Tuesday, 13 December 2016
PEMBAIKAN EKONOMI YANG BOLEH DILAKUKAN SEKARANG ?
Pembaikan ekonomi yang boleh dilakukan sekarang:
- Memastikan ekonomi berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah - Sebagai contoh adalah amalan riba', amalan ini diharamkan dalam Islam kerana ianya perbuatan yang menindas. Riba' juga akan menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang materialistik (cinta akan harta). Kerajaan perlu mecari alternatif yang boleh menggantikan amalan riba' dalam sistem ekonomi negara.
- Kerajaan perlu memastikan pengurusan ekonomi yang sistematik dan adil - Sebagai contoh adalah pengurusan Lembaga Zakat di Malaysia hendaklah memastikan pengagihan hasil kutipan zakat diberikan kepada mereka ynag benar-benar layak. Selain itu, usaha untuk mendekati golongan-golongan miskin terutamanya di kawasan luar bandar perlu diambil kerana masih ramai daripada golongan ini yang tidak tahu cara-cara atau saluran-saluran untuk mendapatkan bantuan.
- Merapatkan jurang antara yang kaya dan miskin - Selain daripada kerajaan, kita sebagai rakyat juga harus memainkan peranan dalam membantu mereka yang memerlukan. Golongan yang berkemampuan boleh turut sama membantu dalam meringankan beban golongan miskin, contohnya dengan memberi bantuan kewangan atau keperluan harian. Dengan cara ini, golongan miskin tidak akan rasa terpinggir.
- Menggalakkan aktiviti perniagaan - Kerajaan perlu tingkatkan usaha dalam menggalakkan aktiviti perniagaan dalam kalangan rakyatnya. Antaranya, mendedahkan kepada mereka tentang manfaat-manfaat perniagaan dan memberi tunjuk ajar bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan. Di samping itu, kerajaan juga boleh menyediakan khidmat bantuan sama ada dari segi kewangan atau barang keperluan seperti premis perniagaan.
Refleksi Diri
NUR AIDA BINTI AMIR
2015115869
AC220 4B
22/NOVEMBER/2016
Pada hari ini saya telah belajar tentang Zaman Rasulullah iaitu asas dan aplikasi sirah Rasulullah dan Sallafussoleh,Al-Tafahum.
Al Tafahum ialah saling mengenal serta memahami atau mengetahui secara mendalam keadaan orang lain. Lebih mendalam tentang memahami serta menghormati perbezaan agama antara kaum dan nilai kehidupan srtiap kaum. Persefahaman boleh dicapai melalui perasaan saling mengenali antara satu dengan lain. Antara cara meningkatkan Al tafahum ialah dengan berpegang teguh pada ajaran agama,mengamalkan nilai-nilai hidup murni,rukun tentangga dan pelbagai lagi.
Oleh itu,saya berazam untuk melahirkn nilai Al Tafahum dalam diri supaya perkara salah faham yang kecil dapat diatasi dengan cara yang baik.
2015115869
AC220 4B
22/NOVEMBER/2016
Pada hari ini saya telah belajar tentang Zaman Rasulullah iaitu asas dan aplikasi sirah Rasulullah dan Sallafussoleh,Al-Tafahum.
Al Tafahum ialah saling mengenal serta memahami atau mengetahui secara mendalam keadaan orang lain. Lebih mendalam tentang memahami serta menghormati perbezaan agama antara kaum dan nilai kehidupan srtiap kaum. Persefahaman boleh dicapai melalui perasaan saling mengenali antara satu dengan lain. Antara cara meningkatkan Al tafahum ialah dengan berpegang teguh pada ajaran agama,mengamalkan nilai-nilai hidup murni,rukun tentangga dan pelbagai lagi.
Oleh itu,saya berazam untuk melahirkn nilai Al Tafahum dalam diri supaya perkara salah faham yang kecil dapat diatasi dengan cara yang baik.
Refleksi Diri
NUR AIDA BINTI AMIR
2015115869
AC220 4B
15/NOVEMBER/2016
Pada hari ini saya belajar tentang salah satu rukun negara iaitu kepercayaan kepada tuhan.
Prinsip ini menjelaskan bahawa rakyat Malaysia mestilah mempunyai pegangan atau anutan agama dan sistem kepercayaan. Keyakinan wujudnya Tuahan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan-Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara. Cara menghayati prisip rukun negara ini adalah dengan melakukan amalan yang baik seperti yang di praktikkan dari agama masing-masing.
Oleh itu, saya berazam akan mempunyai pengangan agama yang kuat supaya segala perkara yang dibuat berlandaskan agama.
2015115869
AC220 4B
15/NOVEMBER/2016
Pada hari ini saya belajar tentang salah satu rukun negara iaitu kepercayaan kepada tuhan.
Prinsip ini menjelaskan bahawa rakyat Malaysia mestilah mempunyai pegangan atau anutan agama dan sistem kepercayaan. Keyakinan wujudnya Tuahan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan-Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara. Cara menghayati prisip rukun negara ini adalah dengan melakukan amalan yang baik seperti yang di praktikkan dari agama masing-masing.
Oleh itu, saya berazam akan mempunyai pengangan agama yang kuat supaya segala perkara yang dibuat berlandaskan agama.
ADAKAH ZAKAT BERTUJUAN MEMBASMI KEMISKINAN ?
Zakat
bermaksud bersih, suci, subur, berkat dan berkembang. Kewajipan membayar zakat
merupakan suatu tanggungjawab yang
membawa berkat dan memberi kesan yang berterusan bukan sahaja kepada mereka
yang mengeluarkannya, tetapi juga kepada mereka yang menerimanya. Zakat turut
berperanan dalam mempertingkatkan kebajikan masyarakat dan membantu
meningkatkan kegiatan ekonomi negara. Zakat dilihat mampu mengikis rasa sombong
golongan kaya dan mengelak golongan fakir miskin dari bersikap meminta-minta.
Harta yang diperoleh golongan kaya sebenarnya terdapat sebahagian hak golongan
fakir miskin. Maka itu menjadi kewajipan golongan kaya menunaikan hak tersebut.
Zakat merupakan suatu pendapatan
yang tetap dan menjadi kewajipan untuk sentiasa dilaksanakan oleh sesebuah
negara Islam dan ianya akan berlaku secara berterusan. Oleh itu, negara Islam
dapat menggunakan sumber zakat bagi membina kekuatan negara dari segi ekonomi,
sosial, pendidikan dan juga dapat membina kekuatan. Secara tidak langsung perkara
ini dapat membina kesatuan Ummah yang jitu. Masalah membasmi kemiskinan
merupakan tujuan utama sistem zakat dalam Islam melalui penyediaan saraan hidup
dan modal yang mencukupi bagi golongan yang berhajat. Saraan hidup daripada
zakat ini diperuntukkan kepada golongan yang tidak mampu bekerja dengan
sebab-sebab cacat anggota atau sebagainya.
Pada
pendapat kami, kami setuju bahawa zakat sedikit sebanyak dapat meringankan
beban rakyat sekiranya zakat tersebut dikumpulkan dan disalurkan ke saluran
yang betul.
Refleksi Diri
AIMI JULIANA BINTI
JAMALUDIN
2015282371
AC220 4B
22 NOVEMBER 2016
Pada hari ini saya
telah mempelajari prinsip Islam berkaitan dengan nilai-nilai kemanusiaan. Nilai
kemanusiaan adalah nilai martabat manusia. Manusia merupakan makhluk yang tertinggi
antara makhluk ciptaan Allah sehingga nilai kemanusiaan tersebut mencerminkan
kedudukan manusia sebagai makhluk tertinggi antara makhluk lainnya. Terdapat pelbagai
prinsip berkaitan dengan nilai kemanusiaan.
Antara nilai kemanusiaannya
adalah nilai Al-Mas’uliyyah. Al- Mas’uliyyah
bermaksud tanggungjawab. Dalam konteks
tanggungjawab, manusia sememangnya mempunyai tanggungjawab masing- masing.
Allah telah menganugerahkan kepada manusia dengan akal dan ilmu yang
membolehkan mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab pengimarahan bumi. Tanggungjawab
itu akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT pada hari kiamat kelak.
Oleh itu, saya berazam
akan melaksanakan tanggungjawab saya dengan sempurna. Hal yang
demikian kerana tanggungjawab merupakan
suatu perkara yang harus dipenuhi dan sifatnya wajib. Jika saya gagal
melaksanakan tanggungjawab yang saya ada, maka saya telah menzalimi diri saya
sendiri. Justeru itu, saya berazam akan menjadi manusia yang bertanggungjawab.
Monday, 12 December 2016
Refleksi Diri
Aina Nadhirah Binti Ahmad Nazeri
2015126113
AC2204H
22 November 2016
Pada hari ini saya telah mempelajari prinsip islam berkaitan dengan nilai-nilai manusia. Antaranya ialah
Manusia merupakan mahluk yang tertinggi antara mahluk ciptaan Allah sehingga nilai kemanusiaan mencerminkan kedudukan manusia sebagai mahluk tertinggi antara mahluk lainnya dan di sisi Allah .
Oleh itu, saya berazam akan menerapkan nilai-nilai tersebut dalam diri terhadap sesama manusia tanpa mengira bangsa,agama dan keturunan agar menjadi manusia yang lebih baik disisi Allah dan dalam kalangan masyarakat.
2015126113
AC2204H
22 November 2016
Pada hari ini saya telah mempelajari prinsip islam berkaitan dengan nilai-nilai manusia. Antaranya ialah
- Al- Ilm - ilmu yang boleh mengangkat darjat manusia
- Al syura - perbincangan
- Al-Adalah - Keadilan dalam setiap aspek kehidupan manusia
- Al-Hurriyah - kebebasan berlandaskan syariat Islam
- Al- Musawah - kesamarataan manusia
- Al- Mas'uliyyah - bertanggungjawab
Manusia merupakan mahluk yang tertinggi antara mahluk ciptaan Allah sehingga nilai kemanusiaan mencerminkan kedudukan manusia sebagai mahluk tertinggi antara mahluk lainnya dan di sisi Allah .
Oleh itu, saya berazam akan menerapkan nilai-nilai tersebut dalam diri terhadap sesama manusia tanpa mengira bangsa,agama dan keturunan agar menjadi manusia yang lebih baik disisi Allah dan dalam kalangan masyarakat.
Refleksi Diri
Aina Nadhirah Binti Ahmad Nazeri
2015126113
AC2204H
15 November 2016
Pada hari ini saya telah mempelajari mengenai materialisme yang bermaksud satu fahaman hidup yang hanya mementingkan aspek kebendaan sahaja. Sikap materialisme sebenarnya menjadi ancaman terhadap integrasi dan masyarakat. Materialisme membuatkan masyarakat menjadi materialistik, sikap berdaya saing yang negatif yang mendorong kepada sikap individualistik serta masalah sosial dalam kalangan masyarakat.
Oleh itu, saya berazam akan menjauhkan diri dari sifat materialisme dalam diri kerana ianya hanya akan membawa kepada kemudaratan diri serta masyarakat sekeliling.
2015126113
AC2204H
15 November 2016
Pada hari ini saya telah mempelajari mengenai materialisme yang bermaksud satu fahaman hidup yang hanya mementingkan aspek kebendaan sahaja. Sikap materialisme sebenarnya menjadi ancaman terhadap integrasi dan masyarakat. Materialisme membuatkan masyarakat menjadi materialistik, sikap berdaya saing yang negatif yang mendorong kepada sikap individualistik serta masalah sosial dalam kalangan masyarakat.
Oleh itu, saya berazam akan menjauhkan diri dari sifat materialisme dalam diri kerana ianya hanya akan membawa kepada kemudaratan diri serta masyarakat sekeliling.
Refleksi Diri
Aina Nadhirah Binti Ahmad Nazeri
2015126113
AC2204H
8 November 2016
Pada hari ini saya telah mempelajari mengenai peranan rakyat dalam menjamin kestabilan politik negara. Individu hendaklah memainkan peranan dengan mengambil bahagian dalam pilihan raya negara.
Sekiranya individu tidak menjalankan tanggungjawab untuk mengundi, pemimpin yang tidak layak akan memegang kuasa pemerintahan dan apabila orang yang tidak layak mendapat kuasa memerintah, kita sebagai rakyat turut bertanggungjawab dan terkesan dengan perkara itu.
Oleh itu, saya berazam akan menjalankan tanggungjawab saya sebagai mengundi dan mengambil inisiatif untuk mencari maklumat menyeluruh mengenai sesuatu parti sebelum mengundi.
2015126113
AC2204H
8 November 2016
Pada hari ini saya telah mempelajari mengenai peranan rakyat dalam menjamin kestabilan politik negara. Individu hendaklah memainkan peranan dengan mengambil bahagian dalam pilihan raya negara.
Sekiranya individu tidak menjalankan tanggungjawab untuk mengundi, pemimpin yang tidak layak akan memegang kuasa pemerintahan dan apabila orang yang tidak layak mendapat kuasa memerintah, kita sebagai rakyat turut bertanggungjawab dan terkesan dengan perkara itu.
Oleh itu, saya berazam akan menjalankan tanggungjawab saya sebagai mengundi dan mengambil inisiatif untuk mencari maklumat menyeluruh mengenai sesuatu parti sebelum mengundi.
Refleksi Diri
NURSIFA URAHMAH
2015126233
AC2204B
22 NOVEMBER 2016
2015126233
AC2204B
22 NOVEMBER 2016
Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang prinsip Islam tentang nilai-nilai kemanusiaan dan asas hubungan etnik menurut Islam.
Nilai-nilai kemanusiaan menurut Islam:
- Al-'Ilm (ilmu)
- Al-Syura (perbincangan)
- Al-'Adalah (keadilan)
- Al-Hurriyyah (kebebasan)
- Al-Musawah (samarata)
- Al-Mas'uliyyah (tanggungjawab)
Asas hubungan etnik menurut Islam:
- Al-Ta'aruf (berkenal-kenalan)
- Al-Tafahum (saling memahami)
- Al-Ta'awun (kerjasama)
- Al-Tadhamun (jamin-menjamin)
- Al-Ukhwah (persaudaraan)
- Al-Mahabbah (kasih sayang)
Saya sedar betapa pentingnya nilai-nilai dan asas hubungan etnik yang tersebut dalam membina masyarakat yang mampu hidup dalam suasana yang aman damai. Dengan ini, saya berazam untuk menerapkan nilai-nilai tersebut dalam diri dan kehidupan seharian saya bagi memastikan hubungan sesama manusia tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan dapat dijaga dengan baik.
Sunday, 11 December 2016
Friday, 2 December 2016
Sunday, 27 November 2016
Refleksi Diri
NUR
SYAFIQAH NADIAH BINTI ROSLAN
2015139977
AC2204B
22 NOVEMBER 2016Pada hari ini saya telah mempelajari tentang ukhuwah yang bermaksud hubungan atau ikatan persaudaraan yang sangat erat ibarat isi dan kuku. Sebagai seorang Islam, kita dituntut untuk mengeratkan hubungan persaudaraan kerana hubungan tersebut tidak hanya berlaku di dunia tetapi berterusan hingga ke akhirat. Persaudaraan ini akan melahirkan rasa kasih dan sayang yang mendalam serta memberikan impak yang positif pada diri setiap Muslim seperti saling menolong dan saling memaafkan. Pada zaman Rasulullah SAW konsep ukhuwah dapat dilihat apabila baginda mempersaudarakan golongan Muhajirin dan golongan Ansar di Madinah. Golongan Muhajirin bermaksud pengikut Rasulullah SAW yang berhijrah dari Mekah ke Madinah manakala golongan Ansar pula ialah penduduk asal Madinah yang telah memeluk Islam yang terdiri daripada kaum Aus dan Khazraj. Kesan yang dapat dilihat ialah mereka saling bekerjasama, bersatu padu dan saling membantu atas dasar akidah Islam yang satu.
Dengan ini saya berazam untuk mengekalkan ukhuwah yang telah terjalin kerana melalui ukhuwah tersebut diharap dapat meningkatkan lagi iman dan taqwa saya serta lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Refleksi Diri
NUR
SYAFIQAH NADIAH BINTI ROSLAN
2015139977
AC2204B
15 NOVEMBER 2016Pada hari ini saya telah mempelajari tentang prinsip kelima dalam Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Prinsip ini menuntut semua rakyat untuk mempunyai akhlak yang mulia agar dapat mengekalkan keharmonian dan keamanan negara. Dalam Islam juga menekankan betapa pentingnya berakhlak mulia di dalam kehidupan. Sekiranya rakyat Malaysia tidak berakhlak mulia, maka kita akan terdedah kepada beberapa ancaman.
Antaranya ialah ancaman ekstremisme dan ancaman materialisme. Ancaman ekstremisme bermaksud rusuhan dan pemberontakan yang belaku dalam masyarakat apabila timbulnya persoalan tentang kemiskinan dan peminggiran. Manakala ancaman materialisme pula bermaksud fahaman hidup yang hanya mementingkan aspek kebendaan semata-mata. Mereka lebih mementingkan kebendaan daripada hubungan sesama masyarakat.
Dengan ini saya berazam untuk melakukan lebih banyak amalan yang mulia kepada masyarakat setempat seperti memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan pertolongan dengan niat kerana Allah SWT di samping menjaga kehormanian dan keamanan negara.
Reflkesi Diri
Aimi Nadhirah binti Hashim
2015180319
AC2204B
22 November 2016
Pada hari ini saya telah mempelajari mengenai prinsip Islam berkaitan dengan nilai-nilai kemanusiaan. Antaranya ialah :
· Al-‘Ilm yang bermaksud ilmu. Ilmu boleh mengangkat artabat seseorang. Dalam Islam, orang yang berilmu akan mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat.
· Al-Syura bermaksud perbincangan. Perbincangan mampu menyelesaikan banyak perkara dalam peradaban manusia.
· Al-‘Adalah bermaksud keadilan. Antara tujuan Islam diutuskan kepada seluruh alam ialah menyebarkan keadilan dan kesaksamaan dalam kehidupan manusia.
· Al-Hurriyyah bermaksud kebebasan. Kebebasan bermaksud keupayaan untuk memilih melakukan sesuatu perkara mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.
· Al-Musawah bermaksud samarata. Dalam Islam, semua manusia adalah sama tanpa mengira kepada sudut tertentu seperti keturunan, bangsa, warna kulit dan sebagainya. Faktor yang membezakan antara manusia ialah ketakwaan di sisi Allah.
· Al-Mas’uliyyah bermaksud tanggungjawab. Allah menganugerahkan akal dan ilmu kepada manusia untuk membolehkan mereka melaksankan tugas dan tanggungjawab pengimarahan bumi.
Saya juga mempelajari tentang asas hubungan etnik menurut Islam. Antaranya :
· Al-Ta’aruf ialah berkenal-kenalan. Ini adalah asas penting dalam membina kehidupan masyarakat Islam.
· Al-Tafahum ialah saling memahami antara satu dengan lain untuk mencapai kehidupan yang harmoni dan sejahtera.
· Al-Ta’awun ialah kerjasama. Dalam hidup bermasyarakat, manusia mestilah saling tolong-menolong kearah kebaikan, mengelakkan musibah demi mencapai kepentingan bersama disamping menolak segala keburukan.
· Al-Tadhamun ialah jamin-menjamin. Ini bermaksud saling melindungi antara satu dengan yang lain dalam kalangan anggota masyarakat plural yang pelbagai etnik.
· Al-Ukhuwah ialah persaudaraan. Semangat persaudaraan dalam kalangan masyarakat plural menganjurkan konsep hidup bersandarkan persaudaraan atas dasar beriman dan bertakwa.
· Al-Mahabbah ialah berkasih-sayang. Ini merupakan salah satu fitrah manusia yang wajar disemai dan dipupuk dalam jiwa sanubari setiap anggota masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik.
Dengan ini, saya berazam untuk menerapkan nilai-nilai yang telah saya pelajari di dalam kehidupan seharian.
Wednesday, 23 November 2016
Refleksi Diri
NURSYAZMIN
HUSNA BINTI MUHAMED FIRDAUS
2015140835
AC2204B
22
NOVEMBER 2016
Pada
hari ini saya telah belajar tentang al-taaruf. Al-taaruf bermaksud
berkenal-kenalan. Ia merupakan salah satu fitrah manusia untuk berkasih sayang
dan saling berhubung antara satu sama lain. Sebagai contoh, daripada Nabi Adam
dan Hawa, Allah menciptakan manusia yang berbilang bangsa, keturunan agama dan
bahasa. Di sini, Allah menyuruh kita untuk berkenalan antara satu sama lain dan
mempraktikkan perkara yang baik daripada satu-satu bangsa. Selain itu, jika ada
kefahaman antara diri masing-masing setelah berkenal-kenalan, maka kesepakatan
dan kedamaian akan dicapai.
Oleh
itu, saya berazam untuk saling kenal mengenali antara satu sama lain. Ini
kerana, ia dapat meluaskan pandangan saya dan tidak bersikap prejudis terhadap
satu-satu kaum ataupun bangsa.
Sunday, 20 November 2016
Refleksi Diri
AIMI JULIANA BINTI JAMALUDIN
2015182371
AC220 4B
15 NOVEMBER 2016
Pada hari ini saya telah mempelajari tentang ancaman
materialisme terhadap integrasi. Matrialisme adalah merupakan satu fahaman yang
hanya mementingkan aspek kebendaan semata-mata. Antara ancamanya adalah pertama
sekali, masyarakat akan bersifat materialistik oleh sebab mereka lebih
mementingkan kebendaan daripada hubungan sesama masyarakat. Kedua adalah
mendorong masyarakat ke arah sikap individualistik. Hal ini dapat dilihat
apabila seseorang individu bersikap mementingkan diri mereka sendiri kerana
mereka mereka berasa diri mereka tinggi. Seterusnya ialah menghasilkan sikap
daya saing yang negatif antara satu sama lain. Perkara ini dapat dilihat
apabila mereka berasa cemburu melihat orang lain yang mempunyai taraf hidup yang lebih tinggi daripada mereka. Mereka
akan mula bersaing secara negatif untuk melihat siapa yang hebat dan sering mempamerkan
sikap yang suka menunjuk-nunjuk kerana ingin dipandang lebih tinggi. Akhir sekali
adalah menimbulkan masalah sosial dalam masyarakat. Masalah sosial seperti
merompak, mencuri dan meragut sering berlaku dalam kalangan masyarakat kita kerana
mereka memilih jalan mudah untuk mendapatkan wang untuk mereka menjalani
kehidupan yang mewah.
Oleh itu,saya berazam akan sentiasa mengawal diri saya
daripada mempunyai sifat materialisme. Sifat materialisme ini haruslah
dibendung daripada terus berleluasa dalam kalangan masyarakat. Hal demikian
kerana terdapat pelbagai ancaman yang boleh menggugat keharmonian negara kita
jika sifat materialisme terus berada dalam kalangan masyarakat.
AIMI JULIANA BINTI JAMALUDIN
2015182371
AC220 4B
8 NOVEMBER 2016
Pada hari ini saya telah
mempelajari tentang peranan rakyat dalam menjamin kestabilan politik negara.
Antara peranannya adalah dengan mengambil bahagian dalam pilihan raya negara.
Pilihan raya merupakan satu medium untuk rakyat memilih dan menentukan pemimpin
yang dapat menegakkan kesejahteraan dan keadilan kepada rakyat.
Sekiranya kita sebgai rakyat
tidak menjalankan tanggungjawab kita untuk mengundi, orang yang tidak sepatutnya memegang kuasa
pemerintahan akan mendapat kuasa itu. Apabila orang yang tidak layak mendapat
kuasa, kita turut bertanggungjawab atas perkara itu. Hal yang tersebut kerana
kegagalan kita untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.
Oleh itu, saya berazam akan
menjalankan tanggungjawab saya sebagai mengundi dan memilih pucak pemimpinan
yang bertanggungjawab dan layak untuk mengurus negara.
AIMI JULIANA BINTI JAMALUDIN
2015182371
AC220 4B
1 NOVEMBER 2016
Pada hari ini saya telah
mempelajari tentang undang-undang dalam syariah Islam iatu qisas, diyat, hudut
dan ta’zir. Qisas ialah hukuman bunuh terhadap orang yang membunuh orang lain manakala
diyat ialah denda atau pampasan yang perlu dibayar kepada keluarga mangsa bunuh
sebagai ganti qisas jika keluarga si mati memaafkan pembunuh. Kedua-dua hukum
ini merupakan hak individu itu sendiri. Seterusnya, hudud. Hudud ialah hukuman
yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T yang tidak boleh dipinda dan sebagai
seorang muslim kita tidak bole menolaknya. Antara kesalahan yang terdapat dalam
hukum hudud termasuklah zina, minum arak, berjudi, mencuri dan murtad. Hudud
merupakan hak Allah S.W.T. Akhir sek;ai ailah ta’zir. Ta’zir ialahh hukuman
yang tertakluk kepada budi bicara pemerintah atau perundangan. Ia merupakan hak
pemerintah itu sendiri.
Oleh itu, dengan ini, saya
berazam untuk mempelajari dan memahami sistem perundangan Islam ini dengan
lebih terperinci terutamanya tentang Hudud. Hal yang demikian kerana hudud
pernah dicadangkan perlaksananaannya di Malaysia. Oleh itu, sebagai umat Islam
kita hendaklah memahami dengan lebih mendalam tentang hukum Allah ini.
Refleksi Diri
NURSYAZMIN
HUSNA BINTI MUHAMED FIRDAUS
2015140835
AC2204B
15
NOVEMBER 2016
Pada
hari ini saya telah belajar tentang materialisme. Materialisme merupakan satu
fahaman hidup yang hanya mementingkan aspek kebendaan semata-mata. Jika
masyarakat mempunyai sifat ini sudah tentu akan membawa kepincangan dalam kalangan
masyarakat. Antaranya ialah melahirkan masyarakat yang bersifat materialistik,
menghasilkan sikap daya saing yang negatif antara satu sama lain, mendorong ke
arah sikap individualistik dan meningkatkan masalah sosial. Perkara-perkara ini
akan membawa kehancuran dalam sesebuah masyarakat. Jika masyarakat sendiri
sudah rapuh bagaimana ingin mempunyai negara yang aman dan sentosa.
Oleh
itu, saya berazam untuk tidak mempunyai sifat materialistik dalam diri. Saya
akan sentiasa pastikan yang saya berada di landasan yang betul agar tidak
terjebak dalam sifat tersebut. Dengan mendekatkan diri dengan Allah S.W.T dan
sentiasa memikirkan tentang kematian akan membuatkan saya lupa akan sifat
tersebut.
POLEMIK DALAM RUU 355
APA ITU RUU 355
Satu akta yang memberi bidang kuasa jenayah kepada mahkamah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang negeri bagi maksud membicarakan kesalahan jenayah bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah.
1965:
- Ditubuhkan buat pertama kali dan dikenali sebagai Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
- Hukuman denda sebanyak RM1000 dan penjara selama 6 bulan.
1985:
- Pindaan pertama dilakukan untuk meluaskan lagi kuasa menghukum.
- Hukuman denda bertambah menjadi RM5000, penjara selama 3 tahun dan sebatan sebanyak 6 kali.
1989:
- Pindaan yang dilakukan bagi meluaskan pelaksanaan ke Sabah dan Sarawak.
1997:
- Pindaan dilakukan tetapi hanya pada tafsiran sahaja.
2016:
- Cadangan pindaan dilakukan oleh Ahli Parlimen Marang di Dewan Rakyat bagi meluaskan bidang kuasa hukuman yang dibenarkan Mahkamah Syariah kecuali hukuman mati.
ANTARA POLEMIK DALAM RUU 355
Adakah Akta 355 itu hudud atau menjadi pintu kepada pelaksanaan hukum hudud ?
Pindaan Akta 355 hanyalah aturan perubahan undang-undang yang bertujuan untuk meningkatkan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah. Bagi melaksanakan hukum hudud, sekurang-kurangnya tiga pindaan perlu dilakukan kepada beberapa bahagian di dalam Perlembagaan dan bukan dengan meminda Akta 355 yang terhad kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah. Jelaslah, Akta 355 bukan hudud dan bukan juga pintu kepada pelaksanaan hukum hudud.
Adakah hukuman 100 kali sebatan melampau ?
Kaedah sebatan syariah jauh berbeza dengan sebatan sivil kerana syarat sebatan syariah tidak boleh mencederakan. Cara pelaksanaan sebatan tersebut adalah dengan hayunan seolah-olah meletakkan buku di bawah ketiak dan buku tersebut tidak boleh jatuh tatkala menghayun. Ringkasnya, 100 kali sebatan syariah tidak sama dengan sebatan sivil yang boleh mencederakan walaupun hanya sekali sebatan.
Adakah Akta 355 memberi kesan terhadap orang bukan Islam ?
Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya untuk umat Islam dan dalam Akta 355 Seksyen 2 juga menjelaskan bahawa hanya orang Islam yang boleh dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah.
Bagaimana jika berlaku kejadian rogol yang melibatkan orang Islam dan bukan Islam ?
Rogol bukan kesalahan jenayah di bawah bidang kuasa Negeri kerana ia terletak di bawah kuasa Persekutuan khususnya undang-undang Penal Code atau Akta Kanun Jenayah Persekutuan.
Autonomi lebih luas kepada Negeri untuk mencegah maksiat dan salahlaku syariah ?
Jika pindaan Akta 355 diluluskan di Parlimen, ia tidak meningkatkan kadar hukuman secara automatik. Sebaliknya Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu meluluskan tahap hukuman bagi setiap kesalahan dalam Enakmen-enakmen Syariah yang sedang berkuatkuasa di negeri tersebut terlebih dahulu. Peluang untuk berbahas mengenai kadar hukuman yang munasabah masih terbuka di peringkat DUN. Selain daripada kesalahan-kesalahan di dalam Enakmen Jenayah Syariah, kesalahan lain yang berkaitan kekeluargaan seperti kahwin lari, poligami tanpa kebenaran, tidak bayar nafkah, melarikan anak dara dari jagaan dan lain-lain masih kekal.
Saturday, 19 November 2016
ANALISIS : PERBANDINGAN ANTARA PIAGAM MADINAH DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PERBEZAAN PIAGAM MADINAH DENGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PIAGAM MADINAH
|
PERBEZAAN
|
PERLEMBAGAAN
MALAYSIA
|
Berasaskan Al-Quran
dan Sunnah
|
Sumber
|
Berasaskan
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957
|
Hubungan orang Islam
dengan orang bukan Islam
|
Isi
kandungan
|
Hubungan orang
Melayu dengan orang bukan Melayu
|
Ø Merangka
persefahaman dengan pendudukan
bukan Islam, terutama Yahudi
Ø Mewujudkan
perdamaian dan melenyapkan permusuhan
Ø Membentuk
peraturan yang dapat dipatuhi oleh semua orang
|
Tujuan
|
Ø Menjamin
keamanan dan kestabilan negara
Ø Mengawal
pergerakan kerajaan dan rakyat
Ø Mewujudkan
bentuk
pemerintahan yang adil
|
PERSAMAAN PIAGAM MADINAH DENGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
(A) Kebebasan Beragama (m/s 62-63)
PIAGAM MADINAH
|
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
|
Fasal 25 – Bahawa
kaum Yahudi dan Bani Auf adalah satu ummah bersama orang mukmin. Mereka bebas
dengan agam mereka sendiri (Yahudi) dan orang Islam dengan agama mereka.
|
Perkara 3 Fasal (1)
– Islam adalah agama bagi Perseketuan
tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana
bahagian Persekutuan.
Perkara 11(3) –
Tiap-tiap kumpulan agama berhak untuk :
(a) menguruskan hal
ehwal agamanya sendiri.
(b) menubuhkan dan
menyenggara institusi bagi maksud agama atau khairat.
(c) memperolehi dan
mempunyai harta dan memegang serta mentadbirnya mengikut undang-undang.
|
(B) Jaminan Hak Asasi Kemanusiaan (m/s 63-65)
PIAGAM MADINAH
|
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
|
Fasal 16 – Orang
Yahudi yang menyertai orang Islam hendaklah mendapatkan pertolongan dan
pimpinan dengan tidak menzalimi dan tidak boleh ada pakatan yang tidak baik
terhadap mereka.
Fasal 20(b) – Tidak
boleh mana-mana orang musyrik melindungi harta orang Quraisy dan tidak juga
nyawa mereka dan tidak boleh menghalang orang mukmin akan haknya.
|
Perkara 8(1) –
Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat
perlindungan yang sama rata.
Perkara 8(2) –
Tidak boleh ada diskriminasi terhadap
warganegara dalam mana-mana undang-undang atau dalam perlantikan apa-apa
jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam.
Perkara 10(1)
tertakluk kepada fasal (2), (3) dan (4) :
(a) Tiap-tiap
warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara.
(b) Semua
warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata.
(c) Semua
warganegara berhak untuk membentuk persatuan.
|
(C) Ketaatan Kepada Pemimpin (m/s 65-66)
PIAGAM MADINAH
|
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
|
Fasal 23 –
Walau bagaimanapun kamu berbalah dalam sesuatu perkara
hendaklah merujukkan perkara itu kepada Allah dan Nabi Muhammad.
Fasal 47 – Bahawa piagam ini tidak boleh dipakai bagi
melindungi orang zalim dan yang bersalah; dan bahawa mulai dari saat ini
barang siapa berpergiaan dari kota Madinah atau menetap di dalamnya adalah
terjamin keselamatannya kecuali orang yang zalim atau bersalah.
|
Perkara 3(2) – Dalam tiap-tiap negeri selain
negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan raja sebagai ketua ugama
Islam dalam negerinya mengikut cara dan setakat mana yang diakui dan ditetapkan
oleh Perlembagaan Negeri itu. Apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang
telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja patut diperluas seluruh Persekutuan
setiap raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai ketua ugama Islam
membenarkan Yang Dipertuan Agong mewakilinya.
Perkara 3(3) – Perlembagaan Negeri Melaka,
Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi YDPA kedudukan sebagai ketua agama
Islam di negeri itu.
Perkara 3(5) – Walau
apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, YDPA hendaklah menjadi
ketua agama Islam di Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan
Putrajaya, dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat
peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi
menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati YDPA mengenai perkara-perkara yang
berhubungan dengan agama Islam.
|
(D) Hak Mendapat Perlindungan daripada
Kezaliman (m/s 66-68)
PIAGAM MADINAH
|
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
|
Hak rakyat dijamin
melalui undang-undang qisas tidak kira sama ada orang yang melakukan
kesalahan itu dari kaum keluarga sendiri.
Fasal 13 – Bahawa orang beriman lagi bertaqwa hendaklah
menentang sesiapa yang membuat kesalahan, melanggar kesusilaan, melakukan
kezaliman atau dosa atau kerosakan di kalangan orang beriman, dan mereka
hendaklah bersatu bersama-sama menentang orang tersebut walaupun orang itu
anak kepada salah seorang daripada mereka.
|
Hak keselamatan rakyat menjadi tanggungjawab YDPA
untuk melindungi rakyat daripada kezaliman dalaman.
Perkara 5(2) – Jika pengaduan dibuat kepada
mahkamah tinggi atau mana-mana hakim mahkamah tinggi menyatakan bahawa
seseorang sedang ditahan dengan menyalahi undang-undang, maka mahkamah hendaklah
menyiasat pengaduan dan melainkan jika mahkamah itu berpuas hati bahawa
tahanan itu adalah sah, hendaklah memerintahkan supaya orang itu dibawa ke
hadapan mahkamah itu dan melepaskannya.
Perkara 5(3) – Jika seseorang itu ditangkap
maka dia hedaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh sebab-sebab
dia ditangkap dan dia hendaklah berunding dengan seorang pengamal
undang-undang yang dipilih olehnya dan dibela oleh pengamal undang-undang.
|
Subscribe to:
Posts (Atom)