Thursday, 13 October 2016

Refleksi Diri

NUR SYAFIQAH NADIAH BINTI ROSLAN
2015139977
AC2204B
20 SEPTEMBER 2016

Pada hari ini, saya telah mempelajari bahawa seseorang manusia memerlukan pegangan agama dalam hidupnya untuk mengekalkan perpaduan dalam masyarakat. Hidup bermasyarakat sebenarnya sudah wujud ketika manusia berada di alam roh. Tujuan kita dihidupkan di dunia adalah sebagai ujian dari Allah SWT untuk membuktikan perjanjian yang berlaku di antara manusia dan Allah SWT melalui Perjanjian Asali ketika di alam roh . Perjanjian tersebut adalah pengakuan manusia kepada Allah SWT sebagai Tuhan dan berdasarkan Surah Al-A’raaf ayat 172 - 173 supaya kelak manusia tidak menyalahkan keturunan terdahulu.  

Saya turut mempelajari bahawa fitrah manusia saling memerlukan antara satu sama lain. Unit asas dalam sesebuah masyarakat ialah keluarga. Dalam sesebuah keluarga perlu ada seorang pemimpin yang dapat mengetuai ahlinya dalam mengekalkan perpaduan dan keharmonian.

Saya juga mempelajari bahawa terdapat lima alam iaitu alam roh, alam rahim, alam dunia, alam barzakh dan alam akhirat. Alam yang sedang kita duduki sekarang ialah alam dunia yang merupakan alam yang paling pendek dan kritikal. Alam ini adalah persiapan manusia dari segi iman dan akidah sebelum menuju ke alam barzakah dan kekal di alam akhirat

Dengan ini saya berazam untuk lebih mendalami ilmu agama dan mendekatkan diri kepada Allah SWT sebagai persediaan untuk menuju ke alam akhirat yang kekal abadi.

No comments:

Post a Comment