Monday 7 November 2016

Refleksi Diri

NUR SYAFIQAH NADIAH BINTI ROSLAN
2015139977
AC2204B
1 NOVEMBER 2016

Pada hari ini saya telah mempelajari undang – undang dalam syariat Islam iaitu qisas dan diyat, hudud dan ta’zir. Qisas merupakah hukuman bunuh terhadap orang yang membunuh orang lain yang terjadi secara sengaja, menyerupai sengaja mahupun tidak sengaja. Diyat pula ialah denda yang wajib dibayar oleh seseorang yang melakukan jenayah kerana kesalahan jenayahnya adalah sebagai ganti qisas. Sebagai contoh, apabila keluarga orang yang dibunuh memaafkan si pelaku maka hukumannya akan digantikan dengan diyat. Namun, hanya waris sahaja yang boleh memaafkannya bukan pemerintah. Manakala hudud ialah hukuman yang tidak boleh dipinda, yang telah ditetapkan oleh Allah dalam Al- Quran dan Sunnah. Kita sebagai umat Islam tidak boleh menolak hukum tersebut. Antara perbuatan yang boleh dijatuhkan hukuman hudud ialah zina, qazaf, mencuri, hirabah, minum arak dan murtad. Ta’zir pula ialah hukuman yang tertakluk kepada budi bicara pemerintah atau badan perundangan kerana kesalahan ini tidak disebut dalam Al- Quran dan Sunnah.

Dengan ini saya berazam untuk mengetahui lebih lanjut tentang undang – undang syariat dalam Islam agar dapat menjadi panduan dan pengajaran untuk diri sendiri serta saling mengingati sesama Islam tentang hukuman – hukuman tesebut.


No comments:

Post a Comment