NUR
SYAFIQAH NADIAH BINTI ROSLAN
2015139977
AC2204B
22 NOVEMBER 2016Pada hari ini saya telah mempelajari tentang ukhuwah yang bermaksud hubungan atau ikatan persaudaraan yang sangat erat ibarat isi dan kuku. Sebagai seorang Islam, kita dituntut untuk mengeratkan hubungan persaudaraan kerana hubungan tersebut tidak hanya berlaku di dunia tetapi berterusan hingga ke akhirat. Persaudaraan ini akan melahirkan rasa kasih dan sayang yang mendalam serta memberikan impak yang positif pada diri setiap Muslim seperti saling menolong dan saling memaafkan. Pada zaman Rasulullah SAW konsep ukhuwah dapat dilihat apabila baginda mempersaudarakan golongan Muhajirin dan golongan Ansar di Madinah. Golongan Muhajirin bermaksud pengikut Rasulullah SAW yang berhijrah dari Mekah ke Madinah manakala golongan Ansar pula ialah penduduk asal Madinah yang telah memeluk Islam yang terdiri daripada kaum Aus dan Khazraj. Kesan yang dapat dilihat ialah mereka saling bekerjasama, bersatu padu dan saling membantu atas dasar akidah Islam yang satu.
Dengan ini saya berazam untuk mengekalkan ukhuwah yang telah terjalin kerana melalui ukhuwah tersebut diharap dapat meningkatkan lagi iman dan taqwa saya serta lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT.