Monday, 31 October 2016

Refleksi Diri

AIMI JULIANA BINTI JAMALUDIN
2015183271
AC220 4B
25 OKTOBER 2016

Pada hari ini saya telah belajar tentang peristiwa rombongan kemerdekaan ke London  1956. Dalam peristiwa ini, Tunku Abdul Rahman bersama wakil-wakil Raja-Raja Melayu berhajat untuk pergi ke London bagi memohon kemerdekaan. Namun disebabkan kekurangan dana untuk membiayai perjalanan ke sana seluruh rakyat bersatu-padu dan bekerjasama mengumpul dana bagi membiayai perjalanan Tunku ke London. Golongan lelaki bagi tongkat berkepala emas, cincin, jam emas, manakala golongan wanita pula sanggup menyerahkan barang-barang kemas serta kerongsang baju mereka semata-mata ingin membiayai rombongan kemerdekaan ke London. Dari sini saya dapati betapa kuatnya jika masyarakat bersatu padu.


Oleh itu, saya berazam mengamalkan untuk mengambil iktibar dari peristiwa ini yang mengajar saya supaya sanggup berkorban harta benda demi mengecap kemerdekaan negara. Sikap masyarakat di atas wajar dicontohi oleh masyarakat sekarang supaya mengamalkan hidup bersatu padu demi menjamin keamanan negara.

PENGARUH HINDU BUDDHA TERHADAP ZAMAN KERAJAAN MELAYU AWAL

SEBELUM KEDATANGAN AGAMA HINDU DAN BUDDHA

Pada ketika ini dikatakan masyarakat Melayu mempunyai sistem kepercayaan primitif iaitu animisme dan dinamisme yang mempercayai bahawa setiap benda ada jiwa, roh atau semangat yang mempunyai perwatakan sendiri, sama ada dapat membawa kesan baik atau buruk.

 Roh nenek moyang yang dinamakan “hyang” (seerti “poyang”/ “moyang”) dipercayai masih berada di kalangan mereka dan mempunyai tenaga yang kuat yang boleh mempengaruhi mereka. Oleh itu ia perlu ditenangkan melalui upacara pemujaan dan penyembahan.Selain itu, pawang, Bomoh dan Dalang merupakan peribadi perantara yang boleh menghubungi “hyang” melalui pembacaan jampi, serapah, penyajian dan sebagainya.


KEDATANGAN DAN PENGARUH AGAMA HINDU DAN BUDDHA

Dengan kedatangan agama Hindu dan Buddha ke alam Melayu, upacara agama menjadi lebih formal dan tersusun. Namun pengaruh itu tidak benar-benar melibatkan keseluruhan ajaran yang terdapat dalam falsafah Hindu-Buddha asli, yang dipentingkan hanya perkara-perkara yang berkaitan dengan selok-belok upacara agama. Di samping itu, ajaran Hindu-Buddha ini juga membesar-besarkan keagungan dewa-dewa dan ini telah mempengaruhi kepercayaan masyarakat Melayu.

Pandangan semesta yang dipengaruhi oleh agama baru ini juga dapat dikesan melalui karya-karya Melayu tradisional yang bercorak mitos dan lagenda. Ini dipengaruhi daripada ajaran kitab-kitab suci agama Hindu seperti Mahabrata, Bhagavad Sita dan Baratayudha. Oleh itu aspek-aspek yang dipentingkan ialah kesenian, keindahan, keromantisan, kesedihan, keagungan dan ketakjuban. Aspek-aspek falsafah dan penghujahan yang rasional tidak ditekankan. Ini telah mempengaruhi pemikiran masyarakat Melayu khususnya golongan bangsawan.

Menurut pendapat Profesor Syed Muhammad Naquib Al- Attas, kedatangan agama Hindu tidak merubah pandangan masyarakat Melayu secara mutlak. Apa yang jelas terlihat ialah kesan pengaruh Hindu-Buddha hanya pada lapisan atasan sahaja iaitu (golongan bangsawan), namun ia tidak menyerap ke segenap lapisan masyarakat Melayu. Buktinya, tiada nama hindu yang diguna pakai oleh masyarakat Melayu tempatan kecuali dalam golongan bangsawan sahaja, sebaliknya masyarakat Melayu menggunakan nama berunsur alam seperti teratai, anggerik, kenanga dan sebagainya.

Kebudayaan Hinduism dan Buddhism juga wujud dari segi seni budaya dan adat dalam masyarakat Melayu. Contohnya, watak yang terdapat dalam wayang kulit seperti Ramayana, Sita Dewi dan Hanuman. Dalam adat seperti perkahwinan pula, terdapat unsur pengaruh budaya hindu seperti tepung tawar, bunga telur, bersanding dan sebagainya.

Selain itu, Adat Melenggang Perut telah diamalkan di kalangan keluarga diraja dan juga rakyat jelata apabila kandungan ibu genap tujuh bulan. Upacara ini dilakukan oleh Tok Bidan dengan tujuan untuk membuang kecelakaan yang  mungkin menimpa ibu yang bakal bersalin. Ini adalah kepercayaan animisme pada unsur ghaib. Di samping itu, adat ini juga bertujuan membetulkan kedudukan bayi di dalam perut ibunya. Bahan-bahan yang digunakan dalam upacara ini ialah beras kunyit, buah kelapa agar ibu dapat lahirkan anak dengan mudah dan selamat. Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Pada permulaannya bidan akan membacakan jampi mantera dan mengandam wanita hamil tadi. Tepung tawar dicalit ke mukanya dan beras kunyit ditabur. Adat melenggang perut ini dipercayai adat ini mengandungi unsur-unsur budaya Hindu.

Seterusnya, konsep raja dan kerajaan adalah istilah yang dipinjam daripada kebudayaan Hindu manakala konsep negeri atau negara dipinjam daripada perkataan Sanskrit. Akhir sekali, dalam penggunaan susun lapis perlantikan pegawai kerajaan istana zaman awal di alam Melayu adalah secara berangka seperti orang besar berempat, berlapan, enam belas, tiga puluh dua adalah dipengaruhi oleh astrologi Hindu.





Wayang kulit





Adat melenggang perut

MENGAPAKAH MALAYSIA MERDEKA AWAL SETAHUN DARI TARIKH YANG SEBENAR?

Terdapat pendapat yang mengatakan usaha untuk menuntut kearah kemerdekaan adalah disebabkan oleh darurat. Namun terdapat juga alasan menuntut kemerdekaan adalah untuk memprotes Rancangan Malayan Union pada tahun 1946. Sebenarnya penduduk Tanah Melayu menggunakan alasan Darurat sebagai menyokong kearah kemerdekaan. Syarat penting untuk mendapatkan kemerdekaan ialah dengan mewujudkan sebuah parti politik yang boleh mengetuai kerajaan apabila British menyerahkan kuasanya setelah kemerdekaan dicapai.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh parti-parti utama dalam usaha untuk memperjuangkan kemerdekaan pada tahun 1950-an. Antara parti-parti utama yang muncul ketika itu ialah UMNO, MCA, MIC yang bergabung menjadi parti Perikatan. Disamping itu, terdapat juga parti lain yang muncul ketika memperjuangkan kemerdekaan  negara iaitu parti IMP yang diketuai oleh Dato’ Onn Jaafar. Antara peranan parti-parti utama tersebut dalam gerakan kemerdekaan ini ialah dengan mengadakan pilihan raya, pengabungan parti, memprotes, mengadakan kongres kebangsaan serta persidangan di London.

Setelah daripada kejayaan besar yang diperoleh melalui pilihanraya pada tahun 1955, telah mendorong Parti Perikatan untuk meneruskan desakan bagi mempercepatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Dengan kemenangan tersebut, Parti Perikatan semakin bertambah yakin untuk menuntut kemerdekaan lebih awal, walaupun dalam manifestonya telah menetapkan tempoh empat tahun. Namun, hasil daripada beberapa perbincangan yang dilakukan, sama ada di kalangan Raja-raja Melayu mahu pun Parti MCA dan MIC, membuktikan bahawa majoriti penduduk di Tanah Melayu sanggup bertolak ansur dan berkongsi kuasa dalam usaha mewujudkan sebuah pemerintahan sendiri.

Sunday, 30 October 2016

Refleksi Diri

Aina Nadhirah Ahmad Nazeri
2015126113
AC2204H
25 OKTOBER 2016


Pada hari ini saya telah mempelajari tentang Perlembagaan Malaysia. Perkara baru yang saya pelajari ialah Perdana Menteri Malaysia tidak wajib Melayu tetapi Raja kita wajib Melayu. Selain itu,saya belajar tentang fungsi serta ketertinggian Perlembagaan.

Seterusnya,saya belajar tentang Malayan Union dan bagaimana perpaduan masyarakat Melayu ketika itu telah menggagalkan niat British untuk meneruskan Malayan Union di Tanah Melayu.Ini membuktikan betapa kukuhnya dan kuatnya semangat masyarakat Melayu ketika itu bersama-sama menjaga hak orang  dan Raja-raja Melayu.

Dengan ini saya berazam untuk mengambil iktibar daripada peristiwa Malayan Union yang mengajar kita bahawa perpaduan yang utuh dapat menjaga keamanan negara.

Refleksi Diri

Aina Nadhirah Ahmad Nazeri
2015126113
AC2204H
18 OKTOBER 2016

Pada hari ini saya telah mempelajari tentang kemuncak pluraliti di Malaysia adalah sejak Islam datang kerana agama Islam sangat terbuka dan tidak memaksa.Tanah Melayu menerima Islam tanpa peperangan tetapi melalui penyampaian dakwah yang aman.

Selain itu, saya mengetahui mengenai selama 446 tahun penjajahan,tiada bukti yang mengatakan terdapat orang yang murtad. Ini menunjukkan bahawa sebelum penjajahan,kukuhnya tauhid mereka kepada Allah S.W.T

Dengan ini saya berazam untuk mengambil iktibar daripada sejarah penjajahan Tanah Melayu agar bersama-sama menjaga kerohanian dan ketauhidan kepada Allah agar tiada masyarakat Melayu pada masa kini ingin murtad.

Refleksi diri

NUR AIDA BINTI AMIR
2015115869
AC220 4B

25 Oktober 2016

Pada hari ini, saya belajar tentang salah satu rukun negara Malaysia iaitu pelembagaan. Perlembaagan ialah undang-undang yang tertinggi di negara kita. Banyak yang terkandung dalam perlembagaan iaitu seperti hak asasi,kesemarataan di sisi undang-undang,kebebaan bercakap dan berhimpun, serta juga kebebasan beragama. Selain itu, saya juga di "expose"kan tentang sebab Pilihan Raya di Malaysia dijalan iaitu kerana untuk menunjukkan bahawa negara kita ni mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan fungsinya ialah untuk membuktikan pemindahan kuasa negara adalah bukan dengan cara tumpahan darah (berperang) seperti negara-negara lain. Dan ini menunjukkan negara kita juga maengamalakn sistem demokrasi. Banyak yang saya belajar dan mendapat input yang sangat membuka mata dan minda saya sebagai seorang warganegara Malaysia.

Oleh itu, saya berazam ingin sentiasa meng'alertkan' diri saya terhadap apa yang berlaku di negara saya kerana sebagai seorang yang mencapai umur 21 tahun,saya juga layak mengundi dan ini lah masa saya untuk bersama2 bertanggungjawab menjaga negara. serta tahu yang mana baik dan buruk untuk negara,


RASIONAL PERKARA 3, 152 DAN 138

RASIONAL PERKARA 3 ( AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN ) 

1.   Walaupun agama Islam adalah agama persekutuan tetapi kebebasan untuk beragama masih dibenarkan dan dijamin di dalam perlembagaan.

2.   Islam telah diterima dan diamalkan sebagai agama persekutuan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi sehinggalah zaman penjajahan Inggeris.

3.   Sebelum penjajahan Inggeris lagi undang-undang Islam telah diiktiraf dan dilaksanakan di negeri-negeri Melayu.

4.   Semasa penjajah Inggeris, kedudukan agama Islam begitu kukuh dan langsung tidak diganggu oleh wakil-wakil Inggeris. Selain itu, urusan yang berkaitan dengan agama Islam akan diserahkan kepada Raja-raja Melayu.


5.   Sesuai dengan takrif Melayu, Perkara 160 mendefinisikan Melayu sebagai seorang yang beragama Islam, dan lazimnya bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.



RASIONAL PERKARA 152 ( BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN )

1.   Bahasa kebangsaan dijadikan sebagai alat perpaduan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum tanpa menggugat bahasa ibunda yang lain.

2.   Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca di Nusantara sejak berabad lamanya yang digunakan oleh pedagang-pedagang yang datang berdagang di Tanah Melayu.

3.   Bahasa Melayu lebih mudah dipelajari dan difahami. Ini kerana Bahasa Melayu bersifat lebih tekal dari segi istilah dan sebutan.

4.    Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas sebelum Perang Dunia bagi tujuan urusan rasmi.

5.   Bahasa Melayu dijadikan sebagai pra-syarat untuk jika ingin mendapatkan kewarganegaraan bagi etnik bukan Melayu.

  

RASIONAL PERKARA 38 ( MAJLIS RAJA-RAJA )

1.   Yang di-Pertuan Agong dapat dilantik daripada Majlis Raja-raja.

2.   Sebarang pelantikan yang dilaksanakan telah mendapat nasihat terlebih dahulu daripada Majlis Raja-raja.

3.   Kedaulatan setiap negeri di Malaysia dapat dijaga kerana setiap undang-undang yang ingin diubah perlulah mendapatkan persetujuan daripada majlis Raja-raja terlebih dahulu.

4.   Memelihara kesucian agama Islam dengan cara Majlis Raja-raja tidak mempersetujui sebarang bentuk penyebaran agama selain agama Islam.

5.   Majlis Raja-raja masih boleh dikenakan tindakan apabila sabit kesalahan di dalam Mahkamah Khas yang hanya dikhususkan untuk ahli Majlis Raja-raja sahaja.


Thursday, 27 October 2016

Refleksi Diri

NUR SYAFIQAH NADIAH BINTI ROSLAN
2015139977
AC2204B
25 OKTOBER 2016

Pada hari ini saya telah mempelajari bahawa terdapat banyak parti politik di Malaysia. Rakyat Malaysia mempunyai hak dan bebas untuk bersuara. Antaranya ialah melalui pilihan raya. Semua rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas perlu mengundi untuk menentukan pemimpin negara. Hal ini kerana mengundi merupakan suatu amanah dan tanggungjawab agar kita tidak silap memilih pemimpin.

Dengan ini saya berazam untuk lebih mengetahui mengenai parti – parti politik yang terdapat di Malaysia agar saya tidak silap memilih pemimpin yang akan menerajui negara ini. Antara medium untuk mendapatkan maklumat mengenai parti- parti tersebut ialah melalui media massa dan juga media elektronik.


Refleksi Diri

NUR SYAFIQAH NADIAH BINTI ROSLAN
2015139977
AC2204B
18 OKTOBER 2016

Pada hari ini saya telah mempelajari bahawa Kerajaan Islam yang pertama ialah Kerajaan Pasai. Saya juga diberitahu bahawa Hikayat Raja Pasai merupakan sebuah mimpi bukan sebarang mimpi tetapi mimpi bertemu Nabi Muhammad S.A.W.

Selain itu, saya juga mengetahui bahawa negara kita telah dijajah selama 446 tahun yang bermula pada tahun 1511 yang dijajah oleh Portugis sehingga tahun 1641. Kemudian negara kita dijajah oleh Belanda, British, Jepun dan akhirnya Komunis. Setelah itu, negara kita mendapat kemerdekaan pada tahun 1957 hasil rundingan yang dilakukan di London. Laungan Kemerdekaan dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman Al-Haj yang menandakan bahawa negara kita telah bebas daripada penjajah.

Dengan ini saya berazam untuk lebih mempelajari dan mengetahui lebih mendalam mengenai sejarah negara Malaysia. Saya juga akan menyertai sebarang aktiviti yang meningkatkan lagi semangat patriotik atau cintakan negara. 

Refleksi Diri

NURSIFA URAHMAH
2015126233
AC2204B
25 OKTOBER 2016

Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang Perlembagaan Malaysia. Antara fungsi perlembagaan ini dibentuk adalah bagi menjaga kestabilan politik dan sistem pentadbiran serta menjaga keharmonian kaum di Malaysia.

Selain itu, saya juga mempelajari tentang Malayan Union (MU). MU terpaksa dibatalkan kerana semangat dan bersatunya orang Melayu pada ketika itu dalam menentang pembentukan MU yang dianggap melemahkan institusi kesultanan.

Di samping itu, banyak parti politik yang telah ditubuhkan pada hari ini. Saya dapat lihat betapa pentingnya untuk setiap individu membuat pilihan yang tepat kerana pemimpin yang dipilih akan menentukan masa depan negara.

Dengan ini, saya berazam untuk mengkaji dengan lebih dalam tentang parti-parti politik yang wujud di negara kita agar saya tidak membuat pilihan yang salah kelak.

Refleksi Diri

NURSIFA URAHMAH
2015126233
AC2204B
18 OKTOBER 2016

Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang faktor-faktor yang membuatkan masyarakat Alam Melayu memeluk Islam. Terdapat banyak faktor seperti perdagangan, perkahwinan, pengaruh pemerintah dan perluasan kuasa. Faktor yang paling utama adalah pengaruh pemerintah itu sendiri. Faktor ini dikatakan sebagai faktor yang paling utama kerana adanya bukti daripada hikayat Raja Pasai yang bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. dimana dalam mimpi tersebut baginda s.a.w. mengajar Raja Pasai mengucapkan dua kalimah syahadah.

Selain itu, saya juga difahamkan bahawa Tanah Melayu adalah satu-satunya kerajaan yang menerima Islam tanpa peperangan.

Sesungguhnya banyak sejarah tentang tanah air dan tentang bangsa Melayu itu sendiri yang masih belum saya ketahui. Dengan ini, saya berazam untuk mendalami tentang sejarah-sejarah tersebut jika ada kelapangan bagi menambahkan ilmu di samping rasa cinta dan bangga dalam diri terhadap tanah air kita.

Refleksi Diri

NURSYAZMIN HUSNA BINTI MUHAMED FIRDAUS
2015140835
AC2204B
25 OKTOBER 2016

            Pada hari ni saya belajar tentang fungsi Perlembagaan Persekutuan di Malaysia. Antara fungsinya ialah menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran, menjaga keharmonian kaum, membentuk identiti negara dan memelihara institusi kedaulatan beraja. Fungsi-fungsi ini amatlah penting dalam menjamin kestabilan dan keharmonian kaum di Malaysia. Ini kerana perlembagaan ini merangkumi seluruh aspek yang terdapat di Malaysia. Setiap rakyat di Malaysia ini mempunyai tanggungjawab yang sama iaitu menjaga nama baik negara dalam setiap perkara yang dilakukan tidak kira kita berada di dalam negara mahupun di luar negara.


            Oleh it, saya berazam untuk lebih memahami tentang fungsi-fungsi ini agar dapat membina kehidupan majmuk yang lebih gemilang dan harmoni. Selain itu, saya berazam untuk lebih mengambil berat tentang perkara-perkara yang berlaku di dalam negara agar saya tidak ketinggalan dalam arus kemodenan ini. 

Refleksi Diri

Aimi Nadhirah binti Hashim
2015180319
AC2204B
25 Oktober 2016

Pada hari ini, saya telah mempelajari mengenai Perlembagaan Malaysia. Fungsi perlembagaan adalah untuk mejaga kestabilan politik negara serta menjaga keharmonian kaum di Malaysia. Saya juga mempelajari tentang sejarah Malayan Union (MU) dimana ia terpaksa dibatalkan kerana orang Melayu pada ketika itu menentang MU kerana ia melemahkan institusi kesultanan.


Di Malaysia terdapat pelbagai parti politik. Jadi, sebagai rakyat yang sudah layak mengundi, saya berazam untuk menyelidik dahulu parti-parti yang ada supaya saya tidak mengundi dipihak yang salah. 

Sunday, 23 October 2016

Refleksi Diri

AIMI JULIANA BINTI JAMALUDIN
2015182371
AC220 4B
18 OKTOBER 2016

Pada hari ini saya telah belajar tentang sejarah masyarakat majmuk di Malaysia. Masyarakat majmuk ini telah bermula seawal zaman kerajaan kesultanan Melayu Melaka dan terus kekal sehingga zaman ini. Ternyata  terdapat banyak bukti yang menunjukkan kehidupan masyarakat majmuk bermula seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sebagai contohnya, pemerintahan pada zaman kesultanan Melayu Melaka dijalankan dengan penuh diplomasi dan terbuka. Perlantikan jawatan penting dalam kerajaan adalah terbuka  kepada sema etnik. Dalam hal ini, menurut sejatah Raja Mendeliar, seorang yang berketerunan India pernah dilantik memegang jawatan penting di istana sultan.

Oleh itu, saya berazam untuk memelihara keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia dan menjaga snsitiviti setiap etnik yang ada di Malaysia.


Refleksi Diri

NUR AIDA BINTI AMIR
2015115869
AC220 4B
18 OKTOBER 2016

Hari ini saya belajar tentang sebagai seorang pelajar akaun,saya juga perlu menyempurnakan ilmu saya dengan ilmu tasawuf iaitu hadis 40 yang diterangkan oleh ustazah kerana tanpa ilmu itu,iman kita tak akan kuat. Oleh itu,saya berazam akan sedaya upaya mengenal ilmu tasawuf hadis 40 lebih mendalam secara perlahan-lahan. Insyaallah.

BUKTI YANG MENUNJUKKAN KEHARMONIAN MASYARAKAT MAJMUK KESULTANAN MELAYU MELAKA

1.   Pemerintahan


Perlembagaan Melaka dikuatkuasakan untuk memberi keadilan kepada semua lapisan penduduk dan para pedagang. Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka dikuatkuasakan dalam urusan agama Islam. Selain itu, perlantikan jawatan yang penting dalam kerajaan terbuka kepada semua etnik. Sebagai bukti, seorang pembesar yang berketurunan India dilantik memegang jawatan penting di dalam istana. Perkahwinan campur juga turut berlaku antara Pemerintah Melaka dengan masyarakat pendatang seperti Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan anak perempuan pemerintah negara Cina, puteri Hang Li Po.



2.   Kebudayaan

Masyarakat Melayu Melaka menyerap masuk ciri-ciri Islam dalam kehidupan mereka. Penggunaan nama Arab dan budaya Arab seperti Majlis Khatam Al-Quran dan marhaban dilakukan oleh penduduk Melayu Melaka. Selain pengaruh dari Arab, pengaruh dari Hindu Buddha juga meresap masuk dalam budaya masyarakat Melayu Melaka seperti adat bersanding dan bunga mangga dalam perkahwinan Melayu. Selain itu, Bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa lingua franca. Ini disebabkan Bahasa Melayu digunakan secara meluas di seluruh Melaka. Bukan sahaja penduduk tempatan yang menggunakan bahasa tersebut malah pedagang yang datang berdagang juga turut menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan. 



3. Sosial

Pengaruh dari Hindu Buddha diadaptasikan dalam aspek sosial. Ini dapat dilihat dengan wujudnya kelas dalam masyarakat seperti raja, bangsawan dan rakyat bawahan. Rakyat akan sentiasa mematuhi arahan dari raja dan bangsawan. Mereka tidak dibenarkan untuk mengingkari segala arahan yang telah diberikan. Manakala bangsawan pula hendaklah mematuhi arahan dari raja dan dibenarkan untuk mengarah rakyat melakukan sesuatu. Mereka saling menghormati akan tingkatan kelas masing-masing. Ini kerana sifat taat kepada pemerintah sangat tebal dalam diri mereka.   


4. Perdagangan


Perdagangan di Melaka berjalan dengan lancar hasil daripada sistem pemerintahan terbuka dan pentadbiran pelabuhan yang cekap. Undang- undang Kanun Melaka dilaksanakan bagi menjaga keselamatan laut di Melaka daripada ancaman perompak dan lanun. Tindakan ini dapat menjamin tahap keselamatan yang tinggi kepada ribuan kapal pedagang yang datang berdagang di Melaka. Perdagangan di Melaka berjalan dengan begitu lancar hasil daripada sistem pemerintahan terbuka di samping pelabuhan ditadbir dengan cekap. Keselamatan laut daripada ancaman perompak dan lanun dapat dikawal oleh Laksamana Melaka yang proaktif. Situasi ini menjadikan suasana selamat dan aman untuk para pedagang berdagang di pelabuhan Melaka, apatah lagi keadaan ini disokong kuat oleh Undang-undang laut Melaka yang berteraskan ajaran Islam.


5. Corak Kependudukan di Melaka


Zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman pluraliti kerana proses penghijrahan berlaku secara semula jadi tanpa pemaksaan mana-mana pihak. Para pedagang tidak memerlukan pasport atau visa sebagai pengenalan diri untuk memasuki sesuatu kawasan. Keadaan ini membolehkan para pedagang dari Arab, India, China dan negara- negara lain berdagang secara bebas dan berinteraksi dengan penduduk tempatan. Pedagang Arab, Cina, India dan Nusantara juga dilihat melalui proses asimilasi dan amalgamasi dengan penduduk tempatan dan akhirnya telah membawa kepada kewujudan masyarakat baharu, iaitu masyarakat Baba Nyonya, Melayu berketurunan Arab dan Melayu berketurunan India.

Thursday, 20 October 2016

Refleksi Diri

Aimi Nadhirah binti Hashim
2015180319
AC2204B
18 Oktober 2016

Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang Kerajaan Semasa Islam Melaka. Pada ketika itu, faktor utama rakyat memeluk Islam adalah kerana pengaruh pemerintah itu sendiri. Saya juga diberitahu bahawa Alam Melayu adalah satu-satunya kerajaan yang menerima Islam tanpa perang.

Saya juga mempelajari tentang fasa penjajahan di negara ini. Negara kita dijajah selama 446 tahun. Malaysia mendapat kemerdekaan pada tahun 1957. Kesan-kesan penjajahan dapat dilihat pada negara kita waktu ini seperti sistem undang-undang dimana wujudnya dualisme iaitu mahkamah syariah dan mahkamah sivil.

Banyak mengenai sejarah bangsa Melayu dan juga sejarah Malaysia yang saya masih tidak tahu. Dengan ini, saya berazam jika ada kelapangan, saya akan membaca artikel-artikel atau blog yang berkisar mengenai sejarah bangsa Melayu dan sejarah negara Malaysia.

Wednesday, 19 October 2016

Refleksi Diri

NURSYAZMIN HUSNA BINTI MUHAMED FIRDAUS
2015140835
ACC2204B
20 SEPTEMBER 2016

            Pada hari ini saya telah belajar tentang perkara yang penting dalam perpaduan. Perkara tersebut adalah agama yang menjadi unit asas dalam individu untuk membentuk sesebuah masyarakat. Oleh itu, setiap manusia hendaklah mempunyai pegangan yang kuat dalam beragama agar kita dapat bersatu padu dalam menjalinkan hubungan tulus tanpa sebarang sifat prejudis.


            Oleh itu, saya berazam untuk meningkatkan lagi pengetahuan dalam beragama agar saya tahu bahawa setiap manusia ini adalah sama di sisi Allah S.W.T. Tiada yang berbeza antara kita semua kecuali ketakwaan kepada Allah S.W.T. Allah S.W.T tidak memandang kepada harta, pangkat, rupa paras yang bersifat zahir untuk membezakan manusia. Allah S.W.T hanya memandang kepada ketakwaan kita. 

Refleksi Diri

NURSYAZMIN HUSNA BINTI MUHAMED FIRDAUS
2015140835
ACC2204B
27 SEPTEMBER 2016

Pada hari ini saya telah belajar tentang kepentingan pengetahuan tentang 5 alam iaitu alam roh, rahim, dunia, barzakh dan akhirat. Antaranya ialah mengetahui tentang hikmah penciptaan manusia di dalam menuju kemajuan dan kebahagian yang sebenar dan fokus untuk memperbaiki diri.

            Oleh itu, saya berazam untuk sentiasa mengingati perjanjian yang telah dilafazkan sewaktu alam roh dahulu agar segala perkara yang saya lakukan akan diterima oleh Allah S.W.T dan membantu saya menuju jalan ke syurga.



Refleksi Diri

NURSYAZMIN HUSNA BINTI MUHAMED FIRDAUS
2015140835
AC2204B
18 OKTOBER 2016

            Pada hari ini saya telah belajar tentang faktor-faktor masyarakat Alam Melayu memeluk agama Islam. Antaranya ialah perdagangan, ajaran Islam yang mudah, perkahwinan, pengaruh pemerintah, kesusasteraan dan perluasan kuasa. Akan tetapi faktor yang paling utama adalah pengaruh pemerintah. Faktor ini dapat dikaitkan dengan adanya Hikayat Raja Pasai yang telah bermimpi berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. Secara ringkas, dalam mimpi tersebut Baginda S.A.W mengajarkan ucapan kalimah syahadah kepada Raja Pasai dan memberitahu pada 40 hari selepas mimpi akan ada seorang hamba Allah yang akan mengajarkan kalimah yang sama. Setelah 40 hari menunggu maka datanglah seorang hamba Allah dari Arab membawa kalimah yang sama yang diperkatakan Rasulullah dalam mimpi tersebut. Maka setelah Raja Pasai memeluk agama Islam dengan mengucap kalimah syahadah rakyat jelata juga turut memeluk agama Islam mengikut Raja mereka. Selain itu, Alam Melayu merupakan satu-satunya negeri yang menerima Islam tanpa sebarang peperangan.

            Justeru, saya berazam untuk lebih mengetahui tentang sejarah Alam Melayu yang saya rasakan amat unik. Ini kerana saya berasa begitu malu kerana tidak mengetahui tentang sejarah bangsa sendiri. Sedangkan bangsa Melayu merupakan bangsa yang terbilang pada zaman dahulu kala jika hendak dibandingkan dengan sekarang ini.  


Monday, 17 October 2016

REFLEKSI DIRI

AIMI JULIANA BINTI JAMALUDIN
AC220 4B

4 OKTOBER 2016

Pada hari ini saya telah mempelajari tentang surah al-hujurat ayat ke-6. Ayat tersebut menyuruh kita agar meneliti berita-berita yang kita terima terutama apabila berita itu disampaikan oleh orang-orang yang fasik. 

Hal yang demikian kerana berita-berita yang disampaikan oleh orang-orang yang fasik ini belum terbukti kebenarannya.  Untuk mengelakkan kita daripada menyesal apabila menyebarkan berita-berita yang palsu, justeru itu, kita haruslah menyelidik dahulu berita tersebut sebelum kita menyebarkan berita tersebut kepada orang lain.  Sebagai contohnya , apabila kita menerima sesuatu berita dalam aplikasi “whatsapp” kita seharusnya menyelidik dulu kebenaran berita tersebut sebelum kita menghebahkan kepada orang lain.


Jadi, oleh hal yang demikian saya berazam untuk sentiasa berwaspada dengan berita-berita yang saya terima kelak dan menyelidik dahulu kebenaran berita tersebut sebelum disebarkan kepada orang lain.





AIMI JULIANA BINTI JAMALUDIN
AC220 4B

11 OKTOBER 2016

Pada hari ini saya telah belajar mengenai surah Al-Hujurat ayat 11. Dalam ayat ini menyatakan tentang larangan menghina dan mengejek serta merendahkan orang lain. Allah SWT menghalang kita untuk menghina orang lain yakni dengan cara meremehkan dan mengolok-olokkan seseorang. Perbuatan tersebut diharamkan kerana barangkali orang yang kita remeh-remehkan itu memiliki kedudukan yang lebih tinggi di hadapan Allah SWT dan lebih dicintai oleh Allah SWT berbanding daripada kita yang menghinanya.

 Di dalam ayat ini juga terkandung larangan mengaibkan diri sendiri.  Di antara perbuatan-perbuatan yang menghina dan mengaibkan ialah dengan memanggil gelaran-gelaran yang buruk yang tidak disukai oleh seseorang, iaitu gelaran-gelaran yang dirasakan menghina dan mengaibkan.

Oleh itu, saya berazam  untuk lebih menghormati orang-orang di  sekeliling saya dan sentiasa berprasangka positif terhadap orang-orang di sekeliling saya. Saya juga berazam untuk menggunakan gelaran-gelaran yang baik bukan sahaja terhadap diri sendiri malahan juga kepada orang-orang di sekeliling saya. 



Friday, 14 October 2016

Refleksi Diri

NURSYAZMIN HUSNA BINTI MUHAMED FIRDAUS
2015140835
AC2204B
11 OKTOBER 2016

            Pada hari ini saya telah belajar tentang pengajaran ayat 12 dari surah Al-Hujurat. Allah menyeru kita untuk menjauhi dari bersangka buruk kerana sebahagian besar daripadanya adalah dosa. Selain itu, kita tidak dibenarkan untuk mencari kesalahan orang lain. Ini kerana perkara tersebut akan membuka aib mereka sedangkan Allah menyeru kepada kita untuk tidak membuka aib sendiri apatah lagi aib orang lain. Selain itu, kita dilarang untuk mengumpat orang lain kerana perbuatan ini dianggap sama seperti memakan daging mayat. Oleh itu, kita hendaklah menjauhi segala perbuatan yang dilarang oleh Allah S.W.T dengan sentiasa bertakwa kepada-Nya.


            Justeru, saya berazam untuk tidak bersangka buruk dengan orang. Walaupun perbuatan yang dia lakukan sangat mencurigakan, saya akan mencari bukti terlebih dahulu sebelum bersangka yang die telah melakukan kesalahan. Selain itu, saya akan berusaha untuk mengelakkan diri dari mendengar kata-kata umpat dari sesiapa sahaja. Akhir sekali, saya akan berusaha untuk sentiasa mengingati Allah S.W.T dalam setiap perkara yang saya lakukan.      

Refleksi Diri

Aina Nadhirah Ahmad Nazeri
2015126113
AC2204H
11 OKTOBER 2016

Pada hari ini saya telah mempelajari pengajaran ayat Surah al-Hujuraat ayat 8 – 13.Ayat ini telah memberi banyak iktibar seperti damaikan dua orang yang bergaduh,sesungguhnya syaitan akan bertepuk gembira jika mereka tidak berdamai.Jangan mengamalkan sikap tidak mahu masuk campur jika ada pertelingkahan.Seterusnya jangan mencemuh,mengaibkan serta memanggil orang lain dengan nama yang buruk. Hendaklah bertaubat secepatnya jika tidak jatuh dalam golongan yang zalim. Jauhi juga berprasangka kerana ia adalah pintu dosa. Jangan cari kesalahan orang lain dan mengumpat kerana mengumpat sama seperti memakan daging saudaranya yang mati. Oleh itu,kita hendaklah menjaga hubungan sesama manusia. Semulia-mulia orang ialah mereka yang beriman kepada Allah.


Dengan ini, saya berazam untuk tidak membuat perkara-perkara yang dilarang seperti yang dinyatakan di dalam ayat diatas serta menjaga hubungan sesama manusia.Saya juga berazam untuk tidak menggunakan perkataan ‘kalau’ untuk benda lepas kerana ia membuka pintu penyesalan yang menyebabkan kita tidak redha dengan qada qadar.

Refleksi Diri

Aina Nadhirah Ahmad Nazeri
2015126113
AC2204H
27 SEPTEMBER 2016

Pada hari ini saya telah mempelajari tentang perjanjian iblis .Kita perlu belajar sifat-sifat iblis untuk mengelak mengikut sifat syaitan. Iblis telah bersumpah untuk menyesatkan umat manusia iaitu anak cuca Nabi Adam hingga hari Kiamat dan membawa manusia ke dalam Neraka. Untuk mengelak kita syirik kepada Allah kita perlu selesikan pengetahuan mengenai sifat 20 Allah dan sentiasa bersangka baik dengan Allah.Kita juga tidak boleh membagaimanakan Allah .
Perjuangan sebenar kita di bumi ini ialah membuktikan kesaksian serta menjaga orang lain untuk membukitkan kesaksian kepada Allah kerana di alam roh lagi kita telah bersama-sama membuktikan kesaksian.Ini kerana ikatan masyarakat tanpa tauhid,ikatan itu palsu.Justeru itu,cara pandangan kepada manusia lain perlu berubah.


Dengan ini, saya berazam untuk sentiasa bersangka baik dengan Allah atas setiap kejadian yang berlaku kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Saya juga berazam untuk menjaga hubungan sesama manusia atas dasar dan niat kerana Allah. 

Refleksi Diri

Aina Nadhirah Ahmad Nazeri
2015126113
AC2204H
20 SEPTEMBER 2016

Pada hari ini saya telah mempelajari bahawa hakikat manusia itu telah hidup bermasyarakat sejak dari alam roh.,Roh-roh manusia telah membuat perjanjian Asali dengan Allah s.w.t yang mengaku kesaksian kepada Allah. Ini membuktikan sebenarnya ukhwah antara manusia telah terbina sejak alam roh kerana semua roh bersama-sama bersaksi bahawa Allah itu Tuhan mereka dan tidak ada yang mengatakan tidak kerana fitrah roh manusia itu mulia disisi Allah.Ini berdasarkan Surah Al-A’raaf ayat 172 – 173

Saya juga memperlajari kepentingan pengetahuan tentang 5 alam iaitu alam roh,alam rahim,alam dunia,alam barzakh dan alam akhirat.Ini kerana kita dapat mengetahui hakikat penciptaan manusia di alam dunia dan kebahagiaan yang sebenar adalah di akhirat.Dunia hanya persinggahan untuk membuktikan kesaksian dan ketauhidan kita kepada Allah.


Dengan ini, saya berazam untuk fokus membaiki diri dan niat. Saya juga perlu mendalami ilmu untuk mengenali Allah dan hakikat hidup manusia di muka bumi ini sebagai khalifah agar mendapat kebahagiaan di alam akhirat kelak.

BUDAYA MATERIAL & BUDAYA NON MATERIAL ETNIK DI MALAYSIA


1. Baba Nyonya 

  • Budaya Material

Golongan Nyonya sinonim dengan pemakaian baju kebaya dengan kain sarung.Baba dan Nyonya juga turut memakai pakaian kaum Cina. Kaum Nyonya juga mempunyai kasut yang agak unik seperti kasut manik. Kasut manik ialah alas kaki buatan tangan yang memerlukan kemahiran dan kesabaran yang tinggi untuk menghasilkannya dari jalinan manik kaca yang bersigi-segi halus yang dijahit pada kain terpal. Rekaan kasut manik tradisional sering memperlihatkan motif bunga Eropah dan warnanya dipengaruhi oleh tembikar peranakan dan sarung batik.




Masakan-masakan tradisi kaum Baba & Nyonya yang banyak diambil dari pengaruh masakan Melayu seperti ayam pongteh,kari kapitan,kuih talam,sambal belacan yang kebanyakannya menggunakan bahan-bahan dan rempah ratus masyarakat Melayu dari zaman silam.

                                                 Image result for ayam pongteh karo kapitan

Dari segi senibina rumah kaum Baba & Nyonya lebih mirip kepada tradisi rumah lama masyarakat Cina dari negara asal mereka namun diselitkan serba sedikit elemen ukiran-ukiran tempatan.Di tanahair kita ini terdapat beberapa tinggalan kaum Baba & Nyonya yang juga dikenali dengan nama kaum Peranakan khasnya di Pulau Pinang dan Melaka

Image result for ryumah peranakan baba nyonya


  • Budaya Non Material 

Majlis perkahwinan Peranakan yang banyak mengetengahkan tradisi Cina merupakan antara perkahwinan tradisi yang paling berwarna-warni di Malaysia dan Singapura. Majlis diserikan dengan lagu berima spontan dondang sayang yang dinyanyi dalam bahasa Melayu dan ditari oleh para hadirin di jamuan. Pendondang bergilir-gilir menyambungkan lagu bertema asmara sambil menari berpusing-pusing dengan perlahannya. Dondang sayang memerlukan kemahiran berjenaka dan bertikam balas, siapa yang bijak berdondang maka dialah yang meraih gelak ketawa dan tepukan tangan ramai-ramai. Pelat loghat dan cara berbahasa Baba dan Nyonya serta kepandaian menyerikan lagi persembahan.

Image result for dondang sayang baba nyonya


Baba Nyonya biasanya menyambut adat kelahiran dan kematian di dalam bilik anak-anak mereka. Kebiasaannya, mayat yang lebih tua akan disimpan selama lima hari manakala mayat yang lebih muda akan disimpan selama sehari sahaja. Sutera kain yang digunakan untuk menutup mayat akan diwarisi oleh nenek-moyang kepada generasi seterusnya. Tangga rumah Baba terdapat corak yang diukir dengan emas dan papan kunci untuk mengunci tangga tersebut. Baba-Nyonya mengunci tangga mereka untuk menghalang anak-anak mereka daripada jatuh dan menghalang suami mereka naik ke atas bilik kerana balik lewat.


 2. Kadazan 


  • Budaya Material


Kadazan-dusun terkenal dengan kaum yang mempunyai banyak sub-etnik yang kaya dengan budaya mereka sendiri. Oleh itu, setiap kaum dalam kadazan-dusun mempunyai perbezaannya pakaian tradisionalnya yang tersendiri. Contohnya pakaian tradisi bagi etnik dusun bundu di Ranau dan Liwan di Tambunan adalah berbeza dengan pakaian tradisi bagi etnik Lotud di Tuaran dan juga Kimaragang di Kota Marudu. Setiap etnik dalam kaum kadazan-dusun ini mempunyai keunikannya yang tersendiri.Pakaian ini biasanya dipakai dimusim perayaan seperti pesta kaamatan dan juga upacara khas seperti perkahwinan. 


Image result for baju kadazan


Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazan dusun ialah Hinava, Noonsom, Pinasakan, Bosou, dan Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi Kaum Kadazan dusun.

Muzik tradisi yang ditonjolkan dalam kaum ini amat menarik dan unik. Alat-alat dan bunyi-bunyian tradisional ini banyak terdapat dalam suku kaum Kadazandusun dan ianya berpotensi untuk diwarisi oleh generasi muda kini. Antara lain alat-alat muzik tradisi yang popular ialah gong, sompoton, kulintangan, togunggu atau togunggak, bungkau, pumpuak, sundatang, suling, turali, tongkungon dan lain-lain lagi.





  • Budaya Non Material 


Upacara Humabot merupakan upacara yang telah secara turun temurun dilakukan oleh kaum kadazan-dusun apabila mereka membina rumah baru. Upacara ini melibatkan seorang bobohizan atau dukun yang dipanggil oleh sesebuah keluarga yang ingin mendirikan rumah baru untuk menjampi tapak rumah tersebut. Bobohizan akan membaza mantera dan renjis air untuk menghalau semangat dan roh-roh jahat masyarakat kadazan dusun juga percaya akan ‘kopizo’ tiang akan dipacakkan jika tuan rumah termimpi baik.tetapi jika sebaliknya maka tapak tiang akan dialihkan sedikit dari tapak asal.

Sesudah sesebuah rumah itu didirikan bobohizan akan dipanggil lagi dan kali ini upacara ‘momodu’ atau memandikan rumah akan dijalankan. Bobohizan akan membaca mantera sambil kaum lelaki akan menyalakan api pada buluh yang hujungnya dibungkus dengan getah (sikalap) dan membawa obor ini mengigilingi rangka-rangka atap rumah sambil bertempik sorak atau ‘memangkis’. Ini bertujuan untuk menghalau roh-roh jahat pembawa malapetaka kepada rumah mereka.


Mengikut kepercayaan kaum kadazandusun, Kinorohingan merupakan tuhan di mana mereka meminta sesuatu seperti keselamatan dan perlindungan dari sebarang penyakit. Kinorohingan juga dapat menghalang pengaruh kuasa ghaib seperti "Roogon" atau syaitan. Masyarakat kadazandusun mempercayai bahawa roh orang mati akan pergi ke Gunung Kinabalu dan apabila tiba masanya roh itu akan pergi ke syurga atau neraka.

Setiap tahun selepas menuai padi, masyarakat kadazandusun mengadakan upacara "Magavau" iaitu upacara kesyukuran bagi menghormati semangat padi. Upacara ini dijalankan oleh "Bobohizan" atau ketua bomoh dengan membaca mentera.

3.Minangkabau 

  • Budaya Material


Budaya Minangkabau terserlah indah pada busana tradisional Negeri Sembilan.Pakaian lelaki menyerupai Baju Sikap yang dipakai sebagai sut berlima mengandungi baju atau jaket sederhana labuh, baju di dalam, berseluar dipadan dengan samping dan dihias pua dengan tengkolok. Kaum wanita pula berbaju Kurung Teluk Belanga dan berkebaya labuh dipadan pula dengan kain sarung. Wanita bangsawan yang berketurunan Minangkabau pula, pakaiannya dari kain baldu bersulam benang emas bertatahkan labuci. Sarungnya pula dari kain songket penuh tenunan dari Pandai Sikek atau Batu Bara di Sumatera. 



Selain itu, masyarakat Minangkabau juga memiliki alat muzik tradisional khas iaitu Saluang. Alat muzik ini diperbuat daripada buluh nipis atau talang. Alat ini mempunyai empt lubang dan panjangny lebih kurang 40-60 cm dan berdiameter di antara 3-4 cm. Saluang dimainkan seperti seruling di mana pemainnya perlu meniup dam menarik nafas untuk mengalunkan muzik.



  • Budaya Non Material  

Tarian piring berasal daripada Sumatera Barat.Tarian Ini menggambarkan rasa kegembiraan dan syukur masyarakat Minang ketika kedatangan musim panas. Para muda-mudi akan menyayunkan gerak langkah dan menunjukkan kebolehan mereka dengan memainkan piring yang ada di tangan mereka, Kebiasaannya tarian piring dipersembahkan fi hadapan mempelai di luar rumah ketika majlis perkahwinan terutamanya bagi keluarga beada di sesebuah kampung.

Randai pula merupakan teater rakyat tradisional Minangkabau iaitu melibatkan muzik, nyanyian, tarian, drama dan seni mempertahankan diri iaitu silat. Kebiasaannya, randai dipersembahkan ketika menyambut perayaan tradisional dan terselit pelbagai cerita di dalamnya dalam satu masa. Cerita-cerita yang dikisahkan ini disampaikan melalui nyanyian dan lakonan berdasarkan lagenda-lagenda Minangkabau dan cerita rakyat. Pada zaman dahulu, randai dipersembahkan oleh kaum lelaki. Namun selepas tahun 1960-an, perempuan juga telah menyertai persembahan ini.


4.Bidayuh


  • Budaya Material

Warna hitam adalah warna utama pakaian tradisi orang Bidayuh.Manakala warna kuning dan merah ialah warna kombinasi.Tudung kecil separuh tinggi dengan corak anyaman yang indah atau kepala kain berwarna warni adalah pelengkap hiasan kepala wanita Bidayuh. Pakaian lelaki Bidayuh biasanya sepasang baju dan seluar berwarna hitam.Kain lilit kepala pula adalah pelengkap hiasan lelaki Bidayuh



Struktur rumah panjang orang Bidayuh terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bilik utama,awah, dan tanju.Bilik utama dapat kita samakan dengan ruang utama kediaman pada masa sekarang. Di dalam bilik ini, masyarakat Bidayuh lazimnya meletakkan barang-barang peribadi milik keluarga dan keturunan mereka Ruang ini juga berfungsi sebagai tempat tidur di kala malam hari. Awah pula adalah bahagian pelantar di luar rumah panjang Masyarakat Bidayuh dan lazimnya ia bertutup dan beratap. Tanju pula adalah bahagian terluar di dalam rumah panjang masyarakat bidayuh. Bahagian tanju biasanya terdedah dan lazimnya tidak bertutup mahupun beratap. Tanju lazimnya digunakan menjemur hasil tuaian masyarakat


  • Budaya Non Material 

Tarian yang biasa dilakukan oleh etnik Bidayuh : 

Tolak Bala yang biasanya ditarikan sebelum musim menuai bagi mendoakan Tuhan agar tuaian
tahun ini banyak dan ahli keluarga jauhi daripada malang.

Langgi Julang yang ditarikan semasa ketua kampung atau penghulu dipilih.

Rajang Beuh  yang ditarikan selepas musim menuai atau semasa menyambut tetamu.
.
Image result for tarian bidayuh



5. Iban 


  • Budaya Material


Pakaian tradisional lelaki Iban iaitu Kain Sirat yang dikenali juga sebagai kain cawat merupakan pakaian asas kaum Iban. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kelengkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan, mempamerkan bahagian yang berhias.Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya. Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang bewarna-warni. Bidang yang dipakai ketika upacara tertentu atau sebarang perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka corak geometrik dan diwarnakan dengan warna merah bata dan kekuning-kuningan. Malah ada diantara bidang tersebut yang dihiasi dengan reka 

 Image result for baju iban


Antara kraftangan yang mereka hasilkan adalah seperti tikar, raga, pasu dan sebagainya.Kebiasannya, yang menghasilkan kraftangan ini adalah kaum wanita. Menurut masyarakat Iban, jika wanita tidak pandai mengasilkan kraftangan, mereka dianggap menjengkelkan dan tidak dipandang oleh kaum lelaki. Jadi, sebelum seseorang wanita itu ingin berkahwin, mereka perlu mempersiapkan diri mereka dengan kemahiran membuat kraftangan ini. Bagi mereka, hasil daripada anyaman itu dapat menambat hati si keluarga mentua.



  • Budaya Non Material  

Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang.Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Satu lagi jenis tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.
Image result for ngajat iban


Orang Iban berpegang kuat kepada kepercayaan tradisional  mereka.Misalnya, upacara ‘miring’(jampi serapah) bertujuan menolak bala.Masyarakat Iban juga sangat patuh kepada pantang larang (mali) yang diwarisi nenek moyang mereka. ‘mali abu’ :dimana petani Iban percaya bahawa labu tidak boleh ditanam atau dibawa masuk ke dalam ladang mereka. Jika labu ditemui , maka labu itu harus segera dikeluarkan dan tapak penemuan perlu dilumur dengan darah babi atau ayam.Sekiranya melanggar pantang larang, bermakna mereka akan menerima bencana atau malapetaka.
Seterusnya kepercayaan lain yang berdasarkan tafsiran mimpi.Sesuatu aktiviti boleh dibatalkan sekiranya mereka mendapat mimpi yang tidak baik pada malam sebelumnya.Aktiviti harian sangat dipengaruhi oleh mimpi mereka.