1.
Pemerintahan
Perlembagaan
Melaka dikuatkuasakan untuk memberi keadilan kepada semua lapisan penduduk dan
para pedagang. Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka dikuatkuasakan
dalam urusan agama Islam. Selain itu, perlantikan jawatan yang penting dalam
kerajaan terbuka kepada semua etnik. Sebagai bukti, seorang pembesar yang
berketurunan India dilantik memegang jawatan penting di dalam istana. Perkahwinan
campur juga turut berlaku antara Pemerintah Melaka dengan masyarakat pendatang
seperti Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan anak perempuan pemerintah negara
Cina, puteri Hang Li Po.
2. Kebudayaan
Masyarakat
Melayu Melaka menyerap masuk ciri-ciri Islam dalam kehidupan mereka. Penggunaan
nama Arab dan budaya Arab seperti Majlis Khatam Al-Quran dan marhaban dilakukan
oleh penduduk Melayu Melaka. Selain pengaruh dari Arab, pengaruh dari Hindu
Buddha juga meresap masuk dalam budaya masyarakat Melayu Melaka seperti adat
bersanding dan bunga mangga dalam perkahwinan Melayu. Selain itu, Bahasa Melayu
diiktiraf sebagai bahasa lingua franca. Ini disebabkan Bahasa Melayu digunakan
secara meluas di seluruh Melaka. Bukan sahaja penduduk tempatan yang
menggunakan bahasa tersebut malah pedagang yang datang berdagang juga turut
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan.
3. Sosial
Pengaruh
dari Hindu Buddha diadaptasikan dalam aspek sosial. Ini dapat dilihat dengan
wujudnya kelas dalam masyarakat seperti raja, bangsawan dan rakyat bawahan.
Rakyat akan sentiasa mematuhi arahan dari raja dan bangsawan. Mereka tidak
dibenarkan untuk mengingkari segala arahan yang telah diberikan. Manakala
bangsawan pula hendaklah mematuhi arahan dari raja dan dibenarkan untuk
mengarah rakyat melakukan sesuatu. Mereka saling menghormati akan tingkatan
kelas masing-masing. Ini kerana sifat taat kepada pemerintah sangat tebal dalam
diri mereka.
4. Perdagangan
Perdagangan di Melaka berjalan dengan lancar hasil daripada
sistem pemerintahan terbuka dan pentadbiran pelabuhan yang cekap. Undang-
undang Kanun Melaka dilaksanakan bagi menjaga keselamatan laut di Melaka
daripada ancaman perompak dan lanun. Tindakan ini dapat menjamin tahap
keselamatan yang tinggi kepada ribuan kapal pedagang yang datang berdagang di
Melaka. Perdagangan di Melaka berjalan dengan begitu lancar hasil daripada
sistem pemerintahan terbuka di samping pelabuhan ditadbir dengan cekap.
Keselamatan laut daripada ancaman perompak dan lanun dapat dikawal oleh
Laksamana Melaka yang proaktif. Situasi ini menjadikan suasana selamat dan aman
untuk para pedagang berdagang di pelabuhan Melaka, apatah lagi keadaan ini
disokong kuat oleh Undang-undang laut Melaka yang berteraskan ajaran Islam.
5. Corak Kependudukan di Melaka
Zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman
pluraliti kerana proses penghijrahan berlaku secara semula jadi tanpa pemaksaan
mana-mana pihak. Para pedagang tidak memerlukan pasport atau visa sebagai
pengenalan diri untuk memasuki sesuatu kawasan. Keadaan ini membolehkan para
pedagang dari Arab, India, China dan negara- negara lain berdagang secara bebas
dan berinteraksi dengan penduduk tempatan. Pedagang Arab, Cina, India dan
Nusantara juga dilihat melalui proses asimilasi dan amalgamasi dengan penduduk
tempatan dan akhirnya telah membawa kepada kewujudan masyarakat baharu, iaitu
masyarakat Baba Nyonya, Melayu berketurunan Arab dan Melayu berketurunan India.
No comments:
Post a Comment