Tuesday, 13 December 2016

Refleksi Diri

AIMI JULIANA BINTI JAMALUDIN
2015282371
AC220 4B
22 NOVEMBER 2016

Pada hari ini saya telah mempelajari prinsip Islam berkaitan dengan nilai-nilai kemanusiaan. Nilai kemanusiaan adalah nilai martabat manusia. Manusia merupakan makhluk yang tertinggi antara makhluk ciptaan Allah sehingga nilai kemanusiaan tersebut mencerminkan kedudukan manusia sebagai makhluk tertinggi antara makhluk lainnya. Terdapat pelbagai prinsip berkaitan dengan nilai kemanusiaan.

Antara nilai kemanusiaannya adalah nilai Al-Mas’uliyyah. Al- Mas’uliyyah bermaksud tanggungjawab. Dalam konteks tanggungjawab, manusia sememangnya mempunyai tanggungjawab masing- masing. Allah telah menganugerahkan kepada manusia dengan akal dan ilmu yang membolehkan mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab pengimarahan bumi. Tanggungjawab itu akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT pada hari kiamat kelak.


Oleh itu, saya berazam akan melaksanakan tanggungjawab saya dengan sempurna. Hal yang demikian kerana tanggungjawab  merupakan suatu perkara yang harus dipenuhi dan sifatnya wajib. Jika saya gagal melaksanakan tanggungjawab yang saya ada, maka saya telah menzalimi diri saya sendiri. Justeru itu, saya berazam akan menjadi manusia yang bertanggungjawab.

Monday, 12 December 2016

Refleksi Diri

Aina Nadhirah Binti Ahmad Nazeri
2015126113
AC2204H
22 November 2016

Pada hari ini saya telah mempelajari prinsip islam berkaitan dengan nilai-nilai manusia. Antaranya ialah

  • Al- Ilm - ilmu yang boleh mengangkat darjat manusia
  • Al syura - perbincangan 
  •  Al-Adalah - Keadilan dalam setiap aspek kehidupan manusia
  • Al-Hurriyah - kebebasan berlandaskan syariat Islam
  • Al- Musawah - kesamarataan manusia
  • Al- Mas'uliyyah - bertanggungjawab


Manusia merupakan mahluk yang tertinggi antara mahluk ciptaan Allah sehingga nilai kemanusiaan mencerminkan kedudukan manusia sebagai mahluk tertinggi antara mahluk lainnya dan di sisi Allah .

Oleh itu, saya berazam akan menerapkan nilai-nilai tersebut dalam diri terhadap sesama manusia tanpa mengira bangsa,agama dan keturunan agar menjadi manusia yang lebih baik  disisi Allah dan dalam kalangan masyarakat.

Refleksi Diri

Aina Nadhirah Binti Ahmad Nazeri
2015126113
AC2204H
15 November 2016

Pada hari ini saya telah mempelajari mengenai materialisme yang bermaksud satu fahaman hidup yang hanya mementingkan aspek kebendaan sahaja. Sikap materialisme sebenarnya menjadi ancaman terhadap integrasi dan masyarakat. Materialisme membuatkan masyarakat menjadi materialistik, sikap berdaya saing yang negatif yang mendorong kepada sikap individualistik serta masalah sosial dalam kalangan masyarakat.

Oleh itu, saya berazam akan menjauhkan diri dari sifat materialisme dalam diri kerana ianya hanya akan membawa kepada kemudaratan diri serta masyarakat sekeliling.

Refleksi Diri

Aina Nadhirah Binti Ahmad Nazeri
2015126113
AC2204H
8 November 2016

Pada hari ini saya telah mempelajari mengenai peranan rakyat dalam menjamin kestabilan politik negara. Individu  hendaklah memainkan peranan  dengan mengambil bahagian dalam pilihan raya negara.

Sekiranya individu tidak menjalankan tanggungjawab  untuk mengundi,  pemimpin yang tidak layak akan memegang kuasa pemerintahan dan apabila orang yang tidak layak mendapat kuasa memerintah, kita sebagai rakyat turut bertanggungjawab  dan terkesan dengan perkara itu.

Oleh itu, saya berazam akan menjalankan tanggungjawab saya sebagai mengundi dan mengambil inisiatif untuk mencari maklumat  menyeluruh mengenai sesuatu parti sebelum mengundi.

Refleksi Diri

NURSIFA URAHMAH
2015126233
AC2204B
22 NOVEMBER 2016

Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang prinsip Islam tentang nilai-nilai kemanusiaan dan asas hubungan etnik menurut Islam.

Nilai-nilai kemanusiaan menurut Islam:
  • Al-'Ilm (ilmu)
  • Al-Syura (perbincangan)
  • Al-'Adalah (keadilan)
  • Al-Hurriyyah (kebebasan)
  • Al-Musawah (samarata)
  • Al-Mas'uliyyah (tanggungjawab)
Asas hubungan etnik menurut Islam:
  • Al-Ta'aruf (berkenal-kenalan)
  • Al-Tafahum (saling memahami)
  • Al-Ta'awun (kerjasama)
  • Al-Tadhamun (jamin-menjamin)
  • Al-Ukhwah (persaudaraan)
  • Al-Mahabbah (kasih sayang)
Saya sedar betapa pentingnya nilai-nilai dan asas hubungan etnik yang tersebut dalam membina masyarakat yang mampu hidup dalam suasana yang aman damai. Dengan ini, saya berazam untuk menerapkan nilai-nilai tersebut dalam diri dan kehidupan seharian saya bagi memastikan hubungan sesama manusia tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan dapat dijaga dengan baik.