Wednesday, 2 November 2016

Refleksi Diri

NURSYAZMIN HUSNA BINTI MUHAMED FIRDAUS
2015140835
AC2204B
1 NOVEMBER 2016

            Pada hari ini saya belajar tentang jenis-jenis perundangan dalam Islam iaitu qisas dan diyat, hudud dan ta’zir. Qisas dan diyat merupakan balasan yang serupa atas kejahatan yang dilakukan oleh penjenayah. Contohnya apabila berlaku kes pembunuhan maka pesalah tersebut akan dihukum bunuh. Akan tetapi jika keluarga mangsa bertindak untuk memaafkan si pesalah, pesalah hanya perlu membayar wang pampasan kepada keluarga si mangsa. Hudud pula merupakan hukuman yang tidak boleh dipinda yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T dalam Al-Quran dan As-Sunah. Terdapat 6 kesalahan yang dikategorikan di bawah hukum hudud iaitu zina, qazaf (menuduh orang lain berzina tanpa mengemukakan empat orang saksi), mencuri, hirabah (merompak), minum arak dan murtad. Akhir sekali, ta’zir adalah hukuman yang tertakluk kepada budi bicara pemerintah, badan perundangan atau hakim. Ta’zir terbahagi kepada dua bahagian iaitu kesalahan yang termasuk dalam kategori kesalahan hudud tetapi hukuman hudud tidak dapat dilaksanakan kerana ia tidak memenuhi syarat pelaksanaan dan kesalahan yang selain dari kategori hudud dan qisas.


            Maka, dengan ini saya berazam untuk lebih mendalami tentang undang-undang yang ada di dalam Islam dan cara pelaksanaannya. Undang-undang yang telah digariskan di dalam Al-Quran dan As-Sunah sudah pasti merupakan undang-undang yang terbaik yang sepatutnya seluruh dunia mempraktikkannya.     

No comments:

Post a Comment