Aimi Nadhirah binti Hashim
2015180319
AC2204B
1 November 2016
Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang
undang-undang dalam syariah Islam. Terdapat empat jenis undang-undang iaitu :
qisas, diyat, hudud dan ta’zir. Qisas adalah bunuh balas iaitu apabila
seseorang itu membunuh seseorang yang lain, orang itu hendaklah dijatuhkan
hukuman bunuh juga. Manakala diyat adalah denda atau pampasan yang dibayar
kepada ahli keluarga mangsa yang kena bunuh. Hudud adalah hukum yang telah
ditetapkan oleh Allah S.W.T. dan kita sebagai seorang Muslim tidak boleh
menolaknya. Ta’zir merupakan hukuman yang tertakluk pada budi bicara
pemerintah, badan perundangan atau hakim.
Saya juga mempelajari tentang perbezaan dan persamaan
antara Piagam Madinah dan Perlembagaan Malaysia. Antara fungsi Perlembagaan
Malaysia adalah untuk menjamin kestabilan politik dan menjamin keharmonian
rakyat yang berbilang bangsa di negara ini. Walaupun perlembagaan adalah yang
paling tinggi tetapi ianya tetap boleh diubah.
Dengan ini, saya berazam untuk lebih mendalami
undang-undang Islam dan cara pelaksanaannya. Saya juga akan baca lebih lanjut mengenai Piagam
Madinah dan Perlembagaan Malaysia.
No comments:
Post a Comment