1. Baba Nyonya
- Budaya Material
Golongan Nyonya sinonim dengan
pemakaian baju kebaya dengan kain sarung.Baba dan Nyonya juga turut
memakai pakaian kaum Cina. Kaum Nyonya juga mempunyai kasut yang agak unik
seperti kasut manik. Kasut manik ialah alas kaki buatan tangan yang memerlukan
kemahiran dan kesabaran yang tinggi untuk menghasilkannya dari jalinan manik
kaca yang bersigi-segi halus yang dijahit pada kain terpal. Rekaan kasut manik
tradisional sering memperlihatkan motif bunga Eropah dan warnanya dipengaruhi
oleh tembikar peranakan dan sarung batik.
Masakan-masakan tradisi
kaum Baba & Nyonya yang banyak diambil dari pengaruh masakan Melayu seperti
ayam pongteh,kari kapitan,kuih talam,sambal belacan yang kebanyakannya
menggunakan bahan-bahan dan rempah ratus masyarakat Melayu dari zaman silam.
Dari
segi senibina rumah kaum Baba & Nyonya lebih mirip kepada tradisi rumah
lama masyarakat Cina dari negara asal mereka namun diselitkan serba sedikit
elemen ukiran-ukiran tempatan.Di tanahair kita ini terdapat beberapa tinggalan
kaum Baba & Nyonya yang juga dikenali dengan nama kaum Peranakan khasnya di
Pulau Pinang dan Melaka
- Budaya Non Material
Majlis
perkahwinan Peranakan yang banyak mengetengahkan tradisi Cina merupakan antara
perkahwinan tradisi yang paling berwarna-warni di Malaysia dan Singapura.
Majlis diserikan dengan lagu berima spontan dondang sayang yang dinyanyi dalam bahasa Melayu dan ditari oleh para hadirin di
jamuan. Pendondang bergilir-gilir menyambungkan lagu bertema asmara sambil
menari berpusing-pusing dengan perlahannya. Dondang sayang memerlukan kemahiran
berjenaka dan bertikam balas, siapa yang bijak berdondang maka dialah yang
meraih gelak ketawa dan tepukan tangan ramai-ramai. Pelat loghat dan cara
berbahasa Baba dan Nyonya serta kepandaian menyerikan lagi persembahan.
Baba Nyonya biasanya menyambut adat kelahiran dan kematian di dalam bilik anak-anak mereka. Kebiasaannya, mayat yang lebih tua akan disimpan selama lima hari manakala mayat yang lebih muda akan disimpan selama sehari sahaja. Sutera kain yang digunakan untuk menutup mayat akan diwarisi oleh nenek-moyang kepada generasi seterusnya. Tangga rumah Baba terdapat corak yang diukir dengan emas dan papan kunci untuk mengunci tangga tersebut. Baba-Nyonya mengunci tangga mereka untuk menghalang anak-anak mereka daripada jatuh dan menghalang suami mereka naik ke atas bilik kerana balik lewat.
2. Kadazan
- Budaya Material
Kadazan-dusun terkenal dengan kaum
yang mempunyai banyak sub-etnik yang kaya dengan budaya mereka sendiri. Oleh
itu, setiap kaum dalam kadazan-dusun mempunyai perbezaannya pakaian
tradisionalnya yang tersendiri. Contohnya pakaian tradisi bagi etnik dusun bundu
di Ranau dan Liwan di Tambunan adalah berbeza dengan pakaian tradisi bagi etnik
Lotud di Tuaran dan juga Kimaragang di Kota Marudu. Setiap etnik dalam kaum
kadazan-dusun ini mempunyai keunikannya yang tersendiri.Pakaian ini biasanya dipakai dimusim perayaan
seperti pesta kaamatan dan juga upacara khas seperti perkahwinan.
Antara makanan tradisi yang terkenal
di kalangan kaum Kadazan dusun ialah Hinava, Noonsom, Pinasakan, Bosou, dan Sup
Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara
mengikut kebiasaan amalan tradisi Kaum Kadazan dusun.
Muzik tradisi yang ditonjolkan dalam kaum ini amat menarik dan unik. Alat-alat dan bunyi-bunyian tradisional ini banyak terdapat dalam suku kaum Kadazandusun dan ianya berpotensi untuk diwarisi oleh generasi muda kini. Antara lain alat-alat muzik tradisi yang popular ialah gong, sompoton, kulintangan, togunggu atau togunggak, bungkau, pumpuak, sundatang, suling, turali, tongkungon dan lain-lain lagi.
- Budaya Non Material
Upacara Humabot merupakan upacara yang telah secara turun temurun
dilakukan oleh kaum kadazan-dusun apabila mereka membina rumah baru. Upacara
ini melibatkan seorang bobohizan atau dukun yang dipanggil oleh sesebuah
keluarga yang ingin mendirikan rumah baru untuk menjampi tapak rumah tersebut.
Bobohizan akan membaza mantera dan renjis air untuk menghalau semangat dan
roh-roh jahat masyarakat kadazan dusun juga percaya akan ‘kopizo’ tiang akan
dipacakkan jika tuan rumah termimpi baik.tetapi jika sebaliknya maka tapak
tiang akan dialihkan sedikit dari tapak asal.
Sesudah sesebuah rumah itu didirikan
bobohizan akan dipanggil lagi dan kali ini upacara ‘momodu’ atau memandikan
rumah akan dijalankan. Bobohizan akan membaca mantera sambil kaum lelaki akan
menyalakan api pada buluh yang hujungnya dibungkus dengan getah (sikalap) dan
membawa obor ini mengigilingi rangka-rangka atap rumah sambil bertempik sorak
atau ‘memangkis’. Ini bertujuan untuk menghalau roh-roh jahat pembawa
malapetaka kepada rumah mereka.
Mengikut kepercayaan kaum
kadazandusun, Kinorohingan merupakan tuhan di mana mereka meminta sesuatu
seperti keselamatan dan perlindungan dari sebarang penyakit. Kinorohingan juga
dapat menghalang pengaruh kuasa ghaib seperti "Roogon" atau syaitan.
Masyarakat kadazandusun mempercayai bahawa roh orang mati akan pergi ke Gunung
Kinabalu dan apabila tiba masanya roh itu akan pergi ke syurga atau neraka.
Setiap tahun selepas menuai padi,
masyarakat kadazandusun mengadakan upacara "Magavau" iaitu upacara
kesyukuran bagi menghormati semangat padi. Upacara ini dijalankan oleh
"Bobohizan" atau ketua bomoh dengan membaca mentera.
3.Minangkabau
- Budaya Material
Budaya Minangkabau
terserlah indah pada busana tradisional Negeri Sembilan.Pakaian lelaki menyerupai Baju Sikap yang dipakai sebagai sut berlima
mengandungi baju atau jaket sederhana labuh, baju di dalam, berseluar dipadan
dengan samping dan dihias pua dengan tengkolok. Kaum wanita pula berbaju Kurung
Teluk Belanga dan berkebaya labuh dipadan pula dengan kain sarung. Wanita
bangsawan yang berketurunan Minangkabau pula, pakaiannya dari kain baldu
bersulam benang emas bertatahkan labuci. Sarungnya pula dari kain songket penuh
tenunan dari Pandai Sikek atau Batu Bara di Sumatera.
Selain itu, masyarakat Minangkabau
juga memiliki alat muzik tradisional khas iaitu Saluang. Alat muzik ini
diperbuat daripada buluh nipis atau talang. Alat ini mempunyai empt lubang dan
panjangny lebih kurang 40-60 cm dan berdiameter di antara 3-4 cm. Saluang dimainkan
seperti seruling di mana pemainnya perlu meniup dam menarik nafas untuk
mengalunkan muzik.
- Budaya Non Material
Tarian piring berasal daripada Sumatera Barat.Tarian Ini menggambarkan rasa kegembiraan dan syukur masyarakat Minang ketika kedatangan musim panas. Para muda-mudi akan menyayunkan gerak langkah dan menunjukkan kebolehan mereka dengan memainkan piring yang ada di tangan mereka, Kebiasaannya tarian piring dipersembahkan fi hadapan mempelai di luar rumah ketika majlis perkahwinan terutamanya bagi keluarga beada di sesebuah kampung.
Randai pula merupakan teater rakyat tradisional Minangkabau iaitu melibatkan muzik, nyanyian, tarian, drama dan seni mempertahankan diri iaitu silat. Kebiasaannya, randai dipersembahkan ketika menyambut perayaan tradisional dan terselit pelbagai cerita di dalamnya dalam satu masa. Cerita-cerita yang dikisahkan ini disampaikan melalui nyanyian dan lakonan berdasarkan lagenda-lagenda Minangkabau dan cerita rakyat. Pada zaman dahulu, randai dipersembahkan oleh kaum lelaki. Namun selepas tahun 1960-an, perempuan juga telah menyertai persembahan ini.
4.Bidayuh
- Budaya Material
Warna hitam adalah warna
utama pakaian tradisi orang Bidayuh.Manakala warna kuning dan merah ialah warna kombinasi.Tudung kecil separuh tinggi dengan
corak anyaman yang indah atau kepala kain berwarna warni adalah pelengkap
hiasan kepala wanita Bidayuh. Pakaian lelaki Bidayuh biasanya sepasang baju dan seluar
berwarna hitam.Kain lilit kepala pula adalah pelengkap hiasan lelaki Bidayuh
Struktur rumah panjang orang Bidayuh terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bilik utama,awah, dan tanju.Bilik
utama dapat kita samakan dengan ruang utama kediaman pada masa sekarang. Di
dalam bilik ini, masyarakat Bidayuh lazimnya meletakkan barang-barang peribadi
milik keluarga dan keturunan mereka Ruang ini juga berfungsi sebagai tempat
tidur di kala malam hari. Awah pula adalah bahagian pelantar di luar rumah
panjang Masyarakat Bidayuh dan lazimnya ia bertutup dan beratap. Tanju pula
adalah bahagian terluar di dalam rumah panjang masyarakat bidayuh. Bahagian tanju biasanya terdedah dan lazimnya tidak bertutup mahupun beratap. Tanju lazimnya digunakan menjemur hasil tuaian masyarakat
- Budaya Non Material
Tarian yang biasa dilakukan oleh etnik Bidayuh :
Tolak Bala yang biasanya ditarikan sebelum musim menuai bagi mendoakan Tuhan agar tuaian
tahun ini banyak dan ahli keluarga jauhi daripada malang.
Langgi Julang yang ditarikan semasa ketua kampung atau penghulu
dipilih.
Rajang Beuh yang ditarikan selepas musim menuai atau semasa menyambut tetamu.
.
5. Iban
Pakaian tradisional lelaki Iban iaitu Kain Sirat yang dikenali juga sebagai kain cawat
merupakan pakaian asas kaum Iban. Sirat dipakai dengan cara melilitnya
dipinggang dan celah kelengkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke
hadapan dan belakang badan, mempamerkan bahagian yang berhias. Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil
bidang. Bidang yang
digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya. Kebiasaannya
bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang bewarna-warni.
Bidang yang dipakai ketika upacara tertentu atau sebarang perayaan pula dihiasi
oleh pelbagai reka corak geometrik dan diwarnakan dengan warna merah bata dan
kekuning-kuningan. Malah ada diantara bidang tersebut yang dihiasi dengan reka
Antara
kraftangan yang mereka hasilkan adalah seperti tikar, raga, pasu dan
sebagainya.Kebiasannya, yang menghasilkan kraftangan ini adalah kaum wanita.
Menurut masyarakat Iban, jika wanita tidak pandai mengasilkan kraftangan,
mereka dianggap menjengkelkan dan tidak dipandang oleh kaum lelaki. Jadi,
sebelum seseorang wanita itu ingin berkahwin, mereka perlu mempersiapkan diri
mereka dengan kemahiran membuat kraftangan ini. Bagi mereka, hasil daripada
anyaman itu dapat menambat hati si keluarga mentua.
- Budaya Non Material
Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang.Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Satu lagi jenis tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.
Orang Iban berpegang kuat kepada kepercayaan
tradisional mereka.Misalnya, upacara ‘miring’(jampi serapah) bertujuan menolak
bala.Masyarakat Iban juga sangat patuh kepada pantang larang
(mali) yang diwarisi nenek moyang mereka. ‘mali abu’ :dimana petani Iban percaya bahawa labu tidak boleh ditanam atau dibawa masuk ke dalam
ladang mereka. Jika labu ditemui , maka labu itu harus segera dikeluarkan dan
tapak penemuan perlu dilumur dengan darah babi atau ayam.Sekiranya melanggar pantang larang, bermakna mereka akan
menerima bencana atau malapetaka.
Seterusnya kepercayaan lain yang berdasarkan tafsiran mimpi.Sesuatu
aktiviti boleh dibatalkan sekiranya mereka mendapat mimpi yang tidak baik pada
malam sebelumnya.Aktiviti harian sangat dipengaruhi oleh mimpi mereka.
No comments:
Post a Comment