NURSIFA URAHMAH
2015126233
AC2204B
27 SEPTEMBER
2016
Pada hari ini
saya telah mempelajari kita tidak boleh mempersoalkan kewujudan Allah s.w.t.
dan wajib bersangka baik dengan Allah s.w.t. Saya juga pelajari bahawa kita
perlu betulkan cara pandangan kita terhadap orang yang melakukan dosa dengan
cara memberi peluang untuk berubah begitu juga dengan diri sendiri. Hal ini
kerana jiwa manusia itu boleh dibersihkan. Sebagai hambaNya kita perlu sentiasa
beristighfar dan jangan sesekali berputus asa dengan rahmat Allah s.w.t.
Di samping
itu, saya pelajari bahawa kita perlu mentauhidkan Allah s.w.t. dan tidak
menyekutukanNya dengan sesuatu. Dalam al-Quran ada menceritakan tentang
perjanjian iblis dengan Allah s.w.t. berkaitan dengan manusia. Iblis telah
bersumpah akan menyesatkan anak-anak Adam sehingga Kiamat. Maka, kita perlu
yakin dengan Allah s.w.t. dan tidak melakukan perkara-perkara syirik kerana
iblis takut kepada manusia yang mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.
Dengan ini,
saya berazam untuk melatih diri untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari dan sentiasa
bersangka baik serta mengingatkan diri sendiri agar tidak berputus asa dengan
Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment