The Humaira
Tuesday, 13 December 2016
PEMBAIKAN EKONOMI YANG BOLEH DILAKUKAN SEKARANG ?
Pembaikan ekonomi yang boleh dilakukan sekarang:
- Memastikan ekonomi berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah - Sebagai contoh adalah amalan riba', amalan ini diharamkan dalam Islam kerana ianya perbuatan yang menindas. Riba' juga akan menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang materialistik (cinta akan harta). Kerajaan perlu mecari alternatif yang boleh menggantikan amalan riba' dalam sistem ekonomi negara.
- Kerajaan perlu memastikan pengurusan ekonomi yang sistematik dan adil - Sebagai contoh adalah pengurusan Lembaga Zakat di Malaysia hendaklah memastikan pengagihan hasil kutipan zakat diberikan kepada mereka ynag benar-benar layak. Selain itu, usaha untuk mendekati golongan-golongan miskin terutamanya di kawasan luar bandar perlu diambil kerana masih ramai daripada golongan ini yang tidak tahu cara-cara atau saluran-saluran untuk mendapatkan bantuan.
- Merapatkan jurang antara yang kaya dan miskin - Selain daripada kerajaan, kita sebagai rakyat juga harus memainkan peranan dalam membantu mereka yang memerlukan. Golongan yang berkemampuan boleh turut sama membantu dalam meringankan beban golongan miskin, contohnya dengan memberi bantuan kewangan atau keperluan harian. Dengan cara ini, golongan miskin tidak akan rasa terpinggir.
- Menggalakkan aktiviti perniagaan - Kerajaan perlu tingkatkan usaha dalam menggalakkan aktiviti perniagaan dalam kalangan rakyatnya. Antaranya, mendedahkan kepada mereka tentang manfaat-manfaat perniagaan dan memberi tunjuk ajar bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan. Di samping itu, kerajaan juga boleh menyediakan khidmat bantuan sama ada dari segi kewangan atau barang keperluan seperti premis perniagaan.
Refleksi Diri
NUR AIDA BINTI AMIR
2015115869
AC220 4B
22/NOVEMBER/2016
Pada hari ini saya telah belajar tentang Zaman Rasulullah iaitu asas dan aplikasi sirah Rasulullah dan Sallafussoleh,Al-Tafahum.
Al Tafahum ialah saling mengenal serta memahami atau mengetahui secara mendalam keadaan orang lain. Lebih mendalam tentang memahami serta menghormati perbezaan agama antara kaum dan nilai kehidupan srtiap kaum. Persefahaman boleh dicapai melalui perasaan saling mengenali antara satu dengan lain. Antara cara meningkatkan Al tafahum ialah dengan berpegang teguh pada ajaran agama,mengamalkan nilai-nilai hidup murni,rukun tentangga dan pelbagai lagi.
Oleh itu,saya berazam untuk melahirkn nilai Al Tafahum dalam diri supaya perkara salah faham yang kecil dapat diatasi dengan cara yang baik.

15/NOVEMBER/2016
Pada hari ini saya belajar tentang salah satu rukun negara iaitu kepercayaan kepada tuhan.
Prinsip ini menjelaskan bahawa rakyat Malaysia mestilah mempunyai pegangan atau anutan agama dan sistem kepercayaan. Keyakinan wujudnya Tuahan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan-Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara. Cara menghayati prisip rukun negara ini adalah dengan melakukan amalan yang baik seperti yang di praktikkan dari agama masing-masing.
Oleh itu, saya berazam akan mempunyai pengangan agama yang kuat supaya segala perkara yang dibuat berlandaskan agama.

ADAKAH ZAKAT BERTUJUAN MEMBASMI KEMISKINAN ?
Zakat
bermaksud bersih, suci, subur, berkat dan berkembang. Kewajipan membayar zakat
merupakan suatu tanggungjawab yang
membawa berkat dan memberi kesan yang berterusan bukan sahaja kepada mereka
yang mengeluarkannya, tetapi juga kepada mereka yang menerimanya. Zakat turut
berperanan dalam mempertingkatkan kebajikan masyarakat dan membantu
meningkatkan kegiatan ekonomi negara. Zakat dilihat mampu mengikis rasa sombong
golongan kaya dan mengelak golongan fakir miskin dari bersikap meminta-minta.
Harta yang diperoleh golongan kaya sebenarnya terdapat sebahagian hak golongan
fakir miskin. Maka itu menjadi kewajipan golongan kaya menunaikan hak tersebut.
Zakat merupakan suatu pendapatan
yang tetap dan menjadi kewajipan untuk sentiasa dilaksanakan oleh sesebuah
negara Islam dan ianya akan berlaku secara berterusan. Oleh itu, negara Islam
dapat menggunakan sumber zakat bagi membina kekuatan negara dari segi ekonomi,
sosial, pendidikan dan juga dapat membina kekuatan. Secara tidak langsung perkara
ini dapat membina kesatuan Ummah yang jitu. Masalah membasmi kemiskinan
merupakan tujuan utama sistem zakat dalam Islam melalui penyediaan saraan hidup
dan modal yang mencukupi bagi golongan yang berhajat. Saraan hidup daripada
zakat ini diperuntukkan kepada golongan yang tidak mampu bekerja dengan
sebab-sebab cacat anggota atau sebagainya.
Pada
pendapat kami, kami setuju bahawa zakat sedikit sebanyak dapat meringankan
beban rakyat sekiranya zakat tersebut dikumpulkan dan disalurkan ke saluran
yang betul.
Refleksi Diri
AIMI JULIANA BINTI
JAMALUDIN
2015282371
AC220 4B
22 NOVEMBER 2016
Pada hari ini saya
telah mempelajari prinsip Islam berkaitan dengan nilai-nilai kemanusiaan. Nilai
kemanusiaan adalah nilai martabat manusia. Manusia merupakan makhluk yang tertinggi
antara makhluk ciptaan Allah sehingga nilai kemanusiaan tersebut mencerminkan
kedudukan manusia sebagai makhluk tertinggi antara makhluk lainnya. Terdapat pelbagai
prinsip berkaitan dengan nilai kemanusiaan.
Antara nilai kemanusiaannya
adalah nilai Al-Mas’uliyyah. Al- Mas’uliyyah
bermaksud tanggungjawab. Dalam konteks
tanggungjawab, manusia sememangnya mempunyai tanggungjawab masing- masing.
Allah telah menganugerahkan kepada manusia dengan akal dan ilmu yang
membolehkan mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab pengimarahan bumi. Tanggungjawab
itu akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT pada hari kiamat kelak.
Oleh itu, saya berazam
akan melaksanakan tanggungjawab saya dengan sempurna. Hal yang
demikian kerana tanggungjawab merupakan
suatu perkara yang harus dipenuhi dan sifatnya wajib. Jika saya gagal
melaksanakan tanggungjawab yang saya ada, maka saya telah menzalimi diri saya
sendiri. Justeru itu, saya berazam akan menjadi manusia yang bertanggungjawab.
Subscribe to:
Posts (Atom)