NUR SYAFIQAH
NADIAH BINTI ROSLAN
2015139977
AC2204B
4 OKTOBER
2016
Pada hari ini, saya telah mempelajari bahawa kita perlu memaafkan kesalahan orang lain kerana
kita semua adalah sama di sisi Allah SWT. Walaupun di dunia kita mempunyai
pangkat dan harta serta dihormati oleh masyarakat namun kita semua sama di
sisi Allah kerana yang membezakan hanyalah iman dan amal seseorang itu.
Saya turut
mempelajari bahawa sekiranya seseorang datang membawa sesuatu perkhabaran atau
berita, kita perlu selidik tentang kesahihan berita tersebut seperti yang terkandung
dalam surah Al- Hujuraat ayat ke 6 agar kita tidak akan menyesal kelak. Hal ini
kerana sekiranya perkhabaran tersebut tidak benar akan mendatangkan kesusahan
pada diri sendiri. Seterusnya, ayat ke 7 pula menceritakan ilmu tentang
Rasulullah SAW. Baginda mendapat wahyu daripada Allah SWT dan tidak menurut
melainkan apa yang diwahyukan kepadanya. Baginda tidak mengikut apa yang
diinginkan oleh umatnya.Hal ini kerana baginda tidak mahu umatnya mendapat
kesusahan kelak. Orang yang mendapat petunjuk adalah orang yang mempunyai ilmu
tentang Rasulullah SAW.
Dengan ini
saya berazam untuk lebih mengenali Rasulullah SAW. Saya juga akan mengajak
keluarga dan rakan-rakan untuk mendalami ilmu tentang Rasulullah SAW dan pengorbanan baginda terhadap
seluruh umat Islam. Selain itu, saya juga tidak akan
menyebarkan sebarang berita tanpa mengetahui kesahihannya.
No comments:
Post a Comment