Sunday 27 November 2016

Reflkesi Diri

Aimi Nadhirah binti Hashim
2015180319
AC2204B
22 November 2016
Pada hari ini saya telah mempelajari mengenai prinsip Islam berkaitan dengan nilai-nilai kemanusiaan. Antaranya ialah :
· Al-‘Ilm yang bermaksud ilmu. Ilmu boleh mengangkat artabat seseorang. Dalam Islam, orang yang berilmu akan mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat.
· Al-Syura bermaksud perbincangan. Perbincangan mampu menyelesaikan banyak perkara dalam peradaban manusia.
· Al-‘Adalah bermaksud keadilan. Antara tujuan Islam diutuskan kepada seluruh alam ialah menyebarkan keadilan dan kesaksamaan dalam kehidupan manusia.
· Al-Hurriyyah bermaksud  kebebasan. Kebebasan bermaksud keupayaan untuk memilih melakukan  sesuatu perkara mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.
· Al-Musawah bermaksud samarata. Dalam Islam, semua manusia adalah sama tanpa mengira kepada sudut tertentu seperti keturunan, bangsa, warna kulit dan sebagainya. Faktor yang  membezakan antara manusia ialah ketakwaan di sisi Allah.
· Al-Mas’uliyyah bermaksud tanggungjawab. Allah menganugerahkan akal dan ilmu kepada manusia untuk membolehkan mereka melaksankan tugas dan tanggungjawab pengimarahan bumi.
Saya juga mempelajari tentang asas hubungan etnik menurut Islam. Antaranya :
· Al-Ta’aruf ialah berkenal-kenalan. Ini adalah asas penting dalam membina kehidupan masyarakat Islam.
· Al-Tafahum ialah saling memahami antara satu dengan lain untuk mencapai kehidupan yang harmoni dan sejahtera.
· Al-Ta’awun ialah kerjasama. Dalam hidup bermasyarakat, manusia mestilah saling tolong-menolong kearah kebaikan, mengelakkan musibah demi mencapai kepentingan bersama disamping menolak segala keburukan.
· Al-Tadhamun ialah jamin-menjamin. Ini bermaksud saling melindungi antara satu dengan yang lain dalam kalangan anggota masyarakat plural yang pelbagai etnik.
· Al-Ukhuwah ialah persaudaraan. Semangat persaudaraan dalam kalangan masyarakat plural menganjurkan konsep hidup bersandarkan persaudaraan atas dasar beriman dan bertakwa.  
· Al-Mahabbah ialah berkasih-sayang. Ini merupakan salah satu fitrah manusia yang wajar disemai dan dipupuk dalam jiwa sanubari setiap anggota masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik.

Dengan ini, saya berazam untuk menerapkan nilai-nilai yang telah saya pelajari di dalam kehidupan seharian. 

No comments:

Post a Comment