NURSYAZMIN HUSNA BINTI MUHAMED FIRDAUS
2015140835
AC2204B
4 OKTOBER 2016
Hari ini saya belajar tentang pengajaran ayat 6 dan 7 dalam surah Al-Hujurat. Dalam ayat 6 Allah menyuruh kita agar selidik dahulu berita yang disampaikan oleh orang fasiq. Ini kerana tidak mahu terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada kita yang akan membuat kita menyesal akan perkara yang kita telah lakukan. Dalam ayat 7 pula Allah menyatakan untuk mencari ilmu agar kita tahu perkara yang hak dan yang batil. Ini kerana Rasulullah tidak akan bersetuju menurut kemahuan kita kerana Baginda S.A.W tahu bahawa kesukaran akan datang kepada kita kelak. Selain itu, Allah lah yang mempercintakan manusia kepada iman, memperhiasi iman di dalam hati manusia dan menjadikan manusia benci kepada kejahatan.
Oleh itu, saya berazam untuk selidik dahulu akan segala berita yang saya peroleh. Ini kerana jika saya bercerita akan perkara yang tidak sahih kebenarannya akan membuat pihak yang terlibat menanggung malu. Justeru, ia menjadi tanggungjawab saya untuk mencari bukti yang menunjukkan tentang kesahihan berita tersebut. Selain itu, saya berazam untuk mencari ilmu agar hati dan masa depan saya tidak gelap. Ilmu yang patut saya utamakan adalah ilmu mengenai Rasulullah S.A.W. Ini akan membawa saya dekat kepada Rasulullah dan juga Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment