AIMI JULIANA BINTI JAMALUDIN
2015182371
AC220 4B
15 NOVEMBER 2016
Pada hari ini saya telah mempelajari tentang ancaman
materialisme terhadap integrasi. Matrialisme adalah merupakan satu fahaman yang
hanya mementingkan aspek kebendaan semata-mata. Antara ancamanya adalah pertama
sekali, masyarakat akan bersifat materialistik oleh sebab mereka lebih
mementingkan kebendaan daripada hubungan sesama masyarakat. Kedua adalah
mendorong masyarakat ke arah sikap individualistik. Hal ini dapat dilihat
apabila seseorang individu bersikap mementingkan diri mereka sendiri kerana
mereka mereka berasa diri mereka tinggi. Seterusnya ialah menghasilkan sikap
daya saing yang negatif antara satu sama lain. Perkara ini dapat dilihat
apabila mereka berasa cemburu melihat orang lain yang mempunyai taraf hidup yang lebih tinggi daripada mereka. Mereka
akan mula bersaing secara negatif untuk melihat siapa yang hebat dan sering mempamerkan
sikap yang suka menunjuk-nunjuk kerana ingin dipandang lebih tinggi. Akhir sekali
adalah menimbulkan masalah sosial dalam masyarakat. Masalah sosial seperti
merompak, mencuri dan meragut sering berlaku dalam kalangan masyarakat kita kerana
mereka memilih jalan mudah untuk mendapatkan wang untuk mereka menjalani
kehidupan yang mewah.
Oleh itu,saya berazam akan sentiasa mengawal diri saya
daripada mempunyai sifat materialisme. Sifat materialisme ini haruslah
dibendung daripada terus berleluasa dalam kalangan masyarakat. Hal demikian
kerana terdapat pelbagai ancaman yang boleh menggugat keharmonian negara kita
jika sifat materialisme terus berada dalam kalangan masyarakat.
AIMI JULIANA BINTI JAMALUDIN
2015182371
AC220 4B
8 NOVEMBER 2016
Pada hari ini saya telah
mempelajari tentang peranan rakyat dalam menjamin kestabilan politik negara.
Antara peranannya adalah dengan mengambil bahagian dalam pilihan raya negara.
Pilihan raya merupakan satu medium untuk rakyat memilih dan menentukan pemimpin
yang dapat menegakkan kesejahteraan dan keadilan kepada rakyat.
Sekiranya kita sebgai rakyat
tidak menjalankan tanggungjawab kita untuk mengundi, orang yang tidak sepatutnya memegang kuasa
pemerintahan akan mendapat kuasa itu. Apabila orang yang tidak layak mendapat
kuasa, kita turut bertanggungjawab atas perkara itu. Hal yang tersebut kerana
kegagalan kita untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.
Oleh itu, saya berazam akan
menjalankan tanggungjawab saya sebagai mengundi dan memilih pucak pemimpinan
yang bertanggungjawab dan layak untuk mengurus negara.
AIMI JULIANA BINTI JAMALUDIN
2015182371
AC220 4B
1 NOVEMBER 2016
Pada hari ini saya telah
mempelajari tentang undang-undang dalam syariah Islam iatu qisas, diyat, hudut
dan ta’zir. Qisas ialah hukuman bunuh terhadap orang yang membunuh orang lain manakala
diyat ialah denda atau pampasan yang perlu dibayar kepada keluarga mangsa bunuh
sebagai ganti qisas jika keluarga si mati memaafkan pembunuh. Kedua-dua hukum
ini merupakan hak individu itu sendiri. Seterusnya, hudud. Hudud ialah hukuman
yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T yang tidak boleh dipinda dan sebagai
seorang muslim kita tidak bole menolaknya. Antara kesalahan yang terdapat dalam
hukum hudud termasuklah zina, minum arak, berjudi, mencuri dan murtad. Hudud
merupakan hak Allah S.W.T. Akhir sek;ai ailah ta’zir. Ta’zir ialahh hukuman
yang tertakluk kepada budi bicara pemerintah atau perundangan. Ia merupakan hak
pemerintah itu sendiri.
Oleh itu, dengan ini, saya
berazam untuk mempelajari dan memahami sistem perundangan Islam ini dengan
lebih terperinci terutamanya tentang Hudud. Hal yang demikian kerana hudud
pernah dicadangkan perlaksananaannya di Malaysia. Oleh itu, sebagai umat Islam
kita hendaklah memahami dengan lebih mendalam tentang hukum Allah ini.
No comments:
Post a Comment