Aimi Nadhirah binti Hashim
2015180319
2015180319
AC2204B
20 September 2016
Pada hari ini saya telah mempelajari bahawasanya manusia
ini sudah hidup bermasyarakat sejak di alam roh. Saya juga mempelajari manusia
memerlukan pegangan dan agama bagi memastikan semua berada pada landasan yang
betul. Masyarakat juga memerlukan seorang pemimpin. Ianya sangat penting untuk
mengekalkan perpaduan dalam masyarakat. Di dalam ayat 172-173 Surah Al-A’raf
menceritakan tentang perjanjian asali antara roh-roh manusia dengan Allah S.W.T.
Semua manusia bersaksi bahawa Allah itu tuhan mereka dan tiada seorang pun yang
menidakkannya kerana fitrah roh ketika itu mulia disisi Allah. Selain itu, saya
juga belajar tentang 5 alam (alam roh, alam rahim, alam dunia, alam kubur dan
kiamat). Ujian manusia yang paling terbesar di alam dunia adalah ujian untuk
membuktikan persaksian kita pada Allah S.WT.
Dengan ini, saya berazam untuk mempelajari ilmu agama
dengan lebih dalam dan berusaha untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah
S.W.T.
No comments:
Post a Comment