Aimi Nadhirah binti Hashim
2015180319
AC2204B
27 September 2016
Pada hari ini saya telah mempelajari sesungguhnya kita tidak boleh membagaimanakan kewujudan Allah S.W.T. Kita wajib bersangka baik dengan Allah S.W.T. Saya juga mempelajari bahawa kita haruslah memberi peluang kepada orang lain yang berdosa untuk berubah, begitu juga dengan diri sendiri. Segeralah beristighfar dan bertaubat sekiranya kita sedar yang diri kita sudah melakukan dosa. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun. Didalam Surah Hijr ayat 35-40 dan Surah Isra’ ayat 64 menceritakan perjanjian Iblis dengan Allah berkaitan manusia. Iblis enggan sujud pada Nabi Adam lalu Allah melaknat iblis sehingga hari kiamat. Iblis bersumpah akan menyesatkan anak-anak Adam kecuali orang yang mentauhidkan Allah S.W.T. Sesungguhnya iblis takut akan pengabdian kita kepada Allah S.W.T.
Dengan ini, saya berazam untuk sentiasa perbaiki niat dan sentiasa mengingati Allah didalam setiap dugaan yang saya hadapi. Saya juga akan sentiasa cuba memperbaiki diri menjadi lebih baik.
No comments:
Post a Comment