Monday 31 October 2016

MENGAPAKAH MALAYSIA MERDEKA AWAL SETAHUN DARI TARIKH YANG SEBENAR?

Terdapat pendapat yang mengatakan usaha untuk menuntut kearah kemerdekaan adalah disebabkan oleh darurat. Namun terdapat juga alasan menuntut kemerdekaan adalah untuk memprotes Rancangan Malayan Union pada tahun 1946. Sebenarnya penduduk Tanah Melayu menggunakan alasan Darurat sebagai menyokong kearah kemerdekaan. Syarat penting untuk mendapatkan kemerdekaan ialah dengan mewujudkan sebuah parti politik yang boleh mengetuai kerajaan apabila British menyerahkan kuasanya setelah kemerdekaan dicapai.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh parti-parti utama dalam usaha untuk memperjuangkan kemerdekaan pada tahun 1950-an. Antara parti-parti utama yang muncul ketika itu ialah UMNO, MCA, MIC yang bergabung menjadi parti Perikatan. Disamping itu, terdapat juga parti lain yang muncul ketika memperjuangkan kemerdekaan  negara iaitu parti IMP yang diketuai oleh Dato’ Onn Jaafar. Antara peranan parti-parti utama tersebut dalam gerakan kemerdekaan ini ialah dengan mengadakan pilihan raya, pengabungan parti, memprotes, mengadakan kongres kebangsaan serta persidangan di London.

Setelah daripada kejayaan besar yang diperoleh melalui pilihanraya pada tahun 1955, telah mendorong Parti Perikatan untuk meneruskan desakan bagi mempercepatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Dengan kemenangan tersebut, Parti Perikatan semakin bertambah yakin untuk menuntut kemerdekaan lebih awal, walaupun dalam manifestonya telah menetapkan tempoh empat tahun. Namun, hasil daripada beberapa perbincangan yang dilakukan, sama ada di kalangan Raja-raja Melayu mahu pun Parti MCA dan MIC, membuktikan bahawa majoriti penduduk di Tanah Melayu sanggup bertolak ansur dan berkongsi kuasa dalam usaha mewujudkan sebuah pemerintahan sendiri.

No comments:

Post a Comment