NURSYAZMIN HUSNA BINTI MUHAMED FIRDAUS
2015140835
AC2204B
11 OKTOBER 2016
Pada hari
ini saya telah belajar tentang pengajaran ayat 12 dari surah Al-Hujurat. Allah
menyeru kita untuk menjauhi dari bersangka buruk kerana sebahagian besar
daripadanya adalah dosa. Selain itu, kita tidak dibenarkan untuk mencari
kesalahan orang lain. Ini kerana perkara tersebut akan membuka aib mereka
sedangkan Allah menyeru kepada kita untuk tidak membuka aib sendiri apatah lagi
aib orang lain. Selain itu, kita dilarang untuk mengumpat orang lain kerana
perbuatan ini dianggap sama seperti memakan daging mayat. Oleh itu, kita
hendaklah menjauhi segala perbuatan yang dilarang oleh Allah S.W.T dengan
sentiasa bertakwa kepada-Nya.
Justeru,
saya berazam untuk tidak bersangka buruk dengan orang. Walaupun perbuatan yang
dia lakukan sangat mencurigakan, saya akan mencari bukti terlebih dahulu
sebelum bersangka yang die telah melakukan kesalahan. Selain itu, saya akan
berusaha untuk mengelakkan diri dari mendengar kata-kata umpat dari sesiapa
sahaja. Akhir sekali, saya akan berusaha untuk sentiasa mengingati Allah S.W.T
dalam setiap perkara yang saya lakukan.
No comments:
Post a Comment