Friday, 14 October 2016

REFLEKSI DIRI

NURSIFA URAHMAH
2015126233
11 OKTOBER 2016
AC2204B

Pada hari ini saya telah mempelajari pengajaran ayat Surah al-Hujuraat ayat 8 – 13.

Ringkasnya:
·         Manusia beriman itu bersaudara dan sebagai mukmin kita harus mendamaikan dua pihak yang bertelagah.
·         Kita tidak boleh merendah-rendahkan atau mencemuh orang lain, mengaibkan diri sendiri dan memanggil orang lain dengan gelaran yang buruk.
·         Kita juga perlu menjauhi sifat suka bersangka buruk, tidak mencari kesalahan orang lain dan tidak mengumpat antara satu sama lain.
·         Kita juga perlu berkenal-kenalan antara satu sama lain kerana Allah s.w.t. menciptakan manusia dengan pelbagai kaum dan bangsa untuk saling mengenali, sesungguhnya setiap kaum mempunyai ciri-ciri tersendiri. Pengenalan sesama manusia itu membawa pengenalan kepada Allah s.w.t.
·         Pra-syarat kepada keharmonian kaum adalah agama, ilmu, pengenalan kepada Rasulullah dan akhlak-akhlak yang baik.

Dengan ini, saya berazam untuk memperbaiki diri dan berusaha menjauhi segala larangan-larangan yang dinyatakan sekaligus meningkatkan taqwa kepada Allah s.w.t. Saya juga akan cuba untuk mengenali kaum dan bangsa lain dengan lebih mendalam bagi membentuk keharmonian dalam hidup bermasyarakat serta dapat menghormati mereka walaupun berlainan kaum dan bangsa.

No comments:

Post a Comment