Tuesday, 11 October 2016

Refleksi Diri

Aimi Nadhirah binti Hashim
2015180319
AC2204B
4 Oktober 2016

Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang pengajaran ayat 6 & 7 Surah Al-Hujurat. Ayat 6 menyatakan bahawa kita perlu selidik dahulu  berita yang kita terima daripada orang lain sebelum menyebarkannya. Ini kerana kita tidak mahu orang lain mendapat susah akibat perkhabaran palsu yang telah kita sebarkan. Di dalam ayat 7 pula menyatakan kita perlu mencari ilmu supaya kita tahu membezakan perkara yang benar dan perkara yang tidak benar. Mengapa Rasulullah tidak menurut kemahuan manusia? Ini kerana baginda mengetahui kesukaran yang akan dihadapi oleh umatnya kelak. Rasulullah S.A.W mendapat wahyu daripada Allah S.W.T. Bagaimana kita hendak mendapatkan petunjuk? Kita mestilah mengenali Rasulullah terlebih dahulu. Jiwa manusia yang ada Nur Rasulullah akan menyebabkan iblis takut pada manusia.

Dengan ini, saya berazam untuk mendalami ilmu tentang Rasulullah untuk meningkatkan rasa kecintaan saya pada baginda. Orang yang berada di jalan yang lurus, Allah menjadikan jiwanya mencintai iman dan membenci kekufuran.

No comments:

Post a Comment