Sunday 6 November 2016

TAHAP EKONOMI MALAYSIA PADA TAHUN 2014 BERDASARKAN KUANTITATIF DAN KUALITATIF

TAHAP EKONOMI MALAYSIA PADA TAHUN 2014

Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang lebih kukuh sebanyak 6.0% pada tahun 2014 (2013 : 4.7%). Pertumbuhan ini didorong oleh permintaan swasta dalam negeri dan prestasi perdagangan luar negeri yang bertambah baik. Oleh yang demikian, eksport bersih telah kembali pulih pada tahun 2014 setelah tujuh tahun berturut-turut mencatat sumbangan negatif. Ia juga telah mencatatkan pertumbuhan yang kukuh sebanyak 19.7% mengatasi pada tahun 2013 iaitu -12.6% dan turut menyumbang 1.4 mata peratusan kepada pertumbuhan KDNK keseluruhan.

KUANTITATIF
Pada tahun 2014, hutang luar negeri Malaysia telah meningkat kepada RM744.7 billion dari tahun 2013 iaitu RM696.6 billion. Jumlah ini bersamaan dengan USD211.0 billion atau 69.6% daripada KDNK. Peningkatan hutang luar negeri sebahagiannya adalah disebabkan oleh kesan penilaian daripada penyusutan nilai Ringgit Malaysia terutamanya pada suku keempat 2014. Masalah penyusutan ini telah menjejaskan terutamanya peminjaman luar pesisir, yang meningkat kepada RM367.1 billion pada akhir tahun 2014 manakala pada akhir tahun 2013 adalah RM324.1 billion.

Peningkatan peminjaman luar pesisir jangka pendek antara bank tidak mendatangkan apa-apa risiko. Ini kerana pinjaman ini hanya sebahagian yang kecil daripada jumlah pendanaan sistem perbankan. Pinjaman ini juga mencerminkan operasi pengurusan mudah tunai mata wang asing secara berpusat. Sebagai kesimpulan, meskipun paras hutang luar negeri meningkat penunjuk untuk paras keber hutangan luar negeri masih berada dalam aras lingkungan penanda aras antarabangsa bagi kehematan dan kekukuhan sektor luar negeri.




KUALITATIF
Pada tahun 2014, pasaran pekerja kekal stabil kerana pertumbuhan yang berterusan di semua sektor ekonomi telah mengekalkan permintaan mereka terhadap pekerja. Oleh itu, kadar pengangguran telah menurun kepada 2.9% manakala kadar penyertaan tenaga kerja meningkat kepada 67.5%. Ini juga disokong oleh penyertaan dari tenaga kerja wanita tang lebih. Selain itu, pemberhentian pekerja juga lebih rendah iaitu 10,431 pekerja berbanding tahun 2013 iaitu 11,195 pekerja.

Jumlah guna tenaga meningkat kepada 13.6 juta pekerja dengan tambahan bersih sebanyak 366,300 pekerjaan. Sektor yang terlibat adalah sektor perkhidmatan dan secara khususnya dalam subsektor perdagangan edaran, penginapan dan restoran. Selain tu, guna tenaga dalam sektor perkilangan telah meningkat sebanyak 58,200 pekerjaan, tetapi kehilangan pekerja bersih dalam sektor pembinaan dan komoditi sebanyak 18,500 dan 25,400 pekerjaan. Peningkatan guna tenaga sebahagian besarnya adalah dalam pekerjaan berkemahiran tinggi manakala dalam pekerjaan berkemahiran rendah secara relatifnya masih lagi di paras rendah. Bilangan pekerja asing yang berdaftar telah menurun kepada 2.07 juta pekerja dan kebanyakan penurunan ini berlaku di sektor pertanian dan perkilangan. Sebagai kesimpulan, dengan keadaan pasaran kerja yang berlaku telah meningkatkan produktiviti pekerja sebanyak 3.2% dalam sektor komoditi dan perkilangan. Namun begitu, produktiviti sektor perkhidmatan masih kekal sederhana dari tahun 2011 sehinggalah tahun 2014. 






No comments:

Post a Comment