4 Oktober 2016
Berdasarkan maksud ayat 22 Surah Ar-Rum, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui” dapat menerangkan tentang tanda-tanda kekuasaan Allah iaitu penciptaan langit dan bumi sebagai peristiwa yang luar biasa dan sangat teliti. Setiap sistem yang telah diaturkan tidak pernah berlanggar antara satu sama lain. Semuanya mengikut aturan yang telah ditetapkan. Kebesaran Allah bukan hanya kepada penciptaan langit dan bumi malah Allah juga telah mencipta bangsa-bangsa yang berlainan bahasa dan warna kulit. Penciptaan ini saling berkaitan kerana iklim yang berada di permukaan bumi mempunyai hubungan yang erat dengan perbezaan warna kulit dan bahasa.

Selain itu, perbezaan warna
kulit dan bahasa juga sering dikaitkan dengan perbezaan agama. Islam menerima,
menghargai dan menghormati manusia yang mempunyai kepelbagaian dari segi
bangsa, bahasa, agama dan budaya. Kepelbagaian ini bukanlah alasan untuk
bermusuhan. Malahan seluruh umat manusia yang berbeza tidak kira dari segi apa
pun tetap akan bergantung antara satu sama lain. Dalam hadis Nabi Muhammad
S.A.W. tidak mengatakan “Pergaulilah kaum
Muslimin, atau orang-orang yang soleh, atau orang-orang yang mengerjakan
solat”, akan tetapi baginda mengatakan “Dan
pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik”. Maksudnya semua manusia tidak
kira perbezaan agama, bangsa mahupun
bahasa sekiranya dia mengamalkan akhlak yang terpuji maka sesiapa sahaja boleh
mencontohi akhlak tersebut.
Amat jelas di sini bahawa
Islam menolak prinsip tidak bertoleransi dalam kehidupan bermasyarakat. Allah
S.W.T yang menciptakan kepelbagaian ini yang terdiri daripada pelbagai macam
suku, bangsa, agama mahupun etnik. Oleh itu, sebagai seorang Muslim kita
hendaklah mengikut segala perintah Allah S.W.T yang menyeru kita untuk tidak
mencemuh atau mengejek masyarakat yang berbeza dari kita. Islam merupakan agama
yang suci. Oleh itu, dengan sikap yang ramah, adil dan berakhlak mulia yang
kita tunjukkan kepada mereka akan membuatkan mereka jatuh cinta kepada Islam.
Seterusnya, akan membuat mereka memandang tinggi kepada agama Islam yang tidak
mengamalkan sikap rasisme dalam setiap perkara yang dilakukan.
No comments:
Post a Comment