Sunday, 20 November 2016

ANCAMAN MATERIALISME TERHADAP INTEGRASI







Refleksi Diri

NURSYAZMIN HUSNA BINTI MUHAMED FIRDAUS
2015140835
AC2204B
15 NOVEMBER 2016

Pada hari ini saya telah belajar tentang materialisme. Materialisme merupakan satu fahaman hidup yang hanya mementingkan aspek kebendaan semata-mata. Jika masyarakat mempunyai sifat ini sudah tentu akan membawa kepincangan dalam kalangan masyarakat. Antaranya ialah melahirkan masyarakat yang bersifat materialistik, menghasilkan sikap daya saing yang negatif antara satu sama lain, mendorong ke arah sikap individualistik dan meningkatkan masalah sosial. Perkara-perkara ini akan membawa kehancuran dalam sesebuah masyarakat. Jika masyarakat sendiri sudah rapuh bagaimana ingin mempunyai negara yang aman dan sentosa.

Oleh itu, saya berazam untuk tidak mempunyai sifat materialistik dalam diri. Saya akan sentiasa pastikan yang saya berada di landasan yang betul agar tidak terjebak dalam sifat tersebut. Dengan mendekatkan diri dengan Allah S.W.T dan sentiasa memikirkan tentang kematian akan membuatkan saya lupa akan sifat tersebut.


POLEMIK DALAM RUU 355

APA ITU RUU 355

Satu akta yang memberi bidang kuasa jenayah kepada mahkamah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang negeri bagi maksud membicarakan kesalahan jenayah bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah.

1965:
  • Ditubuhkan buat pertama kali dan dikenali sebagai Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
  • Hukuman denda sebanyak RM1000 dan penjara selama 6 bulan.
1985:
  • Pindaan pertama dilakukan untuk meluaskan lagi kuasa menghukum.
  • Hukuman denda bertambah menjadi RM5000, penjara selama 3 tahun dan sebatan sebanyak 6 kali.
1989:
  • Pindaan yang dilakukan bagi meluaskan pelaksanaan ke Sabah dan Sarawak.
1997:
  • Pindaan dilakukan tetapi hanya pada tafsiran sahaja.
2016:
  • Cadangan pindaan dilakukan oleh Ahli Parlimen Marang di Dewan Rakyat bagi meluaskan bidang kuasa hukuman yang dibenarkan Mahkamah Syariah kecuali hukuman mati.
ANTARA POLEMIK DALAM RUU 355

Adakah Akta 355 itu hudud atau menjadi pintu kepada pelaksanaan hukum hudud ?

Pindaan Akta 355 hanyalah aturan perubahan undang-undang yang bertujuan untuk meningkatkan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah. Bagi melaksanakan hukum hudud, sekurang-kurangnya tiga pindaan perlu dilakukan kepada beberapa bahagian di dalam Perlembagaan dan bukan dengan meminda Akta 355 yang terhad kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah. Jelaslah, Akta 355 bukan hudud dan bukan juga pintu kepada pelaksanaan hukum hudud.

Adakah hukuman 100 kali sebatan melampau ?

Kaedah sebatan syariah jauh berbeza dengan sebatan sivil kerana syarat sebatan syariah tidak boleh mencederakan. Cara pelaksanaan sebatan tersebut adalah dengan hayunan seolah-olah meletakkan buku di bawah ketiak dan buku tersebut tidak boleh jatuh tatkala menghayun. Ringkasnya, 100 kali sebatan syariah tidak sama dengan sebatan sivil yang boleh mencederakan walaupun hanya sekali sebatan.

Adakah Akta 355 memberi kesan terhadap orang bukan Islam ?

Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya untuk umat Islam dan dalam Akta 355 Seksyen 2 juga menjelaskan bahawa hanya orang Islam yang boleh dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah.

Bagaimana jika berlaku kejadian rogol yang melibatkan orang Islam dan bukan Islam ?

Rogol bukan kesalahan jenayah di bawah bidang kuasa Negeri kerana ia terletak di bawah kuasa Persekutuan khususnya undang-undang Penal Code atau Akta Kanun Jenayah Persekutuan.

Autonomi lebih luas kepada Negeri untuk mencegah maksiat dan salahlaku syariah ?

Jika pindaan Akta 355 diluluskan di Parlimen, ia tidak meningkatkan kadar hukuman secara automatik. Sebaliknya Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu meluluskan tahap hukuman bagi setiap kesalahan dalam Enakmen-enakmen Syariah yang sedang berkuatkuasa di negeri tersebut terlebih dahulu. Peluang untuk berbahas mengenai kadar hukuman yang munasabah masih terbuka di peringkat DUN. Selain daripada kesalahan-kesalahan di dalam Enakmen Jenayah Syariah, kesalahan lain yang berkaitan kekeluargaan seperti kahwin lari, poligami tanpa kebenaran, tidak bayar nafkah, melarikan anak dara dari jagaan dan lain-lain masih kekal.

Saturday, 19 November 2016

ANALISIS : PERBANDINGAN ANTARA PIAGAM MADINAH DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

PERBEZAAN PIAGAM MADINAH DENGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

PIAGAM MADINAH

PERBEZAAN

PERLEMBAGAAN MALAYSIA


Berasaskan Al-Quran dan Sunnah

Sumber


Berasaskan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957


Hubungan orang Islam dengan orang bukan Islam

Isi kandungan


Hubungan orang Melayu dengan orang bukan Melayu


Ø  Merangka persefahaman       dengan pendudukan bukan Islam, terutama Yahudi
Ø  Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan
Ø  Membentuk peraturan yang dapat dipatuhi oleh semua orang

Tujuan


Ø  Menjamin keamanan dan kestabilan negara
Ø  Mengawal pergerakan     kerajaan dan rakyat
Ø  Mewujudkan bentuk      
            pemerintahan yang adil




















PERSAMAAN PIAGAM MADINAH DENGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

                  (A)   Kebebasan Beragama (m/s 62-63)

PIAGAM MADINAH
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Fasal 25 – Bahawa kaum Yahudi dan Bani Auf adalah satu ummah bersama orang mukmin. Mereka bebas dengan agam mereka sendiri (Yahudi) dan orang Islam dengan agama mereka.
Perkara 3 Fasal (1) – Islam adalah agama bagi Perseketuan  tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Perkara 11(3) – Tiap-tiap kumpulan agama berhak untuk :
(a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri.
(b) menubuhkan dan menyenggara institusi bagi maksud agama atau khairat.
(c) memperolehi dan mempunyai harta dan memegang serta mentadbirnya mengikut undang-undang.

                  (B)   Jaminan Hak Asasi Kemanusiaan (m/s 63-65)

PIAGAM MADINAH
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Fasal 16 – Orang Yahudi yang menyertai orang Islam hendaklah mendapatkan pertolongan dan pimpinan dengan tidak menzalimi dan tidak boleh ada pakatan yang tidak baik terhadap mereka.

Fasal 20(b) – Tidak boleh mana-mana orang musyrik melindungi harta orang Quraisy dan tidak juga nyawa mereka dan tidak boleh menghalang orang mukmin akan haknya.
Perkara 8(1) – Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata.

Perkara 8(2) – Tidak boleh ada diskriminasi  terhadap warganegara dalam mana-mana undang-undang atau dalam perlantikan apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam.

Perkara 10(1) tertakluk kepada fasal (2), (3) dan (4) :
   (a) Tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara.
  (b) Semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata.
   (c)   Semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

            (C)   Ketaatan Kepada Pemimpin (m/s 65-66)


PIAGAM MADINAH
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Fasal 23 – Walau bagaimanapun kamu berbalah dalam sesuatu perkara hendaklah merujukkan perkara itu kepada Allah dan Nabi Muhammad.
Fasal 47 – Bahawa  piagam ini tidak boleh dipakai bagi melindungi orang zalim dan yang bersalah; dan bahawa mulai dari saat ini barang siapa berpergiaan dari kota Madinah atau menetap di dalamnya adalah terjamin keselamatannya kecuali orang yang zalim atau bersalah.

Perkara 3(2) – Dalam tiap-tiap negeri selain negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan raja sebagai ketua ugama Islam dalam negerinya mengikut cara dan setakat mana yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu. Apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja patut diperluas seluruh Persekutuan setiap raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai ketua ugama Islam membenarkan Yang Dipertuan Agong mewakilinya.

Perkara 3(3) – Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi YDPA kedudukan sebagai ketua agama Islam di negeri itu.

Perkara 3(5) – Walau apa-apa jua dalam Perlembagaan ini,  YDPA hendaklah menjadi ketua agama Islam di Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati YDPA mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.

                  (D)   Hak Mendapat Perlindungan daripada Kezaliman (m/s 66-68)

PIAGAM MADINAH
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Hak rakyat dijamin melalui undang-undang qisas tidak kira sama ada orang yang melakukan kesalahan itu dari kaum keluarga sendiri.

Fasal 13 – Bahawa orang beriman lagi bertaqwa hendaklah menentang sesiapa yang membuat kesalahan, melanggar kesusilaan, melakukan kezaliman atau dosa atau kerosakan di kalangan orang beriman, dan mereka hendaklah bersatu bersama-sama menentang orang tersebut walaupun orang itu anak kepada salah seorang daripada mereka.
Hak keselamatan rakyat menjadi tanggungjawab YDPA untuk melindungi rakyat daripada kezaliman dalaman.

Perkara 5(2) – Jika pengaduan dibuat kepada mahkamah tinggi atau mana-mana hakim mahkamah tinggi menyatakan bahawa seseorang sedang ditahan dengan menyalahi undang-undang, maka mahkamah hendaklah menyiasat pengaduan dan melainkan jika mahkamah itu berpuas hati bahawa tahanan itu adalah sah, hendaklah memerintahkan supaya orang itu dibawa ke hadapan mahkamah itu dan melepaskannya.

Perkara 5(3) – Jika seseorang itu ditangkap maka dia hedaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh sebab-sebab dia ditangkap dan dia hendaklah berunding dengan seorang pengamal undang-undang yang dipilih olehnya dan dibela oleh pengamal undang-undang.

Refleksi Diri

NURSIFA URAHMAH
2015126233
AC2204B
8 NOVEMBER 2016

Pada hari ini saya telah mempelajari tentang keadaan ekonomi semasa di negara kita seperti kenaikan harga barang, kenaikan harga minyak, penarikan subsidi, kejatuhan nilai mata wang. Perkara tersebut telah menyebabkan berlakunya pengangguran di kalangan rakyat sehingga ada yang membunuh diri disebabkan tekanan yang terlalu tinggi. Pemimpin dan rakyat itu sendiri harus memainkan peranan masing-masing dalam memastikan keadaan ekonomi dapat dipulihkan.



Dari segi politik pula, saya telah mempelajari tentang peranan rakyat dalam menjaga kestabilan politik negara. Malaysia merupakan negara yang mengamalkan sistem demokrasi dimana rakyat yang telah cukup umur perlu mengambil bahagian dalam pilihan raya dan mengundi calon untuk dijadikan sebagai pemimpin negara. Sebagai pengundi kita perlu memilih parti politik yang benar dan layak. Namun begitu, kita tidak boleh memburukkan mana-mana parti politik lain kerana ia akan menimbulkan pergaduhan sekaligus memecahkan perpaduan masyarakat.



Dengan ini, saya berazam untuk memastikan saya akan turun mengundi kerana itu adalah tanggungjawab saya sebagai rakyat kerana undi seorang rakyat akan menentukan masa depan negara. Selain itu, saya juga akan berusaha memastikan saya dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi pada masa akan datang.

Wednesday, 16 November 2016

TANGGUNGJAWAB KERAJAAN DALAM PENGAGIHAN

Tanggungjawab Kerajaan Dalam Pengagihan

Kerajaan yang bertanggungjawab adalah kerajaan yang mengutamakan kepentingan dan memenuhi keperluan rakyat. Kerajaan melaksanakan dasar yang boleh membawa kepada perpaduan, menghapuskan kemiskinan, menguatkan golongan yang lemah dan memenuhi keperluan asas supaya kualiti hidup mereka meningkat. Untuk tujuan tersebut, kerajaan pada pandangan Muhammad Abdul Mannan (1986:57-105) dalam bukunya Islamic Economic: Theory and Practice, bertanggungjawab mewajibkan bayaran zakat, mengharamkan riba kepada pinjaman penggunaan dan pengeluaran, mewujudkan undang-undang harta warisan, menggalakkan pinjaman tanpa faedah, tidak menggalakkan penyusutan sumber-sumber ekonomi, menggalakkan pemberian sedekah, menggalakkan organisasi takaful (insuran), menggalakkan penubuhan badan waqaf, menguatkuasakan jaminan sosial bagi keperluan hidup minima, dan menggenakan cukai tambahan tertentu. 

Antara langkah lain yang boleh dilakukan oleh kerajaan ialah mewujudkan undang-undang mengenai pemilikan supaya semua pihak bertanggungjawab, mengawasi jaminan kepentingan umum (dharuriyat, hajiyat dan kamaliyat) bagi memastikan keselesaan hidup, menyediakan tenaga manusia yang terlatih dan berpengetahuan, memperlengkapkan infrastruktur yang sempurna, menyekat aktiviti yang boleh menghalang atau menyekat aliran pengagihan dengan hukuman yang setimpal, mengorganisasikan zakat dari segi kutipan dan agihan yang cekap, bertindak ke atas mereka yang enggan membayar zakat dan memberi keutamaan kepada Dasar Kewangan Islam yang berasaskan cukai dan mengurangkan perbelanjaan negara menerusi hutang, mengawal perbelanjaan dari pembaziran dan terlalu mewah.

Firman Allah :

مَا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَى رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَى فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ وَمَا ءَاتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Apa saja harta rampasan (fay’) yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya yang berasal dari penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan; supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya di antara kalian saja. Apa saja yang Rasul berikan kepada kalian, terimalah. Apa saja yang Dia larang atas kalian, tinggalkanlah. Bertakwalah kalian kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya.
(Surah Al- Hasyr: 7)

Saturday, 12 November 2016

KERANDA 152

KERANDA 152

Anak Melayu
Panas dadamu membakar baju
Kita arak keranda 152
Ke tanah perkuburannya Parlimen

Sepuluh tanah nafas ini terhenti
Hari ini jangan lagi menyanyi

Sebentar lagi malam akan tiba
Tiap pintu dan jendela sudah dijaga
Bayang-bayang tidak bisa lewat jalan raya

Anak Melayu
Namamu telah diseru
Jawablah
Sebelum lidahmu jadi bisu

Usman Awang (1967)


Keranda 152 merujuk kepada Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan adalah salah satu dari kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama oleh rakyat berbilang bangsa.Dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 jelas mencatatkan kedudukan bahasa Melayu akan dinaikkan kedudukan secara berperingkat dari 31 Ogos 1957 kepada tahap lebih baik 10 tahun kemudian iaitu pada 1967.Oleh kerana Malaysia baru merdeka pada 1957, parti pemerintah beranggapan bahawa Bahasa Melayu belum bersedia untuk mengambil alih tugas Bahasa Inggeris yang digunakan oleh pentadbiran penjajah dalam segala urusan rasmi dan pentadbiran negara.

Tetapi apa yang berlaku pada tahun 1967 sebaliknya, Bahasa Inggeris masih diberi ruang yang besar sebagai bahasa rasmi. Badan NGO Melayu rasa terkejut dengan beberapa peruntukan dalam Rang Undang-Undang Bahasa 1967 yang masih mengekalkan Bahasa Inggeris dalam beberapa bidang terutama bidang kehakiman.Mereka berasa bagi dikhianati oleh para pemimpin yaang kononnya memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu.Pejuang bahasa pada masa itu kecewa kerana bahasa Melayu tidak diletakkan pada kedudukan yang wajar bagi menggantikan Bahasa Inggeris yang menjadi bahasa pengantar di sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti ketika itu.


Sekumpulan 9 orang peguam Melayu telah menghantar memorandum menyuarakan bantahan namun tidak dipedulikan oleh parti yang memerintah.Akibat daripada itu,bantahan  terjadi pada 3 Mac 1967 di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Lebih 2,000 pejuang bahasa termasuk pengarah DBP, Allahyarham Tun Syed Nasir Ismail dan Allahyarham Usman Awang berhimpun dan berucap di Balai Budaya,DBP selepas sembahyang Jumaat pada 3 Mac 1967. Mereka mahu berarak membawa keranda putih bertulis Perkara 152 ke bangunan Parlimen yang terletak di Jalan Mahameru, kira-kira 3 km dari DBP. erarakan Keranda 152 dilakukan sebagai simbol kematian bahasa Melayu apabila bahasa Melayu tidak digunakan sebagai bahasa pengantar dan bahasa dalam bidang kehakiman. 


Peritiwa 13 Mei 1969, kemudiannya seakan menjadi penyelamat bila Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama dalam dasar pendidikan negara. Kemuncak perjuangan ini menyaksikan lahirnya Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1970 yang menyaksikan buat kali pertama, Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai pengantar utama.

Muncul pula perarakan Keranda 152 yang kedua. Perarakan besar-besaran ini digerakkan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Gerakan Mansuh PPSMI (GMP). Mereka menuju ke Istana Negara pada 7 Mac 2009 sebagai memprotes Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), kerana ia dilihat sebagai usaha ketara meminggirkan bahasa Melayu dalam subjek Sains, Matematik dan Teknologi di sekolah.  PPSMI dibatalkan pada 2012. Bagaimanapun, ada segelintir individu masih percaya penguasaan bahasa Inggeris boleh ditingkatkan melalui subjek Sains, Matematik dan Teknologi. lalu muncul DLP (Dual Language Program) untuk kira-kira 300 buah sekolah. Bagi pejuang bahasa Melayu, program DLP ini seperti menghidupkan semula PPSMI. Program ini dilihat sebagai satu lagi usaha meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan tinggi dan moden di negara sendiri.