Monday, 10 October 2016

Refleksi diri

AINA NADHIRAH AHMAD NAZERI
2015126113
AC2204H

4 OKTOBER 2016



Hari ini saya belajar tentang pengajaran dalam ayat 6&7 surah Al-Hujurat. Dalam ayat 6,pengajaran yang boleh dipelajari ialah kita hendaklah menyiasat dan menyelidik berita yang disampaikan oleh orang fasik supaya tidak menyesal di kemudian hari. Seterusnya, dalam ayat 7 Allah menyuruh supaya berilmu tentang Rasulullah S.A.W maka dengan itu dengan izin Allah,Allah akan mempercintakan manusia kepada iman dan memperbencikan manusia kepada kekufuran dan kemaksiatan.


Oleh itu,saya berazam untuk menjadi lebih berhati-hati apabila menerima sesuatu berita dengan menyiasat terlebih dahulu agar tidak memudaratkan diri sendiri dan orang sekeliling.Selain itu,saya perlu menanamkan kecintaan kepada Rasulullah S.A.W dengan membaca lebih banyak teantang sejarah dan keperibadian mulia Baginda ini kerana makin kita mengenali Rasulullah dan mencintai baginda,kecintaan dan ketauhidan kita kepada Allah juga bertambah.

No comments:

Post a Comment