Aimi Nadhirah binti Hashim
2015180319
AC2204B
8 November 2016
Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang keadaan
ekonomi semasa seperti harga barang naik, subsidi ditarik, nilai mata wang
jatuh dan pengangguran berleluasa. Jadi, kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah
berusaha bersungguh-sungguh dan berbelanja secara sederhana.
Saya juga mempelajari bahawa sesungguhnya semua perkara di dunia
ini mahupun harta adalah milik Allah S.W.T dan sekadar pinjaman kepada manusia.
Kita sebagai muslim hendaklah menggunakan harta ke jalan yang diredhai Allah
dan dalam pada masa yang sama tidak lalai dalam mencari harta.
Dalam bab politik pula, saya telah mempelajari tentang
peranan rakyat dalam politik. Rakyat mestilah mengambil bahagian dalam pilihan
raya, tidak memburukkan nama mana-mana parti politik dan rakyat berhak memilih
parti yang benar dan layak untuk memimpin negara.
Dengan ini, saya berazam untuk tidak terlepas mengambil
bahagian dalam pilihan raya yang akan datang supaya negara ini dapat dipimpin
oleh pemimpin yang benar-benar layak dan adil. Jika pemimpin kita adil dan
amanah, negara akan terus maju dan dapat membentuk masyarakat yang harmoni.
No comments:
Post a Comment