Sunday, 27 November 2016

Refleksi Diri

NUR SYAFIQAH NADIAH BINTI ROSLAN
2015139977
AC2204B
15 NOVEMBER 2016

Pada hari ini saya telah mempelajari tentang prinsip kelima dalam Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Prinsip ini menuntut semua rakyat untuk mempunyai akhlak yang mulia agar dapat mengekalkan keharmonian dan keamanan negara. Dalam Islam juga menekankan betapa pentingnya berakhlak mulia di dalam kehidupan. Sekiranya rakyat Malaysia tidak berakhlak mulia, maka kita akan terdedah kepada beberapa ancaman. 

Antaranya ialah ancaman ekstremisme dan ancaman materialisme. Ancaman ekstremisme bermaksud rusuhan dan pemberontakan yang belaku dalam masyarakat apabila timbulnya persoalan tentang kemiskinan dan peminggiran. Manakala ancaman materialisme pula bermaksud fahaman hidup yang hanya mementingkan aspek kebendaan semata-mata. Mereka lebih mementingkan kebendaan daripada hubungan sesama masyarakat.

Dengan ini saya berazam untuk melakukan lebih banyak amalan yang mulia kepada masyarakat setempat seperti memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan pertolongan dengan niat kerana Allah SWT di samping menjaga kehormanian dan keamanan negara.

No comments:

Post a Comment