Aina Nadhirah Ahmad Nazeri
2015126113
AC2204H
20 SEPTEMBER 2016
Pada hari ini saya telah mempelajari bahawa hakikat manusia
itu telah hidup bermasyarakat sejak dari alam roh.,Roh-roh manusia telah
membuat perjanjian Asali dengan Allah s.w.t yang mengaku kesaksian kepada Allah.
Ini membuktikan sebenarnya ukhwah antara manusia telah terbina sejak alam roh kerana semua roh
bersama-sama bersaksi bahawa Allah itu Tuhan mereka dan tidak ada yang mengatakan
tidak kerana fitrah roh manusia itu mulia disisi Allah.Ini berdasarkan Surah
Al-A’raaf ayat 172 – 173
Saya juga memperlajari kepentingan pengetahuan tentang 5
alam iaitu alam roh,alam rahim,alam dunia,alam barzakh dan alam akhirat.Ini
kerana kita dapat mengetahui hakikat penciptaan manusia di alam dunia dan
kebahagiaan yang sebenar adalah di akhirat.Dunia hanya persinggahan untuk
membuktikan kesaksian dan ketauhidan kita kepada Allah.
Dengan ini, saya berazam untuk fokus membaiki diri dan niat.
Saya juga perlu mendalami ilmu untuk mengenali Allah dan hakikat hidup manusia
di muka bumi ini sebagai khalifah agar mendapat kebahagiaan di alam akhirat
kelak.
No comments:
Post a Comment