat kepada RM744.7 billion dari tahun 2013 iaitu RM696.6 billion. Jumlah ini bersamaan dengan USD211.0 billion atau 69.6% daripada KDNK. Peningkatan hutang luar negeri sebahagiannya adalah disebabkan oleh kesan penilaian daripada penyusutan nilai Ringgit Malaysia terutamanya pada suku keempat 2014. Masalah penyusutan ini telah menjejaskan terutamanya peminjaman luar pesisir, yang meningkat kepada RM367.1 billion pada akhir tahun 2014 manakala pada akhir tahun 2013 adalah RM324.1 billion.

Peningkatan peminjaman luar pesisir jangka pendek antara bank tidak mendatangkan apa-apa risiko. Ini kerana pinjaman ini hanya sebahagian yang kecil daripada jumlah pendanaan sistem perbankan. Pinjaman ini juga mencerminkan operasi pengurusan mudah tunai mata wang asing secara berpusat. Sebagai kesimpulan, meskipun paras hutang luar negeri meningkat penunjuk untuk paras keber hutangan luar negeri masih berada dalam aras lingkungan penanda aras antarabangsa bagi kehematan dan kekukuhan sektor luar negeri.




KUALITATIF
Pada tahun 2014, pasaran pekerja kekal stabil kerana pertumbuhan yang berterusan di semua sektor ekonomi telah mengekalkan permintaan mereka terhadap pekerja. Oleh itu, kadar pengangguran telah menurun kepada 2.9% manakala kadar penyertaan tenaga kerja meningkat kepada 67.5%. Ini juga disokong oleh penyertaan dari tenaga kerja wanita tang lebih. Selain itu, pemberhentian pekerja juga lebih rendah iaitu 10,431 pekerja berbanding tahun 2013 iaitu 11,195 pekerja.

Jumlah guna tenaga meningkat kepada 13.6 juta pekerja dengan tambahan bersih sebanyak 366,300 pekerjaan. Sektor yang terlibat adalah sektor perkhidmatan dan secara khususnya dalam subsektor perdagangan edaran, penginapan dan restoran. Selain tu, guna tenaga dalam sektor perkilangan telah meningkat sebanyak 58,200 pekerjaan, tetapi kehilangan pekerja bersih dalam sektor pembinaan dan komoditi sebanyak 18,500 dan 25,400 pekerjaan. Peningkatan guna tenaga sebahagian besarnya adalah dalam pekerjaan berkemahiran tinggi manakala dalam pekerjaan berkemahiran rendah secara relatifnya masih lagi di paras rendah. Bilangan pekerja asing yang berdaftar telah menurun kepada 2.07 juta pekerja dan kebanyakan penurunan ini berlaku di sektor pertanian dan perkilangan. Sebagai kesimpulan, dengan keadaan pasaran kerja yang berlaku telah meningkatkan produktiviti pekerja sebanyak 3.2% dalam sektor komoditi dan perkilangan. Namun begitu, produktiviti sektor perkhidmatan masih kekal sederhana dari tahun 2011 sehinggalah tahun 2014. 






Thursday, 3 November 2016

Refleksi Diri

Aimi Nadhirah binti Hashim
2015180319
AC2204B
1 November 2016

Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang undang-undang dalam syariah Islam. Terdapat empat jenis undang-undang iaitu : qisas, diyat, hudud dan ta’zir. Qisas adalah bunuh balas iaitu apabila seseorang itu membunuh seseorang yang lain, orang itu hendaklah dijatuhkan hukuman bunuh juga. Manakala diyat adalah denda atau pampasan yang dibayar kepada ahli keluarga mangsa yang kena bunuh. Hudud adalah hukum yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. dan kita sebagai seorang Muslim tidak boleh menolaknya. Ta’zir merupakan hukuman yang tertakluk pada budi bicara pemerintah, badan perundangan atau hakim.

Saya juga mempelajari tentang perbezaan dan persamaan antara Piagam Madinah dan Perlembagaan Malaysia. Antara fungsi Perlembagaan Malaysia adalah untuk menjamin kestabilan politik dan menjamin keharmonian rakyat yang berbilang bangsa di negara ini. Walaupun perlembagaan adalah yang paling tinggi tetapi ianya tetap boleh diubah.

Dengan ini, saya berazam untuk lebih mendalami undang-undang Islam dan cara pelaksanaannya. Saya  juga akan baca lebih lanjut mengenai Piagam Madinah dan Perlembagaan Malaysia.

Wednesday, 2 November 2016

Refleksi Diri

NURSYAZMIN HUSNA BINTI MUHAMED FIRDAUS
2015140835
AC2204B
1 NOVEMBER 2016

            Pada hari ini saya belajar tentang jenis-jenis perundangan dalam Islam iaitu qisas dan diyat, hudud dan ta’zir. Qisas dan diyat merupakan balasan yang serupa atas kejahatan yang dilakukan oleh penjenayah. Contohnya apabila berlaku kes pembunuhan maka pesalah tersebut akan dihukum bunuh. Akan tetapi jika keluarga mangsa bertindak untuk memaafkan si pesalah, pesalah hanya perlu membayar wang pampasan kepada keluarga si mangsa. Hudud pula merupakan hukuman yang tidak boleh dipinda yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T dalam Al-Quran dan As-Sunah. Terdapat 6 kesalahan yang dikategorikan di bawah hukum hudud iaitu zina, qazaf (menuduh orang lain berzina tanpa mengemukakan empat orang saksi), mencuri, hirabah (merompak), minum arak dan murtad. Akhir sekali, ta’zir adalah hukuman yang tertakluk kepada budi bicara pemerintah, badan perundangan atau hakim. Ta’zir terbahagi kepada dua bahagian iaitu kesalahan yang termasuk dalam kategori kesalahan hudud tetapi hukuman hudud tidak dapat dilaksanakan kerana ia tidak memenuhi syarat pelaksanaan dan kesalahan yang selain dari kategori hudud dan qisas.


            Maka, dengan ini saya berazam untuk lebih mendalami tentang undang-undang yang ada di dalam Islam dan cara pelaksanaannya. Undang-undang yang telah digariskan di dalam Al-Quran dan As-Sunah sudah pasti merupakan undang-undang yang terbaik yang sepatutnya seluruh dunia mempraktikkannya.     

Refleksi Diri

NUR AIDA BINTI AMIR
2015115869
AC220 4B
1 NOVEMBER 2016

Pada hari ini saya belajar tentang 'Islam tidak perlu dilabel'.Maksud saya disini,selepas ustazah menerangkan berpandingan piagam madinah dengan perlembagaan Malaysia, banyak perkara yang membuktikan perlembagaan Malaysia ini ada ciri2 keislaman iaitu bnyk persamaan dengan piagam madinah . Contohnya seperti,kebebasan beragama,hak asasi taat kepada pemimpin dan hak mendapat perlindungan dari kezaliman, Walaupun perlembagaan Malaysia ini bercirikan keislaman,, kita tidak perlu pun untuk melabelkan sebagai 'Perlembagaan Islam Malaysia' kerana yang paling utamanya ialah biarlah roh keislaman ni ada dan nawaitu (dalaman) itu yang penting.

Oleh itu, jika dikaitkan tentang label ini kepada diri seseorang individu seperti saya, saya tidak perlu untuk menunjukkan betapa islamnya saya tetapi disebaliknya roh keislaman saya tiada. Saya berazam bahawa saya perlu membetulkan niat saya sebagai Islam dan bukan untuk luaran sahaja supaya roh keislaman saya ada pada diri saya.