Friday 14 October 2016

Refleksi Diri

NUR SYAFIQAH NADIAH BINTI ROSLAN
2015139977
AC2204B
11 OKTOBER 2016

Pada hari ini, saya telah mempelajari pengajaran yang terdapat dalam surah Al- Hujuraat ayat 8-13. 

Antaranya ialah orang mukmin yang bersaudara perlulah mendamaikan antara dua saudara yang sedang bertelingkah serta tingkatkan lagi ketaqwaan kepada Allah SWT supaya peroleh rahmat Allah. Allah melarang kita merendahkan atau mencemuh orang lain kerana orang yang dicemuh mungkin lebih baik daripada orang yang mencemuh. Janganlah mengumpat seseorang kerana perbuatan itu diibaratkan memakan daging mayat  Jangan memanggil orang lain dengan gelaran yang buruk kerana akan menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik.

Saya turut mempelajari prasyarat hubungan harmoni iaitu akhlak yang baik, agama dan juga kepada pengenalan kepada Rasulullah.

Dengan ini saya berazam untuk meningkatkan lagi ketaqwaan kepada Allah SWT. Saya juga akan memperbaiki diri dengan kurangkan mengumpat serta tidak berprasangka buruk kepada orang lain.


No comments:

Post a Comment