Wednesday, 19 October 2016

Refleksi Diri

NURSYAZMIN HUSNA BINTI MUHAMED FIRDAUS
2015140835
AC2204B
18 OKTOBER 2016

            Pada hari ini saya telah belajar tentang faktor-faktor masyarakat Alam Melayu memeluk agama Islam. Antaranya ialah perdagangan, ajaran Islam yang mudah, perkahwinan, pengaruh pemerintah, kesusasteraan dan perluasan kuasa. Akan tetapi faktor yang paling utama adalah pengaruh pemerintah. Faktor ini dapat dikaitkan dengan adanya Hikayat Raja Pasai yang telah bermimpi berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. Secara ringkas, dalam mimpi tersebut Baginda S.A.W mengajarkan ucapan kalimah syahadah kepada Raja Pasai dan memberitahu pada 40 hari selepas mimpi akan ada seorang hamba Allah yang akan mengajarkan kalimah yang sama. Setelah 40 hari menunggu maka datanglah seorang hamba Allah dari Arab membawa kalimah yang sama yang diperkatakan Rasulullah dalam mimpi tersebut. Maka setelah Raja Pasai memeluk agama Islam dengan mengucap kalimah syahadah rakyat jelata juga turut memeluk agama Islam mengikut Raja mereka. Selain itu, Alam Melayu merupakan satu-satunya negeri yang menerima Islam tanpa sebarang peperangan.

            Justeru, saya berazam untuk lebih mengetahui tentang sejarah Alam Melayu yang saya rasakan amat unik. Ini kerana saya berasa begitu malu kerana tidak mengetahui tentang sejarah bangsa sendiri. Sedangkan bangsa Melayu merupakan bangsa yang terbilang pada zaman dahulu kala jika hendak dibandingkan dengan sekarang ini.  


No comments:

Post a Comment