AC220 4B
4 OKTOBER 2016
Pada hari ini saya telah mempelajari tentang surah
al-hujurat ayat ke-6. Ayat tersebut menyuruh kita agar meneliti berita-berita
yang kita terima terutama apabila berita itu disampaikan oleh orang-orang yang
fasik.
Hal yang demikian kerana berita-berita yang disampaikan oleh orang-orang
yang fasik ini belum terbukti kebenarannya.
Untuk mengelakkan kita daripada menyesal apabila menyebarkan
berita-berita yang palsu, justeru itu, kita haruslah menyelidik dahulu berita
tersebut sebelum kita menyebarkan berita tersebut kepada orang lain. Sebagai contohnya , apabila kita menerima
sesuatu berita dalam aplikasi “whatsapp”
kita seharusnya menyelidik dulu kebenaran berita tersebut sebelum kita
menghebahkan kepada orang lain.
Jadi, oleh hal yang demikian saya berazam untuk sentiasa
berwaspada dengan berita-berita yang saya terima kelak dan menyelidik dahulu
kebenaran berita tersebut sebelum disebarkan kepada orang lain.
AIMI JULIANA BINTI JAMALUDIN
AC220 4B
11 OKTOBER 2016
Pada hari ini saya telah belajar mengenai surah Al-Hujurat
ayat 11. Dalam ayat ini menyatakan tentang larangan menghina dan mengejek serta
merendahkan orang lain. Allah SWT menghalang kita untuk menghina orang lain
yakni dengan cara meremehkan dan mengolok-olokkan seseorang. Perbuatan tersebut
diharamkan kerana barangkali orang yang kita remeh-remehkan itu memiliki
kedudukan yang lebih tinggi di hadapan Allah SWT dan lebih dicintai oleh Allah
SWT berbanding daripada kita yang menghinanya.
Di dalam ayat ini juga
terkandung larangan mengaibkan diri sendiri.
Di antara perbuatan-perbuatan yang menghina dan mengaibkan ialah dengan
memanggil gelaran-gelaran yang buruk yang tidak disukai oleh seseorang, iaitu
gelaran-gelaran yang dirasakan menghina dan mengaibkan.
Oleh itu, saya berazam
untuk lebih menghormati orang-orang di
sekeliling saya dan sentiasa berprasangka positif terhadap orang-orang
di sekeliling saya. Saya juga berazam untuk menggunakan gelaran-gelaran yang
baik bukan sahaja terhadap diri sendiri malahan juga kepada orang-orang di
sekeliling saya.
No comments:
Post a Comment