NURSIFA
URAHMAH
2015126233
AC2204B
20 SEPTEMBER
2016
Pada hari ini
saya telah mempelajari bahawa manusia itu telah hidup bermasyarakat sejak dari
alam roh. Berdasarkan Surah Al-A’raaf ayat 172 – 173, roh-roh manusia telah
membuat perjanjian dengan Allah s.w.t. (perjanjian asali). Pada saat itu ukhwah
antara manusia telah terbina kerana semua roh bersama-sama bersaksi bahawa
Allah itu tuhan mereka dan tidak ada seorang pun yang menidakkannya kerana
fitrah roh itu mulia disisi Allah s.w.t.
Seterusnya saya
pelajari bahawa manusia perlukan agama bagi memastikan mereka berada di
landasan yang betul. Selain itu, manusia tidak boleh hidup sendirian kerana
manusia itu saling memerlukan antara satu sama lain dan perlu juga ada pemimpin
yang dapat membantu untuk mengekalkan perpaduan dalam kehidupan masyarakat.
Selepas alam
roh, terdapat empat alam lain yang perlu dilalui oleh manusia iaitu alam Rahim,
dunia, alam barzakh dan alam akhirat. Saya pelajari bahawa alam yang paling singkat
tetap kritikal adalah dunia, kerana ketika di dunia ketauhidan kita kepada
Allah s.w.t. akan diuji. Oleh itu, apa saja yang kita lakukan kita wajib nampak
Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment