Aimi Nadhirah binti Hashim
2015180319
AC2204B
11 Oktober 2016
Pada hari ini, saya telah mempelajari pengajaran daripada
ayat 8-13 Surah Al-Hujurat. Secara ringkas, saya mempelajari bahawa orang
mukmin adalah bersaudara jadi kita sebagai orang mukmin hendaklah mendamaikan
dua pihak yang sedang bertelingkah. Kita juga mesti menjauhi sifat buruk sangka, tidak mencari kesalahan orang
lain dan tidak mengumpat antara satu sama lain. Allah juga melarang kita
merendahkan atau mencemuh orang lain, mengaibkan diri sendiri dan memanggil
orang dengan panggilan yang buruk. Sesungguhnya ia mencerminkan peribadi diri
kita. Allah menjadikan kita semua pelbagai bangsa supaya kita dapat berkenalan
antara satu sama lain. Setiap kaum mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri.
Saya juga mengetahui prasyarat terhadap keharmonian kaum
ialah : agama, ilmu, kenal Rasulullah dan juga akhlak-akhlak yang baik.
Dengan ini, saya berazam untuk memperbaiki diri saya agar
tidak bersangka buruk dengan orang lain. Saya juga akan cuba untuk kurangkan
mengumpat dan tidak merendah-rendahkan kaum lain.
No comments:
Post a Comment