Thursday, 13 October 2016

Refleksi Diri

NUR SYAFIQAH NADIAH BINTI ROSLAN
2015139977
AC2204B
27 SEPTEMBER 2016

Pada hari ini, saya telah mempelajari cara pandangan terhadap orang yang buat dosa.  Semua manusia tidak pernah lari dari melakukan silap dan dosa sama ada dosa besar mahupun dosa kecil. Namun, sebagai seorang hamba kita patut memberi peluang kepadanya untuk berubah kerana kita tidak berhak untuk menghukum seseorang dan sekiranya diri sendiri yang melakukan dosa hendaklah segera beristighfar dan tidak membuka aib sendiri kepada orang lain kerana seseungguhnya perbuatan itu dianggap tidak beradab dengan Allah SWT

Saya turut mempelajari perjuangan sebenar manusia di bumi ini. Antaranya ialah mengotakan janji kita kepada Allah yang telah  berlaku di alam roh dahulu iaitu Perjanjian Asali. Kita wajib mentauhidkan Allah dan tidak mensyirikkan Allah. Hal ini demikian kerana syaitan telah berjanji untuk menyesatkan anak Adam sehingga ke hari kiamat seperti yang termaktub dalam Perjanjian Iblis di antara syaitan dan Allah SWT.

Dengan ini saya berazam untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dan sentiasa membetulkan niat dalam melakukan sesuatu. Saya juga tidak akan berputus asa dengan rahmat Allah dan sentiasa bersangka baik terhadap Allah SWT kerana sebaik-baik perancang ialah Allah SWT.

No comments:

Post a Comment