Tuesday, 13 December 2016

ADAKAH ZAKAT BERTUJUAN MEMBASMI KEMISKINAN ?

Zakat bermaksud bersih, suci, subur, berkat dan berkembang. Kewajipan membayar zakat merupakan suatu tanggungjawab yang membawa berkat dan memberi kesan yang berterusan bukan sahaja kepada mereka yang mengeluarkannya, tetapi juga kepada mereka yang menerimanya. Zakat turut berperanan dalam mempertingkatkan kebajikan masyarakat dan membantu meningkatkan kegiatan ekonomi negara. Zakat dilihat mampu mengikis rasa sombong golongan kaya dan mengelak golongan fakir miskin dari bersikap meminta-minta. Harta yang diperoleh golongan kaya sebenarnya terdapat sebahagian hak golongan fakir miskin. Maka itu menjadi kewajipan golongan kaya menunaikan hak tersebut.

Zakat merupakan suatu pendapatan yang tetap dan menjadi kewajipan untuk sentiasa dilaksanakan oleh sesebuah negara Islam dan ianya akan berlaku secara berterusan. Oleh itu, negara Islam dapat menggunakan sumber zakat bagi membina kekuatan negara dari segi ekonomi, sosial, pendidikan dan juga dapat membina kekuatan. Secara tidak langsung perkara ini dapat membina kesatuan Ummah yang jitu. Masalah membasmi kemiskinan merupakan tujuan utama sistem zakat dalam Islam melalui penyediaan saraan hidup dan modal yang mencukupi bagi golongan yang berhajat. Saraan hidup daripada zakat ini diperuntukkan kepada golongan yang tidak mampu bekerja dengan sebab-sebab cacat anggota atau sebagainya.

Pada pendapat kami, kami setuju bahawa zakat sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat sekiranya zakat tersebut dikumpulkan dan disalurkan ke saluran yang betul.




No comments:

Post a Comment