Tuesday, 13 December 2016

PEMBAIKAN EKONOMI YANG BOLEH DILAKUKAN SEKARANG ?

Pembaikan ekonomi yang boleh dilakukan sekarang:

  • Memastikan ekonomi berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah - Sebagai contoh adalah amalan riba', amalan ini diharamkan dalam Islam kerana ianya perbuatan yang menindas. Riba' juga akan menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang materialistik (cinta akan harta). Kerajaan perlu mecari alternatif yang boleh menggantikan amalan riba' dalam sistem ekonomi negara.
  • Kerajaan perlu memastikan pengurusan ekonomi yang sistematik dan adil - Sebagai contoh adalah pengurusan Lembaga Zakat di Malaysia hendaklah memastikan pengagihan hasil kutipan zakat diberikan kepada mereka ynag benar-benar layak. Selain itu, usaha untuk mendekati golongan-golongan miskin terutamanya di kawasan luar bandar perlu diambil kerana masih ramai daripada golongan ini yang tidak tahu cara-cara atau saluran-saluran untuk mendapatkan bantuan.
  • Merapatkan jurang antara yang kaya dan miskin - Selain daripada kerajaan, kita sebagai rakyat juga harus memainkan peranan dalam membantu mereka yang memerlukan. Golongan yang berkemampuan boleh turut sama membantu dalam meringankan beban golongan miskin, contohnya dengan memberi bantuan kewangan atau keperluan harian. Dengan cara ini, golongan miskin tidak akan rasa terpinggir.
  • Menggalakkan aktiviti perniagaan - Kerajaan perlu tingkatkan usaha dalam menggalakkan aktiviti perniagaan dalam kalangan rakyatnya. Antaranya, mendedahkan kepada mereka tentang manfaat-manfaat perniagaan dan memberi tunjuk ajar bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan. Di samping itu, kerajaan juga boleh menyediakan khidmat bantuan sama ada dari segi kewangan atau barang keperluan seperti premis perniagaan.


No comments:

Post a Comment