Sunday 30 October 2016

RASIONAL PERKARA 3, 152 DAN 138

RASIONAL PERKARA 3 ( AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN ) 

1.   Walaupun agama Islam adalah agama persekutuan tetapi kebebasan untuk beragama masih dibenarkan dan dijamin di dalam perlembagaan.

2.   Islam telah diterima dan diamalkan sebagai agama persekutuan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi sehinggalah zaman penjajahan Inggeris.

3.   Sebelum penjajahan Inggeris lagi undang-undang Islam telah diiktiraf dan dilaksanakan di negeri-negeri Melayu.

4.   Semasa penjajah Inggeris, kedudukan agama Islam begitu kukuh dan langsung tidak diganggu oleh wakil-wakil Inggeris. Selain itu, urusan yang berkaitan dengan agama Islam akan diserahkan kepada Raja-raja Melayu.


5.   Sesuai dengan takrif Melayu, Perkara 160 mendefinisikan Melayu sebagai seorang yang beragama Islam, dan lazimnya bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.



RASIONAL PERKARA 152 ( BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN )

1.   Bahasa kebangsaan dijadikan sebagai alat perpaduan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum tanpa menggugat bahasa ibunda yang lain.

2.   Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca di Nusantara sejak berabad lamanya yang digunakan oleh pedagang-pedagang yang datang berdagang di Tanah Melayu.

3.   Bahasa Melayu lebih mudah dipelajari dan difahami. Ini kerana Bahasa Melayu bersifat lebih tekal dari segi istilah dan sebutan.

4.    Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas sebelum Perang Dunia bagi tujuan urusan rasmi.

5.   Bahasa Melayu dijadikan sebagai pra-syarat untuk jika ingin mendapatkan kewarganegaraan bagi etnik bukan Melayu.

  

RASIONAL PERKARA 38 ( MAJLIS RAJA-RAJA )

1.   Yang di-Pertuan Agong dapat dilantik daripada Majlis Raja-raja.

2.   Sebarang pelantikan yang dilaksanakan telah mendapat nasihat terlebih dahulu daripada Majlis Raja-raja.

3.   Kedaulatan setiap negeri di Malaysia dapat dijaga kerana setiap undang-undang yang ingin diubah perlulah mendapatkan persetujuan daripada majlis Raja-raja terlebih dahulu.

4.   Memelihara kesucian agama Islam dengan cara Majlis Raja-raja tidak mempersetujui sebarang bentuk penyebaran agama selain agama Islam.

5.   Majlis Raja-raja masih boleh dikenakan tindakan apabila sabit kesalahan di dalam Mahkamah Khas yang hanya dikhususkan untuk ahli Majlis Raja-raja sahaja.


No comments:

Post a Comment