Friday, 11 November 2016

Refleksi Diri

Aina Nadhirah Ahmad Nazeri
2015126113
AC2204H
1 November 2016


Pada hari ini saya telah mempelajari tentang undang-undang jenayah Islam iaitu qisas dan diyat,hudud serta ta'zir. Perkara baru yang membuka minda saya ialah mengenai perdebatan  pelaksanaan hukum hudud di Malaysia Kita sebagai umat Islam wajib yakin kepada hudud kerana ia hukum yang ditetapkan oleh  Allah. Hudud dilaksanakan untuk menjaga kesejahteraan yang terbina justeru umat Islam pada masa kini perlu didedahkan dengan pemahaman hudud yang kukuh serta keadaan ekonomi mahupun ahlak serta sosial di sesebuah negara perlu dalam keadaan baik sebelum hukum hudud itu boleh dilaksankan.

Dengan ini saya berazam untuk mempelajari lebih mendalam tentang hukum dan undang-undang Islam terutama hukum hudud. Ini untuk menambah ilmu serta keyakinan dalam hati bahawa undang-undang Islam dilaksanakan untuk menjaga kesejahteraan umat.

Refleksi Diri

NUR SYAFIQAH NADIAH BINTI ROSLAN
2015139977
AC2204B
8 NOVEMBER 2016

Pada hari ini saya telah mempelajari tentang peranan seorang pemimpin terhadap ekonomi negara. Antaranya ialah menggalakkan amalan membayar zakat, infaq dan juga sedekah. Hal ini kerana salah satu daripada pendapatan negara datangnya daripada pengutipan zakat. Zakat merupakan salah satu rukun yang terkandung dalam rukun Islam. Tujuannya adalah untuk membersihkan dan menyuburkan harta dan kemudiannya harta tersebut akan diagihkan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Secara tidak langsung juga dapat meningkatkan lagi ekonomi negara. Pemimpin yang dihormati dan disegani adalah pemimpin yang mampu menunjukkan contoh yang baik kepada rakyatnya

Selain itu, saya juga mempelajari tentang peranan rakyat dalam kestabilan politik. Antaranya ialah mengundi dalam pilihan raya yang diadakan. Seseorang yang telah berumur 21 tahun diwajibkan mengundi untuk memilih pemimpin. Rakyat juga tidak boleh memburukkan mana-mana parti politik namun hendaklah mengetahui maklumat mengenai parti – parti tersebut sebelum mengundi agar dapat memilih parti yang benar dan layak.

Dengan ini saya berazam untuk menunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang rakyat dengan mengundi parti politik yang saya rasa benar dan layak untuk memimpin negara ini.


Refleksi Diri

NUR AIDA BINTI AMIR
2015115869
AC220 4B

8 NOVEMBER 2016

Pada hari ini saya belajar tentang peranan rakyat dalam menjaga kestabilan politik. Antara peranannya ialah mengambil bahagian dalam pilihan raya iaitu mendaftar mengundi serta mengundi setelah memenuhi syarat2. Selain dari itu, tidak memburukkan mana2 parti politik kerana ia boleh melemahkan sistem politik negara dan akhir sekali ialah memilih parti politik yang benar dan layak.

Oleh itu, saya berazam sebagai warganegara malaysia yang sudah mencapaii 21 tahun serta memenuhi syarat ,saya akan wujudkan rasa bertanggunjawab dan mengambil tahu tentang isu semasa dengan negara lebih banyak.

Thursday, 10 November 2016

CIRI-CIRI POLITIK YANG STABIL

Maksud politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Politik sering dikaitkan dengan kerajaan. Namun begitu, ia juga boleh didapati di dalam badan korporat, akademik, agama dan institusi lain. Politik negara yang stabil amat penting untuk membina tamadun negara yang membangun. Kestabilan politik di dalam sesebuah negara hendaklah dicapai agar negara tersebut tidak akan mengalami pergolakan.


Antara ciri-ciri politik yang stabil yang dapat dilihat adalah integrasi antara kaum. Seperti yang kita tahu, Malaysia mempunyai pelbagai kaum yang hidup di dalam satu negara iaitu Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan kaum-kaum peribumi yang lain. Walaupun setiap kaum itu mempunyai pegangan hidup, adat resam dan perilaku yang berbeza, masing-masing masih mampu menghormati perbezaan tersebut antara satu sama lain. Perbezaan ini yang membuatkan sesuatu negara itu dianggap unik. Sikap ini membantu para pemimpin untuk memimpin negara dengan baik. Ini kerana kesanggupan semua rakyat untuk hidup bersama dan berkongsi segala kemudahan yang disediakan dapat melahirkan keharmonian antara kaum. Oleh itu, secara tidak langsung akan mewujudkan suasana yang aman dalam politik.




Selain itu, negara yang mempunyai pemimpin yang bertanggungjawab akan membawa kepada kestabilan politik. Setiap pemimpin yang telah dilantik mempunyai tanggungjawab untuk memperjuangkan hak rakyat. Ini kerana pemimpin yang dilantik adalah hasil daripada kepercayaan rakyat terhadap pemimpin tersebut. Oleh itu, pemimpin mempunyai amanah yang besar yang harus dipikul agar dapat membuatkan negara berada dalam keadaan yang sejahtera. Pemimpin hendaklah membina negara dengan berlandaskan visi yang khusus. Sebagai contoh, Tun Mahathir Mohamad telah merangka matlamat agar Malaysia menjadi sebuah negara yang maju pada tahun 2020 yang dikenali sebagai Wawasan 2020. Justeru, ia merupakan tanggungjawab pemimpin untuk memastikan wawasan tersebut dalam dicapai dalam masa kurang 4 tahun lagi.




Akhir sekali adalah pembangunan modal insan yang berkualiti. Apa yang dimaksudkan dengan modal insan yang berkualiti adalah setiap manusia itu mempunyai pendidikan, tingkah laku yang baik, cara berfikir dan bertindak, kesedaran sivik yang tinggi serta menyedari tanggungjawabnya terhadap agama, bangsa dan negara. Ciri-ciri ini akan melahirkan modal insan kelas pertama yang akan dipandang tinggi dan tidak mudah untuk diperdayakan. Sehubungan dengan itu, modal insan merupakan asset yang penting bagi negara kerana jatuh bangun sesebuah negara tersebut berdasarkan kualiti yang ada pada insan tersebut. Modal insan yang berkualiti dalam pelbagai bidang akan membantu Malaysia untuk membangun dan menjadi sebuah tamadun yang disegani. Oleh itu, pemikiran rakyat dari segi amalan agama, politik dan sebagainya tidak akan dipengaruhi oleh mana-mana pengaruh luar yang cuba untuk menjatuhkan kedudukan negara.







Refleksi Diri

NURSYAZMIN HUSNA BINTI MUHAMED FIRDAUS
2015140835
AC2204B
8 NOVEMBER 2016

Pada hari ini saya telah belajar tentang apakah peranan rakyat dalam menjaga kestabilan politik negara. Salah satu antaranya ialah mengambil bahagian dalam pilihan raya. Setiap rakyat yang mencapai umur 21 tahun wajib mendaftar sebagai pengundi untuk pilihan raya. Ini adalah sebagai tanggungjawab yang rakyat Malaysia harus lakukan. Malah jika terdapat pihak yang menghalang rakyat untuk pergi keluar mengundi mereka akan dikenakan tindakan. Namun begitu, rakyat sendiri hendaklah jujur dengan diri sendiri untuk memilih parti yang mahu undi. Rakyat hendaklah mencari maklumat dari pelbagai sumber sebelum membuat pilihan parti manakah yang layak memimpin negara Malaysia.

Oleh itu, saya berazam untuk menjalankan tanggungjawab saya terhadap negara. Bukan untuk mengundi sahaja malah dengan perkara-perkara yang lain seperti menjaga nama baik negara Malaysia.


Wednesday, 9 November 2016

Refleksi Diri


Aimi Nadhirah binti Hashim
2015180319
AC2204B
8 November 2016

Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang keadaan ekonomi semasa seperti harga barang naik, subsidi ditarik, nilai mata wang jatuh dan pengangguran berleluasa. Jadi, kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah berusaha bersungguh-sungguh dan berbelanja secara sederhana.

Saya juga mempelajari bahawa sesungguhnya semua perkara di dunia ini mahupun harta adalah milik Allah S.W.T dan sekadar pinjaman kepada manusia. Kita sebagai muslim hendaklah menggunakan harta ke jalan yang diredhai Allah dan dalam pada masa yang sama tidak lalai dalam mencari harta.

Dalam bab politik pula, saya telah mempelajari tentang peranan rakyat dalam politik. Rakyat mestilah mengambil bahagian dalam pilihan raya, tidak memburukkan nama mana-mana parti politik dan rakyat berhak memilih parti yang benar dan layak untuk memimpin negara.

Dengan ini, saya berazam untuk tidak terlepas mengambil bahagian dalam pilihan raya yang akan datang supaya negara ini dapat dipimpin oleh pemimpin yang benar-benar layak dan adil. Jika pemimpin kita adil dan amanah, negara akan terus maju dan dapat membentuk masyarakat yang harmoni.

Monday, 7 November 2016

Refleksi Diri

NURSIFA URAHMAH
2015126233
1 NOVEMBER 2016

Pada hari ini saya telah mempelajari tentang undang-undang dalam syariah Islam; qisas, diyat, hudud dan ta'zir.

Hak Individu
  • Qisas : Hukuman bunuh terhadap orang yang membunuh orang lain.
  • Diyat : Denda atau pampasan yang perlu dibayar kepada keluarga mangsa bunuh sebagai ganti qisas (jika keluarga memaafkan si pembunuh).
Hak Allah
  • Hudud : Hukum yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. yang tidak boleh dipinda dan sebagai seorang muslim kita tidak boleh menolaknya. Antara kesalahan-kesalahan yang boleh dikenakan hukum hudud adalah zina, minum arak, mencuri dan murtad.
Hak Pemerintah
  • Ta'zir : Hukuman yang tertakluk kepada budi bicara pemerintah atau perundangan atau hakim.
Dengan ini saya berazam untuk mendalami tentang undang-undang dalam syariah Islam dan cara pelaksanaannya dengan lebih mendalam sebagai salah satu cara untuk menjadikannya sebagai panduan dan pengajaran dalam diri serta seluruh umat Islam.