TAHAP EKONOMI MALAYSIA PADA TAHUN 2015
KUANTITATIF
1. KENAIKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT
Langkah Kerajaan menaikkan harga petroleum (naik
20 sen), tarif elektrik (naik 15%), harga gula (naik 30 sen), harga tepung
(naik 20 sen) dan kadar tol (minima 50 sen) sedikit sebanyak akan melonjakkan
kos sara hidup semua rakyat. Paras inflasi rasmi terkini telah pun meningkat
kepada 3.4%, tertinggi dalam setahun. Inflasi tidak rasmi/sebenar mungkin tiga
kali ganda lebih 10% setahun.
Harga purata secawan kopi kini ialah RM1.60, harga
nasi lemak ialah RM1.80 sementara sekeping roti canai sudah mencecah RM1.20
tidak termasuk GST.
2. PARAS HUTANG KERAJAAN YANG TINGGI
Paras hutang kerajaan meningkat sejak tahun 1970.
Hutang Kerajaan Persekutuan pada tahun 1970 hanyalah RM2 billion, pada tahun
1999 berjumlah RM95 billion tetapi sekarang telah mencecah RM568.2 bilion atau
53% daripada KDNK menghampiri had siling 55%. Pihak asing pula memiliki
kira-kira 15% daripada jumlah hutang dalam negara. Keadaan ini boleh
mempengaruhi kadar pertukaran wang asing negara.
Untuk rekod, kerajaan membelanjakan lebih RM10
bilion setahun hanya untuk membayar faedah hutang-hutang yang diambil oleh
Kerajaan Persekutuan.
3. PARAS HUTANG ISI RUMAH RAKYAT YANG MEMBAHAYAKAN
Hutang isi rumah rakyat Malaysia telah berganda
kepada RM750 billion atau 76.2% KDNK dalam Julai tahun ini. Pecahan besar
adalah pinjaman perumahan 29%, pinjaman kenderaan 51%, pinjaman peribadi 15%
dan pinjaman pelajaran 33%.
Ini bermakna rakyat Malaysia secara amnya membuat
perbelanjaan dengan membazir dan tidak berhemah.
Jika tidak dikawal, lima tahun lagi hutang isi rumah
di Malaysia boleh melebihi 100% kepada KDNK negara bermakna pendapatan yang
diperolehi tidak cukup untk membayar hutang terkumpul.
4. KOS PENGURUSAN KERAJAAN
YANG TINGGI
Daripada tahun 1970 hingga 2013, jumlah perbelanjaan
pengurusan kerajaan meningkat daripada RM2.2 bilion kepada RM216.2 bilion.
Komponen yang terbesar ialah gaji kakitangan kerajaan. Untuk nota, Malaysia
memiliki nisbah kakitangan kerajaan yang tertinggi di dunia seramai 1.4 juta
atau 10% dari seluruh tenaga kerja di Malaysia.
5. BELANJAWAN MALAYSIA DEFISIT SETIAP TAHUN SEJAK 1998
Walaupun memiliki komoditi yang kaya seperti
minyak dan kelapa sawit, Belanjawan Negara masih defisit selama 16 tahun
berturut-turut semenjak krisis kewangan Asia. Untuk rekod, perbelanjaan subsidi
untuk rakyat dikurangkan sebanyak RM 7.3 billion bagi tahun 2014.
Walaupun paras defisit keseluruhan negara telah
turun tetapi masih tinggi sekitar RM 36 billion.
Pada masa yang sama, lebihan akaun semasa (eksport
tolak import) juga telah menurun dari RM102 bilion pada 2012 kepada RM37
billion pada 2013. Ini bermakna lebihan akaun sebanyak 3% daripada KDNK pada
masa ini adalah kecil kerana Malaysia pernah mencatatkan lebihan akaun semasa
sebanyak 10%.
KUALITATIF
1. PERTUMBUHAN EKONOMI DEKAD YANG LEBIH PERLAHAN
Jumlah keseluruhan ekonomi Malaysia (KDNK) tahun
2014 adalah RM1.07 trillion. Walaupun ekonomi global dijangka meningkat,
pertumbuhan KDNK Malaysia purata sepuluh tahun lepas lebih perlahan hanya
sebanyak 5% dan banyak didorong oleh permintaan domestik. Berbanding
pertumbuhan KDNK purata sebanyak 7% pada tahun 1990an yang didorong oleh sektor
eksport dan luaran.
Untuk rekod, semenjak 1945 ke tahun 1998, Malaysia
adalah salah satu daripada 13 negara yang telah mencapai pertumbuhan mantap
melebihi 7 peratus selama lebih daripada 53 tahun. Walaubagaimanapun selepas
1998, pertumbuhan ekonomi Malaysia telah jatuh dengan perlahan.
2. PRODUKTIVITI PEKERJA YANG KURANG CEMERLANG
Hanya 80 peratus dari tenaga kerja seluruh
Malaysia mempunyai kelayakan pendidikan setakat Sijil Pelajaran Menengah (SPM).
Menurut Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), tahap produktiviti pekerja
negara ini adalah jauh lebih rendah daripada negara-negara seperti Amerika
Syarikat, Jepun, United Kingdom, Korea Selatan dan Singapura.
Purata pekerja Malaysia mencatatkan nilai
produktiviti hanya sebanyak RM43,952 setahun.
Berbanding pekerja Amerika Syarikat mengungguli senarai dengan
tahap produktiviti sebanyak RM285,558 setahun, diikuti oleh pekerja di Jepun
RM229,568 dan Hong Kong RM201,485. Ini bermakna pekerja Malaysia bekerja dalam
tempoh yang lebih panjang berbanding negara lain, namun menghasilkan pulangan
yang lebih rendah.
3. KETIRISAN DAN KETELUSAN NEGARA
Dalam Indeks Persepsi Rasuah atau Corruption
Perception Index yang dijalankan Transparency International, Malaysia menduduki
tangga ke-53 daripada 177 buah negara. Kedudukan ini tidak segagah tahun 2003,
Malaysia berada di kedudukan ke-37.
Untuk rekod, dalam Laporan Global Financial
Integrity, Malaysia menduduki tempat ke-4 dari segi jumlah kumulatif pengaliran
keluar dana secara haram yang berjumlah RM880 billion di antara tahun
2002-2011. Ini bermakna aliran keluar wang haram dari Malaysia mungkin lebih
hebat daripada negara-negara seperti Filipina, Nigeria dan Venezuela.
4. KELEMAHAN RINGGIT DAN PENINGKATAN GAJI YANG PERLAHAN
Dengan matawang Ringgit Malaysia terus lemah
dibandingkan dengan Dollar Amerika (terendah dalam enam bulan) dan Dollar
Singapura (terendah dalam 15 tahun) juga menyumbang kepada lonjakan harga
barang dan kos sara hidup di Malaysia.
Kesan kelemahan ringgit menyebabkan penurunan
kuasa beli individu. Maknanya, setiap ringgit pendapatan akan mampu membeli sedikit
barangan dan perkhidmatan import berbanding sebelum ini.
Peningkatan kos sara hidup yang berlaku itu juga
tidak selaras dengan kadar kenaikan gaji yang perlahan.
Mengikut Payscale.com, kadar purata kenaikan gaji
Malaysia hanya sekitar 3.5% berbanding Indonesia 9.8%, Singapore 12% dan
Thailand 5.8% dalam tempoh sama.
